CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: realmz

Kisah Kelakar Seram Kau dan Aku

  [Copy link]
Post time 18-12-2015 10:51 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 1-12-2015 04:43 PM
Bru 1 ke... Emmm... Takpe.... Kita tunggu kisah yg lain pulak

pelan 2 kayuh............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2015 12:19 PM | Show all posts
Act 7: Apakah?

Masih segar di ingatan aku kisah masa baru pindah bilik hostel... Aku pindah sebab bilik lama aku da macam ada parti tiap2 malam. Bilik aku cuma bole memuatkan 4 orang je tapi tiap2 malam bole meningkat kuota sampai berpuluh orang. Jadi aku ambil keputusan pindah bilik member aku, Ali yang masih ada lagi 2 kekosongan.

Rumet Ali ni tahfiz jadi aku pun selalu dikejutkan pagi2 dan waktu kat bilik untuk solat jemaah di masjid.... Ali da pesan kat aku rumet dia tahfiz sanggup ke aku duduk skali? Aku cakap ok... kalau rajin aku ikut berjemaah kalau tak rajin aku jawab okay je... Masa duduk dalam bilik ni aku perasan Apis (bukan nama sebenar) selalu membaca Al-Quran siang malam. Meja dibiar berhabuk buku belajar tak bersentuh. Aku tak nafikan memang ramai gak top scorer tempat aku dari kalangan tahfiz kerana keupayaan mereka menghafal dengan tepat tapi aku ada rasa kelainan pada Apis. Dia juga adalah antara imam utama kat masjid tempat belajar aku...

Satu malam lepas basuh baju, solat isyak dan study... aku pun baring kat katil sambil mendengar Apis membaca Al-Quran sampai aku tertidur. Bila terjaga aku dapati keliling aku dipenuhi api... aku tak dapat nampak member kat sebelah aku... pandang ke katil Apis aku nampak ular sebesar pemeluk dewasa keluar dari api cuba terkam aku...

Aku stay kat katil baca ayat kursi dan tumbuk ular tu... Tiba2 aku terjaga rupa2nya mimpi tapi aku dapat rasa bahang di keliling aku. Aku pandang keliling berpeluh2 dan aku tengok Apis tengah baca al-Quran dan terus pandang tepat ke arah aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 02:56 PM | Show all posts
Act 7 Part 2

...Dia tanya apa masalah aku? Aku berpeluh2 lagi dan cepat2 aku istighfar dan tengok jam dalam kul 2 pagi... Ali tidur nyenyak cuma lampu meja Apis je menyala duk bersila atas katil. Aku masih rasa bahang, aku minum air seteguk dua dan jalan ke arah Apis... Oleh kerana ular tu datang dari tempat dia, jadi aku tanya direct... dalam samar2 malam tu aku masih nampak bayang ular pada Apis tapi aku buat tak tau jer... Pada aku pandangan mata kasar aku bole terpengaruh dengan psikologi dari mimpi aku. Sebab tu aku tanya direct supaya dapat direct response gak... Terus Apis bertukar merah padam jerit kata senyap, dia tak nak cakap dengan aku dan suruh aku jangan cerita pada sesiapa. Da dia cakap camtu aku pun gi amik wudhu' balik pastu tidur.

Esoknya tak nampak dah kelibat Apis sehinggalah 3 hari kemudian mak ayah dia datang untuk ambil barang Apis. Mak ayah Apis bagitau yang anak mereka tak sihat sebenarnya masih berubat tapi dia tak nak terus berubat, maksudnya putus ubat camtu je... masa hilang tu dia meracau nak lari ke putrajaya minta jadi imam masjid putrajaya... lepas tu nak mintak dihantar ke mekah untuk jadi imam sana... Oleh sebab keadaan camtu maka Apis terpaksa keluar dari situ.







Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:10 PM | Show all posts
nape jd mcm tu??ape yg dia amal??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 03:15 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 18-12-2015 03:10 PM
nape jd mcm tu??ape yg dia amal??

Tak tanya plak parents dia sebab apa dia sakit.. mak ayah dia macam sedih dan sibuk kemas plus aku baru balik kuliah time tu.. tapi aku rasa samada salah amalan atau buatan orang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:24 PM | Show all posts
Cerita yang menarik dan santai. Harap dapat sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 04:40 PM | Show all posts
realmz replied at 18-12-2015 03:15 PM
Tak tanya plak parents dia sebab apa dia sakit.. mak ayah dia macam sedih dan sibuk kemas plus aku ...

oo..mcm isim pn ade..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 05:25 PM | Show all posts
Act 8: Peah Scanner

Aku flashback balik zaman kecik... sebelum aku tau scanner paper aku telah diperkenalkan scanner2 melayu... mak aku bila jumpa orang yang berkebolehan akan tanya.. tolong tengok2kan anak ni camne dia... itu adalah ayat2 untuk suruh aku dan adik bradik di scan... haha...

