CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 20-3-2016 10:13 PM | Show all posts
Tadi KK tengok tv, dokumentari Caught in the Act. Citer binatang2. Tetiba ada satu momen menarik yang KK rasa sangat kena dengan situasi manusia vs. setan.

Ada sorang penyelam ni, keje dia repair struktur kat bawah laut. Satu hari tengah dia duk repair2 pakai spanar, ada sotong kurita keluar dari sarang dan rebut spanar dia. Katanya, sotong kurita ni memang pantang tengok benda berkilat2. Last2 pakcik ni lepaskan spanar dia kasi si sotong main. Dia pun rakam aksi sotong tu 'berkenalan' ngan spanar. hii comel jer

Tetiba datang sotong katak dari belakang. Zup!!!! sotong kurita tu kene baham.

Gila ah... si pakcik ni terus terpikir, 'lepas ni giliran aku plak ke?'

Bila dah naik ke darat, dia tengok balik rakaman insiden tadi. Rupanya sotong katak tu memang dah datang ke situ... tapi dia menyamar macam rumpai laut. Takde sape pun perasan... apatah lagi si sotong kurita yang tengah ralit main spanar.

KK fikir, manusia sebiji cam sotong kurita tu. Bila kita lalai ngan dunia, ralit sangat ngan nikmat dunia ni, setan datang baham kita pun tak perasan. Tau2 dah jadi macam2... kan. Mana yang Allah uji sampai tersedar kat dunia, Alhamdulilah la sempat u-turn. Takut Allah biar je kita lalai tak sedar2.... tengok orang kena uji, kita ejek.... rupanya kita yang dapat akibat buruk. Na'uzubillah.

ingatan buat diri dan semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2016 10:54 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 14-3-2016 01:54 PM
Astaghfirullah..insafnya baca....

banyak kene muhasabah diri nih...

KK pun sama kak. Selama ni memang tak ambik pot pun benda kecik2 ni. Even dah kene gangguan ni pun, bila rasa dah tenang sikit mula la malas balik nak jaga adab2 ni sume. Huhu...

Moga Allah kuatkan kita sume nak betul2 ikut cara hidup yang Islam ajar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 10:56 PM | Show all posts
SeeraAsyikin replied at 14-3-2016 06:53 PM
Kalau takat pitam ok KK tapi sy takut kalau jadi balik kepala tergeleng non stop tu. Kalau boleh t ...

Tak pe la Seera lebih tau cemana keadaan Seera kan...usahalah mana termampu. Apapun jangan lepa jaga diri ya. Protect diri sniri ngan amalan2 yang perawat ajar.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 10:57 PM | Show all posts
tekken replied at 16-3-2016 04:46 PM
mak oiii...
semoga dipermudahkan urusan oleh Nya

Amin... tima kasih @tekken

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 10:58 PM | Show all posts
izabellemylia replied at 17-3-2016 11:34 AM
kikikiki..tangan seram sejuk sebab ekon opis kuat sgt  plus iols plak membaca cerita dengan penu ...

Ok sejuk tangan takpe. Beware jangan sejuk lain ye Iza....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 10:59 PM | Show all posts
ainothman replied at 18-3-2016 12:02 PM
please la kk please laaaa.

cek tak sabaaq dah nak tunggu hang sambung,

Fizikalnya memang sihat je ain... mental dan spiritual ni yang on-off cam rice cooker rosak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2016 11:02 PM | Show all posts
aina09 replied at 18-3-2016 05:11 PM
adeh...sedey la pulak bc citer KK. moga semua urusan KK dipermudahkan...jgn lemah..lawan jek jin s ...

InsyaAllah, KK cuba lawan. Bila give up tu selalu melepak kat sini baca citer orang lain, terus rasa semangat nak berubat balik. Insaf nengok orang lain yang kena lagi teruk dari KK tapi tak putus asa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 11:33 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 21-3-2016 09:28 AM

Ok dah sebulan. Aritu KK memang berazam nak cuba stop berubat sebulan dan tengok apa jadi. Memang macam-macam terjadi... paling besarnya ialah i lose my job

Tak, bukan salah jin. KK yang tak cukup tabah.

Then dalam minggu ni je dua hari KK mental block, takleh buat keje. Gi opis melanguk depan pc cam orang bodo. Dah rasa macam makan gaji buta dah.... habis la tak berkat gaji.

Pagi Jumaat tu pulak kena attack. Bukan attack ngan kelibat2 ngeri mahupun tindihan ye. Lebih kepada mind attack pada waktu KK paling fragile. Waktu bangun tido.

