CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 6-12-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 6-12-2015 06:58 PM
Sori aku tak jawab soalan. Kat pos yang lepas dah cakap jangan tanya pasal 'tindakan susulan'.

...

Ok wak. Fahammm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2015 08:32 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 08:35 PM

Dalam kesempatan lain kat umah, aku bukak lagi topik ilmu2 batin ni. Kalini tanya mak pulak, kot2 tok nenek aku pernah belajar apape.

Mak kata belah dia okey je. Moyang aku tu kiyai tasauf lagi. Yang atuk aku ada jugak mengubat orang. Tapi kejap jer sebab tak kuasa nak layan orang datang rumah. Last2 tu atuk aku ngubat sakit gigi je.

Cuma... atuk aku tu kuat orangnya. Masa kerja dulu dia boleh angkat guni2 berat cam takde pape. Bos dia selalu puji dia kuat, tanya dia belajar ilmu apa. Atuk aku cakap, "takde pape, ilmu nak idup je."

Aku jadi suspicious kat situ. Arwah atuk ni dulu meninggal sebab barah tulang. Yang anak2 dia pulak selalu dapat ketumbuhan pelik kat sendi2. Aku pun pernah kene kat jari manis. Tetiba tumbuh dan enam tahun lepas tu, hilang sniri. Maksu aku paling teruk kene kat tulang belakang dia sampai jatuh sakit. Pastu arwah nenek sempat bawak gi 'buang'.

Tu citer mak. Pastu ayah pulak mencelah pasal ilmu dia. Okeh bagus, takyah susah2 aku karang ayat nak tanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:04 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 09:07 PM

Selain ilmu kebal dan pelaris, ayah cakap dia ada jugak belajar ilmu pukulan jauh. Tah nama Nurul Haq ke apa, lupa..... Dia buat isyarat dari jauh je orang yang dia pukul tu bleh tumbang.

Err..... ada ilmu camtu ke....

Ayah: Ayah ada simpan parang tau. Kat parang tu ada kalimah 'la hawla wala quwwata illa billah'.

Aku: Huyooo... ye ke Yah?

Ayah pun bangun dari meja makan, gi ambik sesuatu dari almari lama kat stor pinggan mak. Pastu dia keluar dengan sebilah parang kat tangan. Hulunya ada besi bengkok macam senjata sukan lawan pedang tu. Parang tu dah berkarat dan hujungnya ada dua mata.

Terlopong aku tengok parang tu. Tak tahu rupanya ayah ada simpan senjata lama camni! Aku ambik parang tu dan sentuh mata dia. Masih tajam lagi walaupun dah karat. Kat parang tu ada ukiran perkataan 'la hawla wala quwwata illa billah' yang ayah cakap tadi.

Cam seram + jakun aku belek parang tu.

Aku: Mana ayah dapat ni?

Ayah: Ini ayah beli kat Perak dulu. Saje simpan buat pertahanan diri. Dulu masa 13 Mei, ayah tengok orang c**a ada macam-macam senjata. Parang, tombak... Orang Melayu ni datang dari kampung, apa pun takde. Tu yang buat ayah terfikir nak simpan satu senjata.

Ayah aku memang a pure warrior.

Aku: Ni ukiran ni, memang ada kat sini ke? Atau ayah tempah orang ukir?

Ayah: Takde, memang parang tu dijual macam tu.

Aku: Ooo.... ingatkan ada bacakan doa ke, apa ke?

Ayah: Takde. Memang dia jual parang macam tu.

Aku tetap suspicious.

Ayah: Baju kebal pun ayah ada.

Aku: Baju kebal???

Bape banyak la pusaka ayah ni.........

Ayah: Cuba acik ambik dalam almari tadi. Yang tergantung warna biru gelap.

Aku pulak bangun pergi kat almari yang sama tempat ayah simpan parang. Memang ada satu baju tu je tergantung dalam tu. Bila dah bawak keluar, mak terkejut.

Mak: Ya Allah.... ni baju kebal ke? Selama ni Ja tak tau pun!

Aku: Aik, mak pun tak tau?

Mak: Ayah suruh simpan, mak simpan jelah. Ingatkan baju feveret ayah.

