CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 7-12-2015 04:51 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 04:54 PM
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:00 PM
Okla..meh la sini aku share sikit kisah..
Sekadar nak deviate rasa hiba aku akibat kemangkatan Tunk ...

Eh, laaa.... aku xperasan citer ko ni duk page belakang. Patut la tak jumpa.Hi~ kentalnya adik ipar ko.... kalau aku pun dah lari. Pagi esok sume orang makan nasi lemak kedai jer.
Tapi memang sesuai la Allah bagi isteri yang kuat untuk adik ko yang pernah kene gangguan. Check and balance

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 05:07 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 04:00 PM
Okla..meh la sini aku share sikit kisah..
Sekadar nak deviate rasa hiba aku akibat kemangkatan Tunk ...

seram gak aihhhh...hebat ipar ko boleh maintain masak je kan...
huuuu

tapi yg menarik, seronoknya korg boleh tinggal serumah sekali....
memang dah biasa eh tinggal dengan adik tu? mcm best je...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Clover_Hill at 7-12-2015 05:56 PM
Kelipkertas replied at 7-12-2015 04:38 PM
Aku pun sbenarnya update citer memalam je lepas opis hour. Kat opis ni takleh nak nulih pepanjang  ...


Heeeeee..berani la ko hapdet memalam. Aku kalu namanya malam idok lerrr ambo.

Sebab apa tau? Penah la satu kali aku tu aku dok share cite antu kat mps ni la jugak..pasal aku tengah buat keje kul 2am..tetiba terdengar ketukan dinding dari rumah sebelah. tu cerita aku tengah taip. And guess what..time aku leka menaip tu tetiba terdengar betul2 bunyi ketukan yang sama..tuk tuk tuk. Tak banyak, tiga kali jah. Sama macam ketukan dalam cerita yang aku sedang taip tuh!

Ape lagi..shut down pc..dgn aku2 sekali laaa shut down !

Oh lupa nak cakap..timing pun sama..pukul 2 pagi. Kebetulan? Atau kebenaran? Huuu huuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
boocasper replied at 7-12-2015 05:07 PM
seram gak aihhhh...hebat ipar ko boleh maintain masak je kan...
huuuu


Aku kata gitu gak kat dia..beraninyaaa nak stay lagi! Kot akak..dengan ayam2 tu sekali akak lantung ke luar!

Well aku bawak adik aku dengan isteri dan anak dia tinggal sekali dengan niat nak bantu dorang mulakan hidup baru. Time kat kampung dulu dengan gaji kecik, dorang struggle gile nak hidup. Pegi memana naik motor jer berdua (time tu anak buah aku belum lahir lagi tapi adik ipar aku dah pregnant) Aku kata aku tak sanggup nak tengok anak buah aku yang masih baby dikelek kulu kilir naik moto semata! So aku dan hubby decided ajak dorang duduk dengan kami, cari keje kat sini. Keta untuk dorang pun aku yang belikan. jgn ngengada nak naik moto segala walau nak bawak anak ronda pegi taman.Sewa2 rumah pun tak payah..duit yg dpt simpan utk beli rumah sendiri nnti.

masuk tahun ni dah dekat tiga tahun dorang dok skali dengan aku..dan aku sefamily selesa dengan kluarga besar kami. Adik ipar aku pun jenis rajin ke dapur..aku selalu pesan kat dia..buat macam rumah sendiri..ni bukan rumah orang tapi ni rumah KITA!

Ehhh spam plak terid tt..ya ampoonnnnn tt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 06:08 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 05:54 PM
Heeeeee..berani la ko hapdet memalam. Aku kalu namanya malam idok lerrr ambo.

Sebab apa tau?  ...

Tu nak ngusik la tuh... Perawat2 selalu pesan kat aku jangan pikir benda2 ni. Nanti dia bebetul datang.

Eh, gambar baby comel kat profail ko ni memang begerak ke? Atau mata aku yang miung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 06:11 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 06:07 PM
Aku kata gitu gak kat dia..beraninyaaa nak stay lagi! Kot akak..dengan ayam2 tu sekali akak lantun ...

Hahaha tu la aku cakap, bukak thread baru. Nulih ni ketagih. Once kita dah start memang takleh berenti, hendaknya pengalaman sniri. hehehe...

Gi la bukak thread baru cepat, aku nak layan citer ko pulak.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhhhh stress aku guna hp nih..lelah aku reply komen ko pepanjang tetiba naik notis cari is not responding!