Alhamdulillah selalunya bangun tido KK automatik nak baca doa. Walaupun mamai tak sempat fikir pun mulut terus lafaz je. Tapi pagi jumaat tu sedar2 je dalam kepala KK terus datang dorongan syahwat yang aneh. Ah lantak la, malas nak malu. Orang yang kene gangguan jin ni bukan temper je tinggi, syahwat pun tinggi jugak. Ngaku jer la. Haha. Memang keje setan nak heret kita buat benda haram.

Dah kenapa libido aku mencanak pepagi nih? Dengan muka tak basuhnya KK terus on laptop dan craving benda tak senonoh kat internet.

Adakah korang rasa sikap ni normal? KK rasa orang dah kawen pun tak kemaruk gitu kot sampai tak sempat basuh muka.

Kat utube KK tengok ada orang kene g*** r***. Eh, asal macam familiar je? Kene kerumun2 ngan laki camni.... macam situasi aku kat DS je. Gila! KK terus tersedar.

Hiii apa aku buat ni?!

Muhasabah diri. KK cuba cek apa yang KK buat semalam, apa yang KK makan semalam, sampai jadi camni? Sebab selalu gitu... kalau KK ada terlebih lagha atau makan benda xtau halal-haram, pastu mesti jadi tak ketahuan. Teringat la yang malam semalam KK memang ralit tengok drama lepas maghrib. Sampai tetido2 depan tv. Bukan drama tak senonoh pun. Just citer cina tv8 pasal dinasti Qing. Sopan santun kot citer orang zaman dulu. Pun jadi jugak.

Mesti korang rasa cam pelik, cam poyo kan. Baik la sangat konon, drama pun takleh tengok. Bukan... kunci sebenarnya pada hati lalai tu. Apa je yang buat kita lalai itu la yang setan guna nak tikam kita. Cam kisah sotong kurita kat atas tu.

Dalam kes KK ni, drama la yang buat KK lalai. Kalau pada orang lain tengok drama tak jadi apa, KK kalau tengok drama boleh kena attack. Sama la cam orang kencing manis takleh makan gula. Korang anggap camtu je la ea.

So KK timbang2 nak gi berubat balik. But still, hati berbelah bahgi nak pergi. KK masih fikir jin yang sebenarnya nak pergi ni.... supaya nanti KK dengar ruqyah dan meracau, dia boleh mainkan KK balik dengan memori tu.

Aduh. Dah xtau nak buat keputusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2016 11:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah Allah ilhamkan KK baca doa ni..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2016 11:55 PM | Show all posts
Highly recommended untuk diamalkan terutamanya yang bermasalah cam KK. Memang kepala serabut xtau mana yang betul. Kengkadang rasa logik kita paling betul tapi rupanya salah.

Conclusionnya minta la Allah tunjukkan...

Bila dah ulang2 doa tu banyak kali, KK rasa tetap hati nak gi berubat. Pegi la petang semalam. Alhamdulillah.

Sekali kat DS rupanya ada ramai gila perawat berkumpul. Tah dorang ada program apa tah. Huhhhhhh..... Tetiba KK jadi takut.... Hendaknya bila tengok dorg beratur solat asar dalam sof. Hijaaaaaaaauuuuuu je vest dorg sume. Haduuuuu..... Dah rasa cam nak kene sembelih.

Syukur la masa rawatan takde pun yang ramai2 tu. Dorg berkumpul katne xtau. Sesi petang ni dapat ngan ust baik yang xsampai ati nak ruqyah lelama sebab KK pakai skirt. Dia tau KK memang jenis menerajang orang, so dia takut terselak ke apa. Dia pesan pasni pakai la seluar. KK cakap saje je takmo pakai seluar. Biar malu nak ngamuk, biar kuat sket self control.

Lepas ruqyah tu kepala ngilu sangat, susah nak bukak mata. Ust biar je KK duduk situ sampai lega tapi tak lega. KK mintak nak balik, ust xbagi. Ust xmo KK drive dalam keadaan cam mabuk tu. KK berkeras nak balik gak sebab kepala ni memang takkan lega selagi duduk depan perawat. KK kena pergi smwhere dan distract fikiran daripada benda ni.

Lepas say thanks KK bangun je pegi dari situ. Duduk la kejap kat luar baca2 sket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 12:17 AM | Show all posts
KK nak share doa ni pulak... untuk kita2 yang rasa cam susah nak kawal diri waktu dirawat.