Ayah sengih jer sambil tengok aku belek baju tu. Takde la apa special pun. Cuma vest biasa. Ayah cakap dia tak pernah guna pun baju ni. Patutlah kainnya pun masih elok macam baju baru. Tak tahulah kalau baju ni ada kaitan dengan ilmu kebal yang ayah belajar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:16 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 09:35 PM

Sementara nampak ayah cam hepi tu, aku ambik kesempatan tanya pasal harta2 dia dalam peti besi.

Aku: Ayah, haritu acik kemas2... nampak ada banyak kertas doa dalam peti besi ayah tu.

Ayah: Doa? Ada ke? Ayah dah tak ingat la.

Aku: Ada, banyak... boleh tak kalau acik nak? Nampak doa-doa tu macam bagus je.

Tetiba muka ayah berubah.

Ayah: Em... ambik la mana yang elok tu. Yang lain tu biarkanlah.

Ting!

Aku rasa ayah sedar ada doa yang dia ambik tu tak elok. Malangnya, hat yang tak elok tu la aku nak ambik. Aku nak minta ust lupuskan. Tapi ayah bagi permission untuk doa yang elok2 jer pulak. Kalau takde pengecualian tu kan bagus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 10:27 PM | Show all posts
Sejak tahu pasal 'rahsia' ayah, aku selalu termenung jauh memikir.

Agaknya, sebab ilmu2 tu ayah jadi garang tak ketahuan. Sampai rumah tangga mak dan ayah jadi panas sentiasa. Bukan rumahtangga je. Badan ayah sendiri sentiasa panas dan mak ngaku dia takleh tido rapat ngan ayah. Dah tua ni sakit asma ayah datang balik. Kalau kena kipas dia semput, tapi kalau tak kene kipas dia kepanasan. Caner tu? Aku dapat bayangkan siksanya.

Cemana pulak bila nak meninggal nanti? Bimbangnya...
Aku memang nak kena bawa ayah pergi berubat juga. Tapi, macam mana? Masalah sniri pun tak berani gtau ayah, ni pulak nak cakap ayah yang bermasalah.
Ya Allah...

Banyak sungguh rahsia yang Allah buka dalam masa singkat ni. Hal aku, hal ayah... Masa tu rasa kepala cam tak betul. Mujur la dapat share semua dengan angah. Aku pun selalu tanya2 angah tentang solat dia. Angah cakap dia tengah usaha perbaiki diri dan jaga solat. Aku tau, susah. Aku pun pernah rasa super malas tu. Moga2 Allah bantu.

Then cemana serabut pun, aku bersyukur hal ni tak berkaitan ngan 'pop corn'. Lebih baik aku diuji dengan yang ini daripada diuji dengan maksiat. Na'uzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 12:28 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 6-12-2015 09:04 PM
Selain ilmu kebal dan pelaris, ayah cakap dia ada jugak belajar ilmu pukulan jauh. Tah nama Nurul Ha ...

Nurul Haq?

Nasrulhaq ...

Ada thread nasrulhaq kat forum ini

boleh cari infonya kat situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2015 12:36 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 01:45 PM

Yang makhluk 'kat dalam' ni pulak menjadi2 marah dia. Tak tenang kepala aku bila sentiasa ada suara bercakap2 dalam diri. Hendaknya lepas aku jumpa perawat2 power yang aku serasi.

Kang tengah basuh pinggan, tetiba....... "Aku tak nak keluar. Ingat boleh halau aku?"

Tengah gosok baju, tetiba........... "Gi mampus la"

Baru bangun tido tak sempat baca doa, tetiba........... "And I..... will always love you..... I..... will always love you....."

Boleh dia nyanyi lagu. Takde kaitan langsung dengan apa yang aku tengah buat. Suara2 camni la buat aku sedar yang ia datang dari entiti lain, bukan hati aku.

Aku ambik masa lama jugak nak terima hakikat yang badan ni ada penghuni lain. Selama ni baca je hadis Nabi kata syaitan bergerak dalam saluran darah. Bila sniri kena rasa susahnya nak terima......

