CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 12-4-2016 03:04 PM | Show all posts
the best thread ever ..sangat motivate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 02:35 PM | Show all posts
KK nak lg... hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 02:47 PM | Show all posts
KK lawan penyakit KK dengan kefahaman. KK jadikan ujian tu untuk tajamkan dan murnikan tauhid.

Semoga bertemu dgn jalan keluar dan diberikan kebebasan mutlak suatu hari nanti

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 04:13 PM | Show all posts
SeeraAsyikin replied at 23-3-2016 06:14 PM
Emo n sebak tu sbb terthrowback bila baca pengalaman KK ni. Pandai KK tulis sbb kalau sy tulis o ...

Ya Allah...sampai macam tu sekali.setau saya perawat sepatutnya tak boleh sakitkan atau berkasar dengan pesakit sebab jin tu bukan rasa apapun dgn perbuatan.ayat2 Al Quran yang senjatanya. ni sampai nak mengobankan nyawa. betul ke tak ustazah tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 06:35 PM | Show all posts
check in. Bnyk pulak update cerita baru. Best.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 20-3-2016 11:39 PM
Alhamdulillah Allah ilhamkan KK baca doa ni..

Cik kk ..nk tnya..doa ni kalau msa tgh mrh2 boleh guna tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2016 06:01 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 17-4-2016 01:58 PM
Cik kk ..nk tnya..doa ni kalau msa tgh mrh2 boleh guna tak

Kalau ikut konteksnya xberapa tepat la. Tapi lebih baik baca doa daripada xteringat nak baca pape kan

Nak elak marah2 amalkan doa ni:



Bila dah habis solat, dah sapu muka, tangan tu lurut sampai dada dan baca doa ni dengan tangan di dada. Sambil bibir lafazkan doa arab, hati bacalah maknanya. Baru doa tu ada feel. InsyaAllah mudah nak tahan marah nanti.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2016 06:03 PM | Show all posts
life_love replied at 12-4-2016 03:51 AM
akhirnya..
berjaya menamatkan pembacaan..
saudari KK tq  sudi share pengalaman..

Diorang dekat dengan Eropah, sebab tu internet lagi power kot...

Harap citer KK bermanfaat tuk awak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2016 06:06 PM | Show all posts
gundammeister replied at 12-4-2016 03:04 PM
the best thread ever ..sangat motivate

The best ever la sangat kan. Writer dia cam nak gila dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2016 06:09 PM | Show all posts

Sori kalau rajin ade la update.... Dah la citer tak seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2016 06:13 PM | Show all posts
CongkakCangkik replied at 14-4-2016 02:47 PM
KK lawan penyakit KK dengan kefahaman. KK jadikan ujian tu untuk tajamkan dan murnikan tauhid.

Se ...

Tima kasih banyak @CongkakCangkik. Memang keadaan ni bebetul menguji tauhid KK. Ya Allah... Moga dapat bebas satu masa nanti. Amin.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2016 06:22 PM | Show all posts
sori missed plak seera pnyer...

Sy tak tengok video rukyah Indonesia tu KK. Dia jadi tergeleng2 tu masa di rukyah je ke macamana?


Masa dok gagau2 pasal rawatan ni, KK terjumpa kat utube ada banyak rakaman proses ruqyah kat Indonesia. Memula tu KK xmo tengok, takut kang terikut plak gelagat orang2 indon meracau. Bila dah berenti berubat tu baru berani tengok. Nak tau juga camne rupa KK meracau kena ruqyah

Ada sorang tu tergeleng2 non-stop. Sian nengok. Cemacam la rupa orang meracau. Mostly pempuan. Tapi yang KK suka tengok ialah teknik perawat diorang cam ust Faizar, dia xsentuh pesakit pun. Tunjuk dari jauh je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2016 07:07 PM | Show all posts
Korang pernah dengar tentang 'tepuk'?

Rawatan tepuk ni biasanya untuk buang santau dari dalam badan. Kita kena buat posisi merangkak, letak kertas kat bawah badan, pastu perawat akan tepuk belakang kita guna daun nangka sambil baca doa2 khusus. Sisa2 'santau' tu akan berjatuhan atas kertas bila ditepuk. Tentu la kene bukak baju. Kalo tak kang santau tu jatuh dalam baju, caner nak tengok.

Kat Darussyifa' tak dipanggil santau, tapi 'keracunan'.