Citer sket pasal doa ni yer. Doa ni usianya dah ribuan tahun, Allah rakam dalam Quran untuk kita amalkan. Yang baca doa ni ialah tentera Thalut waktu dalam battle menghadapi tetera Jalut. Sebelum perang tu Allah dah uji diorang ngan sungai. Sape minum air sungai tu takleh ikut perang. Ramai la yang xtahan nafsu gi minum air sungai tu. Dah minum semasing jatuh sakit, tinggal la sikit orang je yang gi perang. Tentera yang sikit tapi ikhlas ni memula rasa gerun bila tengok tentera Jalut yang ramai. So dorg baca la doa ni minta Allah bagi dorg sabar dan teguhkan dorg menghadapi orang kafir.

Kan macam kita hadap setan kan? Kita sorang. Setan tu banyak. Lutsinar lagi. Siap main masuk2 dalam badan orang plak tu.

Kali ni KK amalkan baca doa ni je waktu diruqyah. Sebelum2 ni KK pernah try banyak ayat Quran. Akhir surah Furqan, tak jadi. Perawat suh baca ayat Kursi, tak jadi. Zikir, tak jadi. Alhamdulillah kali ni KK dapat tahan ngamuk, berkat doa ni.

Kenapa nak kena tahan ngamuk? Bukan ke benda tu takleh kontrol?

Ya, sesetengah orang tu Allah bagi dorg tak sedar, memang takleh kontrol la apa yang berlaku.
Sama jugak dengan yang tetiba dirasuk dalam hutan ke apa... tu no komen la.
Cam KK yang sedar ni, yang sengaja pergi dengar ruqyah untuk dirawat, actually KK kena belajar kontrol. Tanya la mana perawat pun, dorg senarnya memang xsuka pesakit meracau. Dorg yang penat nak handle. Yang suka tengok org meracau ni perawat2 baru je yang tengah eksaited nak lawan jin.

Kesan buruknya pada KK jugak bila tak kontrol. Dapat malu kan, orang pegang sana-sini.

Doa ni sangat membantu kali ni. Alhamdulillah. Syukur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 12:51 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 21-3-2016 01:31 AM

So siang tadi gi DS lagi.

Waktu sampai memula tu biasa je rasa. Baca la Yasin dan ma'thurat kejap, pagi tadi tak sempat. Lepas tu tetiba lenguh plak tengkuk KK. Sambil nyandar2 kat dinding, KK nampak dalam bilik ada perawat pempuan yang KK tak pernah nampak. Pakai purdah. Dia pandaaaaaang je kat arah KK.

Eh, apehal ustazah tu tengok cam ape jer?

Taklah, dia tengok akak depan aku ni dukung baby kot.

KK pandang tempat lain. Buat itu, buat ini. Gelisah. Bila pandang depan, ustazah tu tengah pandang lagi.

Isy apehal ni... Dah la aku tak selesa. Lenguhnya... cam nak baring dah ni.

KK bukak Quran balik cuba ulang surah Baqarah yang KK tengah hafal. Baca, terabur. Ulang balik, terabur.

Haisy..... tutup Quran! Sandar kat dinding peluk lutut. Pastu ada perawat praktikal panggil nama KK. Dah sampai giliran. Tapi KK tak nyaut pun. Buat xtau jer sebab suara tu KK tak kenal. Maleh nak berubat ngan perawat baru.

Sekali rupanya perawat praktikal tu kenal KK. Dia pandang tepat kat KK. Cih.... KK buat muka beku je cam tak bersalah. Dia tengok KK tak bangun, dia pun panggil orang lain. Muka dia cam kompius nape KK tak bangun? Adakah dia salah orang? Hahaha.

Pastu KK masuk sniri cari perawat yang KK kenal. Jumpa la Ust Halim yang dulu jampikan masa tangan KK berdarah (gigih korek belakang2 cari balik nama tipu dorg nih )

Ust Halim ni bagus orangnya. Mungkin sebab keje dia dalam bidang insurans kot, so sebagai perawat pun dia terangkan ngan sangat baik. Hujung taun lepas masa 1st time KK nak letak jawatan, KK consult ngan dia la sampai sudahnya tarik balik surat berenti.

Harini KK bagitau dia yang KK memang dah berenti. Dia nasihatkan KK cecepat cari keje lain supaya masa KK tak kosong. Kalau kosong tu kang senang setan nak hasut KK buat tah pape. Sebab syaitan ni bila dah fade up nak suruh manusia buat jahat, dia akan hasut manusia berlebih2an buat baik pulak.