Satu hari lepas habis sesi rawatan ngan ust Leman, tengah memandu balik dari DS. Masa rawatan tadi aku ngamuk lagi, tapi tak teruk sebab ust Leman tak provoke. Cam biasa masa rawatan tak pernah cakap pape. Tapi bila aku dah sorang-sorang dalam kete........

"Macam mana nak buat biar perawat ni tak ruqyah? Geramnya aku..."


Agaknya 'dia' tau takleh nak stop kan aku dari pergi DS, 'dia' nak stop kan perawat baca pulak.

Astaghfirullahal azim. Apa aku fikir ni? Aku nak baik. Dengar je. Lepas ni ust baca dengar je, jangan mengamuk. Kalau mengamuk nanti ust takleh nak baca, sia2 je ko gi sana....

Cuba lawan. Aku masih anggap yang cakap tu ialah diri aku. So kena positifkan diri.

''Luka! Kalau berdarah mesti ust berenti. Tapi mana nak cari benda tajam kat situ?''

Woi...apa cakap luka-luka ni?

''Gelas... ya nanti aku pecahkan gelas. Biar luka. Biar ust tak baca.''

Ih...dah melampau ni sampai nak lukakan aku.

''Amboi......over kau ea. Kau ingat aku takut la? Jaga kau, lagi kau degil lagi aku cari ust yang ganas2 baca kat kau!'' aku sergah diri sendiri sambil lepas geram kat stereng. Nampaknya pasni aku kena warning perawat jangan bagi aku minum dengan gelas.... sebab 'dia' dah ada intention nak cederakan aku.

Gitu la situasinya. Memang aku rasa cam skizo, macam orang gila dah cakap sorang2......

Dan, weekend tu aku terima akibat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 01:04 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 3-12-2015 12:15 PM
er.. masih tak jumpa kaitan dengan jin.. tapi best jugak citer tt untuk difollow..

ekceli klu xde ...

Cik bunga, telupa lak kat ko.... nah aku dah masuk citer jin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 01:10 AM | Show all posts

Ye betul... nasrul haq.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 01:13 AM | Show all posts
miz_butcher replied at 6-12-2015 03:59 PM
Tt...thanks share pengalaman..  Sambung lagi please...

u're welcome. ni aku sambung dah. menaip sampai bengkok sebab ko mintak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 01:50 AM | Show all posts
zamzarai replied at 6-12-2015 02:38 AM
dah selongkar cita la nnt tt.

Dah lebih dari selongkar dah haa....

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
https://media4.giphy.com/media/qpaUS3ZHKGGuA/giphy.gif
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg tt.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 01:59 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 01:50 AM
Dah lebih dari selongkar dah haa....

keh keh keh
lu TT..ketahuilah...ini saka bukan dari bapa lu....
ini jauh terdahulu dari datuk lu...
bapa lu ambil itu semua barang tiada baik pun..sebab itu saka juga influence...

ketahuliah DS, takkan dapat selesaikan masalah lu..
percayalah apa wa cakap
saka adalah satu perkara yang cukup sukar dirawat...
kerana perjanjian lama yang generasi sekarang tak tahu macam mana cara mahu buang...

carilah rawatan yang tiada gunakan jin...
kerana ketahuilah lu..rukyah juga ada khadamnya..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:29 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 6-12-2015 12:26 AM
Mungkin mak ton pon kena cek kot2 ada jin jugak...

mungkin la kot.. sbb ada org penah ckp mcm tu. dlm nada gurau2 la.. tak tau la kot2 mmg dia nak bgtau tp buat dlm nada gurau2 supaya makton x terasa/sentap dgn apa yg dia cuba smpaikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 7-12-2015 07:29 AM
mungkin la kot.. sbb ada org penah ckp mcm tu. dlm nada gurau2 la.. tak tau la kot2 mmg dia nak bg ...

Mungkin makton leh pegi darul syifa jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh dah ada sambungan.ok nk khatam sambil mkn nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:57 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 6-12-2015 11:54 PM
Mungkin makton leh pegi darul syifa jugak...

insya Allah.. thanks mommymonster
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
makton replied at 7-12-2015 07:57 AM
insya Allah.. thanks mommymonster

Moga tiada apa2 yg serius insyaallah.. ur welcome..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:19 AM | Show all posts
huhuhu.. hari2 harap ada sambungan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.135578 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list