Ha yela2 nnt lps makan apam balik aku sambung cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 06:53 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 7-12-2015 03:27 PM
tima kasih doakan aku..moga jodoh aku sekarang ni yang terbaik sampai ke akhirat sana...aami ...

Eh xperasan pulak ko cakap bawak baby gi DS...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 06:57 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 8-12-2015 09:28 AM

Okeh sambung cerita...

Memandangkan rasukan2 lepas ni lebih mengarut, jadi aku akan tambah 'dia' kat dalam cerita ni... sebab aku xtau nape aku bertindak camtu walaupun sedar. so aku anggap itu 'dia', bukan aku.

Korang jangan pening eh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:01 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 06:57 PM
Okeh sambung cerita...

Memandangkan rasukan2 lepas ni lebih mengarut, jadi aku akan tambah 'dia'  ...

Okeh..aku tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:27 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 06:57 PM
Okeh sambung cerita...

Memandangkan rasukan2 lepas ni lebih mengarut, jadi aku akan tambah 'dia'  ...

ok tt.... tak sabar nak tau sambungan. memang sy berkuntum je kat thread tt ni hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 07:29 PM | Show all posts
Sebelum tu nak citer pasal hati berbolak-balik...

Orang yang kene gangguan ni selalu takmo gi berubat. Sama ada dia rasa malas or whatever. Ust Leman pun pernah tanya aku dulu, ada rasa pape tak waktu nak datang berubat?

Mestila ada. Setiap hari hati cakap aku okey, takyah gi berubat.
Setiap hari dia kutuk, aku gi berubat sebab ngade nak mintak perhatian perawat.
Setiap hari dia hasut, mintak tolong ngan perawat ni bukan syirik ke... Tengok Nabi Ayub mintak tolong ngan Allah je.
Setiap hari. Tapi aku ignore. Ignore. Ignore.

Dah 29 tahun idup ngan jin ni. Apa lagi yang dapat motivate aku gi berubat selain daripada keinginan nak hidup normal cam orang lain?

Imbas balik cemana aku bleh datang ke DS, sebelum angah ajak lagi. Dua bulan sebelum puasa tu mental state aku teruk sangat. Selain daripada lupa yang dah setahun, deria rasa pun macam dah tumpul.

Aku dah takleh rasa lidah kat dalam mulut ni. Orang cakap ngan aku, aku pandang je tapi xfaham apa dia cakap. Blur gila. Setiap hari aku drive dalam ketakutan akan ditimpa kemalangan anytime sebab otak dah tak pikap. Dah la aku bawak kete manual. Tangan dan kaki aku macam tak bape nak rasa apa yang aku pegang dan pijak. Kepala rasa bergaung. Mata aku asyik bergerak sniri dan rasa tertarik ke dalam. Aku bebetul rasa macam aku dah takde dalam jasad ni. Bukan aku lagi yang kontrol. Floating.

Aku dah jaga makan. Aktifkan diri. Campur ngan orang. Tapi makin teruk rasa. Apa lagi aku dapat buat?

Ramadhan tu aku doa banyak2.... ya Hayyu ya Qayyum, birohmatika astaghis... aslih li sya'ni kullahu wala takil ni ila nafsi tharfata ain.... minta Allah yang repair hidup aku. Aku dah angkat tangan. Surrender. Taktau apa lagi mampu ikhtiar.

Then bila raya angah ajak aku ke DS, aku anggap ini jawapan Allah kepada doa aku. Ya, Allah tolong. Tapi tetap aku yang kena ikhtiar.

Sebagai sorang yang berkerjaya, adakah aku perlu tunggu sampai gila isim baru pergi dapatkan bantuan? Macam mana dengan hak majikan yang bayar gaji aku tetiap bulan?

Sebab tu aku tak toleh belakang lagi. Perangai aku bila dah nekad, semua benda aku pijak. Walaupun perasaan aku sniri.

Ingat tak takut ke? Setiap kali nak gi buat rawatan... time gosok baju kat rumah, tangan dah menggigil. Tak, aku cakap ni menggigil sebab belum sarapan. Bukan jin.

Masuk kete, jantung berdebar. Tak, ini sebab darah rendah. Bukan jin.

Sampai DS, tak keruan. Asyik gi toilet. Tak, ni sebab aircond diorang kuat sangat. Bukan jin.

Sampai depan perawat aku terus gugup dan blur. Dapat perawat yang paham, dia terus baca. Yang tak paham, tanya macam2 sampai aku takleh jawab.