Ust Halim citer la antara manusia yang datang buat rawatan situ, ada orang agama yang tertipu ngan amalan dia. Ada pesakit yang tak sabar nak sembuh, amalkan zikir berlebih2an sudahnya jadi cam nak gila isim... pun ada jugak.

So ust takmo KK jadi gitu. Berenti keje kononnya nak tumpu berubat. Tak, semua kena jalan seiring. Hadap la walaupun susah. Kat situ yang Allah nak bersihkan dosa dan bagi pahala.

adoi pekak telinga ni berdesing plak tetiba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 01:15 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 21-3-2016 01:32 AM

Ust tanya latar belakang kuarga KK, keadaan rumah camne... ade ke simpan apape lagi yang tak elok? KK terangkan la apa yang KK dah usahakan. Pasal ayah yang takmo berubat. Pasal mimpi arwah nenek balik. KK gitau jugak yang KK sedar dan asyik teringat proses rawatan... last2 takmo datang berubat.

Ust Halim: Ok sekarang ni ust nak kamu faham, kamu ada sakit gangguan. Habis. Sampai situ je. Saka ke, sihir ke apa jangan fikir ya. Sekarang ust bacakan doa, sembuh tak sembuh kita serah pada Allah. Ada orang terus sembuh. Ada orang lambat sikit baru sembuh. Ada orang sampai mati tak sembuh-sembuh, tapi dosa dia bersih dan pahala bertimbun2.

KK: ok ust... *tahan lenguh yang makin ngilu*

Ust Halim: So bila awak dah faham, awak kena sabar, redha dan ikhlas dengan sakit ni. Kalau awak tak redha, tu yang syaitan boleh masuk ganggu hati awak.

KK: *angguk2* (nape la tak dari awal ada perawat gitau KK camni? Takde la hati asyik bolak-balik jer)

Ust Halim: Sekarang macam mana awak rasa? Ada rasa tak selesa ke, tak ok ke?

KK: sebenarnya dari tadi saya rasa tak ok...

Ust Halim: Mintak izin, ust pegang kepala ya.

KK: Ok. Kepala je.

Ust pun mula bacakan ruqyah kat kepala KK. Dalam hati KK baca doa kat atas tu banyak banyak banyak. Aduh ngilunya.... ngilunya.... Sampai tahap kepala KK dah blank macam TV rosak, kejap keluar gambar kejap bzzzzz.... Dah takleh baca doa. Tapi still sedar dan masih cuba kawal marah.

Huh... marah tu jangan cakap la. KK rasa nak baling ust ngan tong sampah. Tadi ust letak siap2 depan KK kot nak muntah ke apa. Takde mananya. KK dah asyik pandang tong sampah tu rasa nak hayun ke ust.

Ambik tu. Baling! Baling kat muka dia! Dia kat kiri kau. Biar sampah terabur sume. Baling! -hati KK rasa camtu.

Sabar... sabar... ya Allah tolong la KK sabar. Kalau KK ganas nanti ust pun ganas jugak.

KK: Ieee....nak baling.... nak baling.....

Ust Halim: Apa dia?

KK: Nak baling ust......sssstttt *bunyi cam pedas*

Ust Halim: Awak cakap apa? Saya tak dengar.

KK: Nak baling ust! Nak baliiiing! Dah la berenti!

Ust Halim: Ok awak rest dulu ya. *ust pun hilang tah mana*

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 08:50 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 28-3-2016 05:01 PM

Sebelum start ruqyah tadi ust tanya KK perlu ke orang lain pegang? Mesti la KK cakap xpayah. Apehal cam ready nak ngamuk pulak... Padahal KK beriya cuba takmo ngamuk.

So time ust takde tu KK cuba la tenangkan diri. Cuba ulang balik doa dalam hati sambil mendesis2 sakit urat ape sume.

Pastu ust datang balik ngan sorang-dua perawat praktikal. Yang sorang ni kasar betul. Panggil dia Abu. Amekaw KK bagi nama xsedap. Si Abu ni kejap2 tolak kepala KK. Bukan tolak apa, dia nak suh KK duk tegak. Dorg ni memang tak pernah kene rasuk gamaknya... xtau caner sakitnya sampai rasa nak mengerekot! Last2 KK tolak tangan dia dan sound. 'ust, saya sedar la. Jangan buat saya macam jin.'

