CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14372|Reply: 82

Juara Parodi arwah pakyus - Jgn lupa malam ni pkol 10

[Copy link]
Post time 1-12-2015 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 4-12-2015 01:44 PM

Saja nak share. Jgn lupa tgk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 05:07 PM | Show all posts


tgk for infor..akan ku tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 05:24 PM | Show all posts
yer...elok camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
turut bersedih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 05:33 PM | Show all posts
mohon panggil individu2 ini yg ada cerita tersendiri ttg arwah (meols xnk alih2 panggil geng2 pelawak sajork)

1. tauke jambu (opkoz)
2. afdlin shauki (opkoz la khen)
3. bob azrai (pengurus astro warna)
4. AR Badul (pengkritik Raja Lawak 1)
5. Rita Rudaini (kawan sekolah sekampung dr perlis)
6. Ilham Tuah RL (peserta raja lawak sendu yg claim dibantuin oleh Yus)
7. Pengetua sekolah agama Jejawi, Arau yg Yus infaq hartanya
8. Anak angkat pak yus yg kurang upaya
9. Ahmad London (pengarah pertama yg bawak Pak Yus ke TV menerusi drama Sepi Angin Ke Kota London)
10. pgawai kebudayaan Perlis yg bawa Pak Yus dr teater kecil ke KL.

nak suruh panggil Azhar Borhan TV3 utk throwback Sinaran Passport Kegemilangan karang takut xbole

bukan ape... meols menjangkakan belasungkawa pak yus ni akan dipenuhi dgn kawan2 pelawak saja, side ketika dia tgh popular...walhal ramai yg x tau zmn2 dia x meletop dulu, struggle nk jd retis dulu.

mohon dipertimbangkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 05:41 PM | Show all posts
tak sangka pak yus ni murah bebenor hatinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2015 05:45 PM | Show all posts
bagus la camtu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 05:59 PM | Show all posts
sedih sgt2x...sgt2x dirasai seluruh malaysia.

#takda org kesah raja muda mangkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-12-2015 09:33 AM
mohon panggil individu2 ini yg ada cerita tersendiri ttg arwah (meols xnk alih2 panggil geng2 pelawa ...

dato mokhzani jua..dlm paper dato dah knal arwah pak yus sejak 2001 masa dgn jab kebudayaan perlis
dato ada offer arwah job pada bln Dec ni tp arwah ckp dia sibuk sgt dan penat, dia nak berehat panjang lepas ni..hmmm sedey
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-12-2015 05:33 PM
mohon panggil individu2 ini yg ada cerita tersendiri ttg arwah (meols xnk alih2 panggil geng2 pelawa ...

Tambah dalam list geng kawan baik Arwah dari Kumpulan teater AKRAB juga yang dah kenal beliau dari sebelum Raja Lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 1-12-2015 05:33 PM
mohon panggil individu2 ini yg ada cerita tersendiri ttg arwah (meols xnk alih2 panggil geng2 pelawa ...

dlm byk2 list ni  yg paling iiols nk tgk ialah wanita yg bertahta dihati dia. yg dia selalu sebut ckp nk kawen hujung tahun tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2015 06:28 PM
dlm byk2 list ni  yg paling iiols nk tgk ialah wanita yg bertahta dihati dia. yg dia selalu sebut  ...

Sape eh? Nape lgsung xde info psl die? Ke iols yg x pasan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ni boleh dikategorikan sebagai pelawak gred A sebaris dgn Harith Iskandar, arwah Harun, Abon dll.
Mmg layak dpt penghargaan begini.

P/s: pelawak tahap legend (atas dari gred A): Afdlin & arwah Din Beramboi
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Sebaik saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai.

Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.

“Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…

“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.

“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya.

Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.

“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…

“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

“SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.
----------------------------------------------------------------------------

Semalam, Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, telah meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi.

Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.

“Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah,” tulisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 1-12-2015 06:32 PM
Sape eh? Nape lgsung xde info psl die? Ke iols yg x pasan

tulah iols pun xtau sapa, kan sblm ni dia penah ckp pasal nk kawen. ngn model ke sapa tah tak pasti. taktaulah kalo dh putus ke apa.dia kan rahsia kn sapa kekasih dia tu jd xtaulah sapa.
kat sokabar pun ade buh tajuk hajat pak yus nk kawen tak kesampaian tp iols tak baca berita penuhnya pun.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol xtau pak yus ada anak ang kurang upaya...siapa namanya...

Yg meol tahu cucu sedara anak kpda julia (ansk sedara dia) tu je...sbb yg tu byk dia uplod kt insta..

Baiknya pak yus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 1-12-2015 06:38 PM
Sebaik saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry E ...

lps rajalawak iols cuma nmpk dia dlm rancangan lawaking je pastu ade nmpk dia berlakon satu drama  ni kt prima kot. drama serius bkn lawak ye. haleeda pun ade berlakon, pak yus pegang watak antagonis gituh. cerita tu pasal surau ke apatah.selain pak yus angah rajalawak pun pernah berlakon serius dlm drama kat prima gak jd bonzer ke org jahat upahan tak igt yg pasti watak serius bkn lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2015 06:48 PM
lps rajalawak iols cuma nmpk dia dlm rancangan lawaking je pastu ade nmpk dia berlakon satu drama  ...

Pelawak tu salah satu pekerjaan jer kn. Dia pandai main mcm2 alat2 muzik. What can I say dia seorang yg talented. Penyanyi, pelakon. Cuma sedih juga org tk brp pdg dia sbb dr segi rupa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tp sejak meninggal..byk cter2 kebaikan arwah kn
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah.jujurnya iols pnh ter tengok skali ja arwah kat tv9,gila bola ka apa xh
tau..x bopa lyn sgt pelawak2 ni.tp xtau pasepa iols sedih sgt..betoila pakyus ni mulia hatinya.mati pun sng.urusan pengebumian pun mudah.Allah pemudahkan segalanya..dlm bod gosip pun x dak cter buruk pasal arwah.tebukti arwah ni masa hdup dia baik sgt,,ni la contoh manusia mati tgalkan nama,dan pas dia mati baru diciterkan kebaikan arwah,tenanglah pakyus disan,Muga ditempatkan di kalangan para solihin,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.075851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list