Ini yang aku hadapi setiap kali mengheret diri sniri ke DS. Orang nampak aku ulang-alik sorang-sorang, senyum cam takde pape, orang cakap aku tak sakit. Okey, taknak support takpe tapi jangan lekehkan apa yang aku rasa.

Semua orang struggle. Kita yang tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:13 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 07:29 PM
Sebelum tu nak citer pasal hati berbolak-balik...

Orang yang kene gangguan ni selalu takmo gi ber ...

Kalu malas bukak terid sendiri ko rasa ada masalah gangguan jugak ke..?


Tapi KK (eh aku calling2 ko KK je la eh..? jimat menaip..ngagagaga) kalu kita tengok orang lain yang dirawat dan dirukhyah tetiba kita plak yang rasa loya nak muntah dan tangan rasa pijar panas tetiba, ko rasa tu ada gangguan ke dalam diri kita?

Serius nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 08:45 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 7-12-2015 08:52 PM

Weekend.

Haritu ust Zaidi takde. Nampaknya aku baca ngan ust Ikhwan lagi. Minggu sebelumnya aku dah start baca ngan ust Ikhwan sebab Ust Zaidi takde jugak. Baru tau rupanya ust Zaidi ni memang jarang datang.

Minggu lepas ngan ust Ikhwan, aku takde reaksi apape. Dia baca pun kejap jer. Lega aku. Tengok orang lain baca ngan dia melolong2, ingatkan sebab ust ni brutal ke apa. Tak pun. Tapi bacaan ust ni memang jelas sebijik-sebijik dan tajam bunyinya.

So minggu ni baca ngan dia lagi. Hari tu aku datang ngan penuh semangat positif. Rasa sihat dan fikiran pun kosong jer. Berdebar sket tu biasalah. Sempat borak ngan pesakit lain sementara tunggu giliran.

Tiba turn aku, masuklah dengan sebotol air 6 liter. Memang tu je la minuman aku skarang ni. Baik kat umah, baik kat opis.

Masa masuk bilik tu pun aku rasa okey je. Tak terfikir pasal gelas pun sebab memang tak nampak gelas. Tapi bila ust mula baca je tetiba kepala aku sakit. Sakit dia bukan cam migrain ke apa tau. Rasa macam gelombang pelik masuk dalam telinga sampai otak aku rasa sengal dan ngilu.

Pernah rasa kaki cramp kalau duduk lelama kan? Time tu kalau orang usik kaki kau rasa cam nak tumbuk kan? Bayangkan cramp tu berada di otak. Itulah azabnya.

Duh! Baru start, aku dah tutup telinga. Dah merepek2 cakap takmo dengar. Ust Ikhwan terus baca je buat badak. Lama dia baca tak berenti, aku ikut dia baca plak. Tapi sebutan aku tah pape sebab kepala dah tak betul.

Bila dia tengok aku ikut semua ayat quran yang dia baca, dia tukar baca doa plak. Baru aku takleh ikut. Masa tu merepek2 suruh ust diam.

Pastu ust berenti ruqyah dan cuba comunicate ngan 'budak' kat dalam ni. Suruh dia keluar, kalau tak ust nak humban ngan aku aku skali masuk tong sampah. Dalam ati aku masa tu bengang jer... apehal lak cakap camtu? nak humban aku sekali? ingat aku berlakon ke apa?

kalau aku bleh nampak 'dia' ni, takyah tunggu ust, aku dulu dah humban dia ke gaung.

(weh.... tetiba aku pening. Dia marah ke aku tulis camni.)

Pastu cam biasa 'dia' ni takmo cakap.

Ust Ikhwan: Pergi, tu pintu terbukak tu. Pergi keluar ikut pintu tu. Kacau orang buat apa?

Dia: .......................................

Ust Ikhwan: Pergi... Sementara aku cakap baik-baik ni elok kau pergi. Pintu dah terbukak dah tu.

Dia: ........................................

Ust maleh nak layan, dia baca doa kat air botol aku. Masa tu tetiba aku bangun. Dalam hati aku terdetik, eh nak gi mana ni?

Rupanya 'dia' tutup pintu dan berdiri kat situ. Tangan gedik2 main tombol pintu. Muka cebik cam budak kecik kena marah ngan bapak. Malu jer.... dah la buat aksi pakai badan aku!