Pastu Abu ni duk belah kanan KK, ada katil. Dia baca je, dah tak usik KK. Bila dorg baca2 tu KK sakit balik. Dah tak tahan dah. KK minta ust stop. KK dah xtahan. Tak tahan! Mata KK dah melilau ke meja ust, ada gelas banyak atas tu.

Ambik gelas tu. Baling kat diorang. Baling! Pecahkan tingkap. Tingkap tu nipis je, kau tumbuk mesti pecah. Pegi! Pegi! - hati KK rasa camtu lagi. Nak kata bisikan tak jugak, sebab tak dengar pun. Tapi berdenyut2 dalam hati suh cederakan diorang.

Adui ya Allah... tolong la. KK takmo jadi teruk. Please ust berenti. xtahan... dah xwaras ni!

Diorang azan, baca ramai2 keliling KK. KK dengar Ust Halim suruh perawat sume jaga keselamatan...sebab berapa kali KK cakap nak baling diorang ngan gelas. Dia pun tau KK pernah cederakan diri sniri. KK dengar ust kata nasib baik KK sedar dan boleh warn diorang apa yang KK nak buat.

Kat belakang, KK dengar sorang demi sorang datang baca kat KK. Yang tua, yang muda. Last2 dorg panggil ustazah. Ustazah Amy rupanya! Ustazah suruh dorg pegang tangan KK kuat2, dia nak baca kat dada KK.

Ops. Habis. KK burst. Ustazah Amy kene terajang. Selamat la diorang lanyak KK.


"KK ingat Allah! Ingat Allah! Jangan ikut dia! Ingat Allah!" berkali2 ustzh Amy ingatkan KK.


"Tak nak... tak nak gi memana. Tak nak gi memana. Tak nak gi memana!"

"KK, awak dah banyak kali datang sini kan. Awak nak sembuh kan. Lawan dia!" lagi sorang kat belakang pekik kat telinga KK. Rasanya itu la perawat praktikal yang panggil KK tadi... sebab takde yang tau nama KK kecuali ustz Amy.

"Diamlah! Aku tak nak.... tak nak!"

"Keluar! Kau bukan kuat pun. Tak payah degil. Keluar!" ust praktikal tu pekik lagi.

Ustazah Amy baca kat muka KK. PUK! Dia hantuk kepala ustazah. Tangan kaki sume dah kene kunci. Kepala KK pun makhluk ni tak lepaskan!

"Iee.... awak ni dah melampau!" ustz Amy pulak naik suara.

"Kau marah ke? Marah aku suka........ heheheheheeee..........." Tetiba dia gelak.

"Dia rasa tinggi ni sebab duduk atas kerusi. Kita dudukkan dia kat lantai," dengar Ust Halim cakap. Ah sudah... jangan nak baringkan KK. Jangan... jangan... Macam mana KK nak kontrol balik ni... Ya Allah tolong la... cemana nak kontrol balik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:44 AM | Show all posts



hurm..KK dah start balik ke DS..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:59 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 20-3-2016 11:39 PM
Alhamdulillah Allah ilhamkan KK baca doa ni..

Dik..bagus doa ni...lagi molek kalu kk tepek kat terid hest yang amalan untuk rujukan porumers tu..senang untuk dijadikan panduan sesapa yang memerlukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 12:07 PM | Show all posts
Duuuhhhh..sakit tengkuk akak dik bc kk mengamuk tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 02:25 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 21-3-2016 11:59 AM
Dik..bagus doa ni...lagi molek kalu kk tepek kat terid hest yang amalan untuk rujukan porumers tu. ...

Haah kan... tak teringat pulak hest buat koleksi doa. ok nanti KK share kat sana pulak.eh akak baca2 ni kalau jadi pape KK xtaw ye...ha...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Phew! Akhirnya berjaya baca sampai last page. Perasaannya..macam2 ada. Tak sangka KK pernah rasa nak delete thread ni. Tapi banyak gak tips yg dapat dari sini samaada dari KK sendiri or komen2 forummer lain. N banyak gak rupa2nya yg ada pengalaman hampir sama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2016 02:52 PM | Show all posts
SeeraAsyikin replied at 21-3-2016 02:47 PM
Phew! Akhirnya berjaya baca sampai last page. Perasaannya..macam2 ada. Tak sangka KK pernah rasa nak ...

Betul Seera KK pun tak sangka ramai rupanya yang senasib. memang banyak dorg kongsi ilmu. mana yang mampu buat, KK ambik. Seera pun nak kongsi pengalaman silalah...sharing2 kat sini

kengkadang bila kita down, baca kisah orang lain jadi semangat balik nak fight
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.147406 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list