Jadi macam2 rasa aku dapati bila di scan. ada yang scan akan rasa macam angin, ada yang scan aku rasa macam hati berat je, ada yang aku rasa macam ada benda berlingkar kat jantung, semua tu bergantung pada orang tu sendiri dan mod yang dipakai.. kalau pakai jin aku rasa panas je... tapi masa zaman muda remaja kalau di scan oleh orang alim aku akan kata habislah kantoi aku... Aku pun tak nafikan kalau orang kata scan ni adalah psikologi manusia dilihat dari body language dan sebagainya...

Tapi paling tak bole blah makcik ni peah scanner aku namakan, scan aku time kecik kata aku ni lembap tapi jenis berusaha bersungguh2.. tak tau kenapa aku marah sebab rasa panas je dan aku pun bagitau mak aku time tu cukuplah aku tak perlu orang scan aku lagi... tapi masih ada gak scanner2 yang rajin scan aku sampai skang... tadah je hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 06:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2015 02:48 PM | Show all posts

cerita semua jelah pengalaman tt.  
kyra rasa semua org tak kisah pn pasal genre asalkan tt terus bercerita hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 07:39 AM | Show all posts
Story 9: Black Maria


Pengalaman ni berlaku tahun 2011 tapi cukup mendalam kesan pada aku. Ok aku mulakan...

Suatu pagi ayah aku kejutkan aku, ayah kata nak pergi mengurut di rumah Tok Jak, ayah aku kadang2 sakit2 badan sakit2 lutut.. aku tolong gak picit2 lutut ayah aku tapi ayah nak full body message kenala gi umah Tok Jak sebab aku tak berminat dengan massage dan setakat ni aku tak pernah request pun untuk massage. Mak dan adik perempuan aku pun ikut sama sebab Tok Jak ada sorang anak perempuan namanya Maria jadi takde masalah nak ikut pun. Hati aku sebenarnya berat untuk ikut tapi memandangkan takde apa nak buat kat umah aku pun ikut skali.

Sesampainya di rumah Tok Jak, ayah aku pun pergi ke satu bilik khas untuk mengurut. Tok Jak memang pengamal perubatan tradisional, dari membuang saka, tolak ujan masa kenduri kawen, mengurut dan even perkhidmatan memasak pun disediakan. Langkah masuk je dalam rumah Tok Jak, aku rasa mengantuk yang amat sangat. Macam nak tido depan pintu je... Lepas salam2 aku bagitau adik aku betapa ngnatuknya aku dan aku nak tido. Aku baring kat bawah dekat dengan sofa terus telelap....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 08:05 AM | Show all posts
Black Maria Part 2

....Aku terjaga dari tido, aku nampak jasad aku tengah tido.. aku baring balik dekat jasad aku tapi seolah2 jasad aku tak fully charge... aku terlelap terlelap dan terlelap... dan aku jaga aku nampak lagi jasad aku... aku istighfar, aku siap kata ni ke pengakhiran aku? Tak pernah alami pengalaman letih sampai tak mampu masuk jasad sendiri... Aku tengok keliling dan aku nampak suasana macam biasa tapi ada satu bahagian rumah gelap suram...dinding pun terkopak2 dan berlumut. Aku jalan ke bilik di mana ayah aku berubat... Aku nampak Tok Jak mengurut ayah aku... dia lalukan telur dekat badan ayah aku...

Ayah aku pernah cerita memang Tok Jak biasa guna telur dan kain kuning mengubat. Aku duduk situ perhatikan Tok Jak. Aku nampak gak ada sorang lagi Tok Jak dekat ayah kulit dia gelap sket tolong mengurut... Aku namakan dia Tok Jak II, Tok Jak II nampak aku dan tanya macam mana ko masuk sini dan dia halau aku dan ugut kalau tak keluar, aku tak dapat balik semula.

Aku terpinga-pinga.... Aku tak minta pun nak jadi camni... Aku keluar dari bilik tu dan aku dengar azan, da masuk waktu Zohor... aku kata sebelum pape jadi aku kena solat dulu.... Aku pun cari tandas berdekatan.. tandas tu di kawasan suram yang aku nampak mula2 tadi... Bukak tandas aku nampak ada perempuan berambut panjang pakai baju pink ke putih macam hospital tu tengah basuh kain berdarah siap pisau tepi sinki... Aku buat tak tau, aku buka paip air, yang keluar air keruh pastu bertukar merah darah... aku tepuk2 kepala paip tu niat dalam hati aku nak ambil wudhu'.... air tukar jernih, aku bilas2 kotor kat toilet tu, berwudhu' dan aku perasan yang perempuan tu takde da dalam toilet tu...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 08:34 AM | Show all posts
Black Maria Part 3

...Selesai berwudhu' aku keluar dari toilet tu untuk cari tempat solat... aku tak nampak pun tanda2 tempat bersih untuk solat... aku pusing2 dan aku nampak satu sudut yang bersih ada sejadah... Aku qamat dan solat kat situ mohon perlindungan dari jin dan syaitan... Aku pun mohon kalau ni pengakhiran untuk aku, biarlah aku dapat berkomunikasi dengan parents aku... Aku nak bagitau diorang bahaya Tok Jak ni...