Masa aku bangun tu ust Ikhwan ngan pembantunya terkejut ingat aku nak buat apa. Bila dia tengok aku main kat pintu, dia cam nak gelak.

Ust Ikhwan: Hah.... ni anak jin ni. Budak kecik ni dia mengada jer...

Pastu tah apa ust cakap2 aku tak dengar. Kepala pening yang amat sampai aku duduk balik kat kerusi. Aku sembamkan muka kat dinding. Ust datang suruh aku minum. Takmo. Ust suruh lagi. Ust panggil aku dan nasihatkan supaya lawan 'dia'. Ust ingatkan aku yang 'dia' tu lemah. Ust nampak 'dia' dah menggigil.

Dengar nasihat2 ust tu aku rasa kuat nak lawan. Aku ambik gelas dari ust dan terus tuang air ke mulut.

'Dia' baling gelas ke lantai dan tumbuk2 dinding. Aku dengar ust cakap ngan pembantu dia, "dia marah la tu, taknak minum." Pembantu ust angkat gelas tadi letak kat meja.

Aku katup bibir rapat2 jangan sampai 'dia' sembur air tu keluar. Kang aku yang malu. Susah payah aku paksa telan dalam keadaan merenyuk2 tumbuk dinding.

Pastu tetiba aku jadi lemah. Terus berenti tumbuk dinding. Tangan terkulai kat riba.

Masa tu ust cakap lagi suruh dia keluar. Tah apa ust cakap, tapi nadanya sangat tegas sampai 'dia' naik rimas.

Tetiba 'dia' pusing ke arah meja. "Gelas, mana gelas?"

Gelas?

Tak sempat nak fikir. 'Dia' terus capai gelas tadi dan hempas ke lantai. Punya kuat sampai bersepai gelas tu atas karpet. Karpet, bukan simen. Pastu dia ambik serpihan gelas tu.

Ah, sudah... aku dah cuak. Semuanya berlaku terlalu cepat. Aku tak tau cemana aku lawan. Yang pastinya aku campak serpihan tu. 'Dia' kutip yang lain pulak. Aku campak lagi. 'Dia' kutip lagi yang lain. Kali ketiga ni dah tak lepas-lepas. Aku kat dalam tu rasa cam keciiiiiiiiiikkkkk sangat. Mampu tunggu je apa 'dia' nak buat dengan kaca dalam tangan aku tu.

Aku tau ust tengok drama baling-kutip kaca tu. Ust ngan pembantu dia terdiam sekejap.

Ust: Buang kaca tu. Awak jangan nak ugut saya.

Dia: Kau buat aku, aku bunuh dia.

Finally. Aku dapat dengar dia bercakap.

Dia: Kau buat aku, aku bunuh dia. Aku bunuh dia! Haa... buat aku...

Tak berenti dia cakap benda yang sama. Nak bunuh aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:59 PM | Show all posts
Sambil menaip cerita sendiri, sambil tu layan cerita ko.

Hishhh gila aaaahh 'dia' nih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 09:41 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 8-12-2015 09:21 AM

Dedua ust keluar dari bilik. Tinggal aku sorang. Yang 'dia' ni dok lagi berzikir "kau buat aku, aku bunuh dia" tak benti2.

Lama pastu baru diam. Baru tenang. Masa tu aku macam dah comeback. Aku cakap ngan diri sniri, ''Kau buat apa ni.... buang kaca tu...''

''Tak nak... tak nak!''

''Buang...''

Macam hari biasa, aku cuba cakap ngan 'dia'. Aku rasa kalau lama sikit dah berjaya dah. Tapi masa tu la ust Ikhwan datang dengan perawat yang lebih ramai. Aku terus lost in action bila 'dia' start ngamuk balik tengok diorang sumer. Kalini naik kaki terajang perawat kat depan. Yang pegang tangan, kena cakar. Ingat lagi 'dia' marah,

''Iee.... kuku dah potong pulak!''

Dulu 'dia' pernah lukakan perawat sebab aku telupa potong kuku. Sejak tu setiap kali gi DS aku potong kuku dulu.

Bila 'dia' dah menerajang sana-sini, diorang tarik kerusi bagi aku duduk atas lantai. Aku dengar Ust Halim nak baringkan aku. Pastu aku sergah cakap taknak baring. Entah aku ke, 'dia' yang taknak baring. Tapi aku setuju tentang tu. Aku pun tak nak baring depan diorang tu sumer!