Lepas siap solat semua aku pergi balik ke jasad aku dan aku nampak perempuan yang ada pisau tu berjalan ke arah jasad aku tapi seolah2 terhalang macam tersekat2... Kain dia berdarah2 menitik dari pinggang ke bawah... Lepas tu ada gak sorang lagi perempuan yang kejar aku yang tengah nak jalan ke jasad... Aku faham dalam keadaan macam ni aku tak bole gelabah tapi kalau da kena kejar sape yang tak cuak.... Cepat2 aku lari ke jasad aku dalam tercungap2... Dalam keadaan macam ni nafas penting... nafas yang terburu-buru bole mengundang lagi banyak kesusahan dan aku pun akui silap aku kat situ...

Aku berdiri betul2 dekat jasad aku... Makhluk2 ni pun meluru ke arah jasad aku, siap Tok Jak II pun datang usha gelak2 kuat kata aku tak boleh lari. Semakin hampir diorang dengan aku dan dari tangan aku keluar pedang berkalimah.. Memang setiap kali mimpi2 macam ni kalau aku tersepit muncul pedang ni kat tangan aku.. Aku pun tak tau sejak bila.. Sekolah menengah kot... Kalau di alam nyata aku akan menggeletar kalau ada bahaya...

Tiba aku rasa ada connection aku dengan jasad.. aku terjaga, adik aku kejutkan aku dan tanya aku oke ke tak... aku pandang adik aku cakap terima kasih kejutkan dalam keadaan peluh2. Adik aku nampak aku macam menggelupur jadi dia risau. Penting untuk orang yang alami benda camni ada orang sebelah time tidur. Aku bersyukur tak terkata...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2015 08:51 AM | Show all posts
Edited by realmz at 21-12-2015 09:01 AM

Black Maria Part 4

...Aku bangun dan cari ayah aku... Adik aku kata ayah aku mengurut lagi... Aku nampak Maria dan aku minta izin untuk solat... Dia pun bentang sejadah betul2 kat tempat aku mimpi solat tadi. Lepas solat diorang hidang macam2 makanan tapi aku minum teh dan karipap yang diorang beli di luar.

Dalam perjalanan balik ayah aku pun buka cerita.. Maria pernah dua kali keguguran dan cerai dua kali. Pernah sekali lepas gugur tu darah tak berhenti2 mengalir. Dalam hati aku kata mungkin buatan orang atau tempias akibat berubat ni... Pelik gak aku Tok Jak sendiri tak tengok2kan anak dia. Aku nasihatkan gak ayah aku jangan mengurut dengan dia lagi... Ayah aku kata dia percaya Tok Jak urut dia. Aku senyap dan kata dalam hati kadang2 kita nak duit, kita nak sembuh, tapi orang lain terima kesan.

Papepun aku cukup terkesan dengan peristiwa ni. Aku tak nafikan aku nak jadi kuat lagi untuk lindungi orang tersayang tapi aku juga berserah padaNya supaya tak jatuh ke jalan yang salah.
Lupa tulis, sebelum balik masa salam2 Tok Jak pandang aku kata 'Ko ni tenang je apa rahsia?' Aku senyum je. Bukan tugas aku sekarang nak sound dia kot. Badan aku letih sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi ye tt...seronok baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 11:04 AM | Show all posts
best la cite tt..aku suke baca cite cmni..
nmpk tt ni mcm berilmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2015 11:15 AM | Show all posts
Terima kasih sudi singgah.. Nak cakap face to face bercerita memang kelu lidah.. Jadi biar sini jadi library peristiwa untuk diri... Mohon kongsi2 juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:25 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 1-12-2015 03:39 PM
Terer sudin dia balik kejar pocong...1st time aku dgr org kejar pocong..selalu pocong yg laju mengej ...

tak juga.. aku dah berapa kali dah baca orang kejar pochong ni. yg mana pochong ni makhluk yg memang suka menakutkan orang. pantang je kau seru nak tengok selalu nanti muncul lah dia. tp dia ni macam kita gak.. bila kita lagi berani dari dia. dia plak yg lari
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 12:44 PM | Show all posts
sellie003 replied at 2-12-2015 10:23 AM
TT teruskn...tak kisahlah bukn dr penglamn sendiri..akak suka jek cara TT olah ayat dan pengalmn yg  ...

betul tu.. cerita je. update banyak2 lagi ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:06 PM | Show all posts
seronok baca pengalaman TT..mendalam ceritanya...teruskan bercerita TT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.073106 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list