Ust Ikhwan berusaha keluarkan kaca dari tangan kanan aku yang mengepal kuat. Perawat lain pegang aku sampai takleh gerak. Satu2 jari dia tarik sampai terbukak.

Aku dapat rasa kaca tu dalam tapak tangan aku. Cemasnya perasaan masa tu menunggu ditusuk tanpa dapat buat apape.

Last2 dapat keluarkan. Tapi dah sempat luka tapak tangan. Lukanya kecik je. Tapi sebab aku menggenggam tu, darah keluar banyak bertompok2 kat baju putih aku. Dorg letak tisu, 'dia' baling. Letak lagi, 'dia' kibas2 tangan sampai tisu terbang. Sudahnya Ust Halim bacakan surah al-Masad kat luka tu dan biar je 'dia' genggam tangan. Aku dengar ust Ikhwan cakap nak telefon waris aku. Dengar orang bukak zip purse aku. Tapi aku tak bawak henfon.

Dah tu, diorang buat keputusan biarkan 'dia' sejuk sniri. Dok la bersila kat situ cam buddha kemain lama. Bape kali perawat datang jenguk, kena halau.

Lama pastu baru aku bebetul comeback. Baru rasa letih lesunya badan. Daripada bersila cam patung tadi terus rasa nak tumbang. Aku bersimpuh sandar kat dinding. Kepala kosong. Ikut ati rasa nak baring terus tapi aku takut ust masuk.

Ust Halim datang ajar aku ngucap. Aku cuba ikut. Payah sangat. Tetiba 'dia' keluar balik sergah ust.

''Kau datang je aku pening!''

Ust Halim keluar tinggalkan aku. Lama pastu baru aku dapat baca selawat Tafrijiyah dan Syifa'. Lega sikit, aku pelan2 kutip serpihan kaca yang masih selerak. Tadi ust dah sapu tapi mungkin tak nampak kaca ni jernih.

Aku naik duduk kat kerusi. Tangan kanan sememeh dengan darah kering. Kat pipi pun tercalit. Tapi masa tu dah tak fikir pasal selekeh lagi. Dapat bangun sendiri tu pun sangat2 bersyukur. Pening dah hilang. Cuma letih sangat rasa nak cepat balik tido.

Tengah aku betulkan stokin tu ust Ikhwan masuk. Dia berdiri jauh dari aku, tapi tetiba aku rasa pening balik.

Ust: Tangan awak luka tu bukan kami buat tau.

Yalah ust... saya sedar tadi. Aku tengok tangan. Pejam. Adui peningnya. Asal pening balik ni?

Ust: Tadi saya bukak purse awak. Nanti minggu depan bawak waris datang ya. Nak tanya-tanya sikit.

Aku: Okey.

Ust macam nak cakap lagi. Mungkin dia nak bagi amalan ke apa. Tapi aku dah tak dengar. Aku mintak ngan ust nak balik. Sebelum aku pengsan kat situ.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 09:54 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 7-12-2015 08:13 PM
Kalu malas bukak terid sendiri ko rasa ada masalah gangguan jugak ke..?

Kalau ada rasa camtu cubalah kau berubat juga. Sebab ayat quran ni gelombang yang merebak di udara, bukannya benda kaku. Boleh jadi kau dapat rasa juga kesannya walaupun secara tak sengaja.

Aku pun pernah rasa camtu. Bawak member gi baca, pastu aku yang takleh dengar. Tapi masa tu memang aku dah tau la aku ada gangguan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 7-12-2015 08:45 PM
Weekend.

Haritu ust Zaidi takde. Nampaknya aku baca ngan ust Ikhwan lagi. Minggu sebelumnya aku d ...

Serammmm.... Meremang bulu roma ni haaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. update lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah gak p DS tu dekat je dgn umah parents aku. Aku p lepas anak no 2 aku mninggal dunia. Aku nak minta ustaz tu tgkkn kn ke aku ade gangguan ke ape sampai ank no 2 aku tu mninggal..manelatau walaupun aku syak aku ok. Sudahnye masa nk cakap bgtau pasal anak tu aku dah xblh nk kuar suara nangis. Laki aku yg explain ank kitorang br mninggal. Perawat tu baca2 pegang kepala aku n suruh minum air tu bagi kuat semngat sbb mmg semngat aku zero masa tu yela tgh sedih yg amat sangat. Masa nk tggu turun tu mmg aku dengar2 juga org jerit2..xsangka baca kisah benar tt. Seram tp aku respek ko kuat semngat tt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.496409 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list