Sekarang KK buat rawatan tepuk pulak. Taun lepas dah pernah buat pastu berenti. Benci meh nak bukak2 baju depan orang walaupun sensama pempuan. Tapi dah asyik kene gesa ngan perawat, buat jugaklah. Merepek2 benda yang keluar. Ada yang serpih, ada yang berkilat... Sempat KK curi satu serpih bawak keluar. Jenuh belek nak paham apa bendanya. Entah la. No idea.

Macam mana benda tu semua boleh masuk dalam badan? Kata perawat, boleh jadi masa kita makan kat kedai, atau secara random terkena 'racun' yang orang buang dalam udara. So benda2 kotor ni adakalanya menyumbang kepada gangguan makhluk halus. Kengkadang pesakit xbaik2 sebab dalam badan dia ada benda kotor yang xdibuang. Allahu a'lam.

Lepas rawatan tepuk, kene gi baca ruqyah dengan perawat pulak. Biasa la KK kalau dah kene ruqyah...

Tadi ustazah Anis yang comel lote kene baling kerusi . Tapi ustazah wat lek wat kool jer terus ugut2 lagi mende tu. KK dengar suara ust tetiba cam ramai je situ nak bekap ustazah Anis kot. Tapi syukur la takde yang masuk campur. KK memang tabik la ustazah ni. Mungkin sebab dia pernah sakit jugak kot, so dia faham apa yang KK lalui waktu tu. Bila KK meracau nak pukul, dia sergah KK jangan ikut cakap benda tu. Bila ada yang mengingatkan tu kuat la sikit KK nak lawan... walaupun terlepas jugak kerusi terbang

Masuk sesi petang, waktu tunggu giliran nak tepuk, kami yang menunggu ni berborak la sesama sendiri. Perbualan kitorang terberenti kejap bila dengar jeritan pesakit yang tengah kena rawat kat bilik lain.

Akak 1: Hii... teruk jugak la kat sini ada jerit-jerit.

Akak 2: Semalam lagi teruk, belah pagi tu. Semua kes berat-berat.

Akak 3: Tadi pun teruk jugak. Ada pesakit baling kerusi.

Erkkk...... baling kerusi?

KK: Oh, ya? Akak datang pukul berapa tadi?

Akak 3: Pukul 12.30 macam tu la. Tunggu kat depan tu. Nampak ada kerusi kena baling.


KK: Yeke... kena baling kat perawat ke? Pastu perawat tu buat macam mana?


Akak 3: Perawat tu biar je. Dia baca je.

Hahaha dah sah memang KK la tu. Buat muka innocent macam xterlibat

So kali kedua tepuk petang tu dah xde apa sangat keluar. Xtau la kot sebab ustazah tu tepuk slow sangat ke.. Kalau korang rasa badan bisa2 lain macam, boleh la cuba rawatan tepuk ni... mudah2an Allah beri kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 08:50 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 17-4-2016 06:07 PM
Korang pernah dengar tentang 'tepuk'?

Rawatan tepuk ni biasanya untuk buang santau dari dalam bad ...

memang betul tu KK...
santau ni byk jenis..
daun nangka memang salah satu cara perubatan santau..cara tepuk..
kat kelantan pun ada cara macam ni..guna daun nangka..tepuk kat belakang..
santau ni tak boleh dibuat main..
tambah yang terkena santau melalui makanan..sbb dah sebati jadi darah daging..

semoga KK tabah berubat..jangan putus asa...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:14 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 17-4-2016 06:01 PM
Kalau ikut konteksnya xberapa tepat la. Tapi lebih baik baca doa daripada xteringat nak baca pape  ...


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
CikMooMoo replied at 14-4-2016 04:13 PM
Ya Allah...sampai macam tu sekali.setau saya perawat sepatutnya tak boleh sakitkan atau berkasar d ...

Wallahualam betul ke tak beliau tu huhu

Tapi waktu berubat dgn dia, dua kali saya nazak (fizikal je tapi sebenarnya saya ok..taktau kenapa n macamana boleh jadi macam tu) ustazah ni ikutkan je apa yg 'saya' cakap n suruh. Sbb masa ustazah tu suruh benda alah dalam badan saya keluar, 'saya' kata kalau dia di keluarkan, saya akan mati..dia akan bawak saya sama2 sbb itu yg tuan dia tugaskan pada dia (ayat lebih kurang)

Rupa2nya ustazah tu mengaku tak pernah handle kes macam saya ni..dia n suami (ustaz) panik bila saya 'nazak'. Tu yg sampai tertipu dgn benda alah tu. Tapi tertipunya ustazah tu buatkan kes saya ni lepas berubat jadi lagi complicated. Panjang lagi kalau nak cerita sebenarnya hehe

Tapi saya pun tak salahkan ustazah tu 100% sbb dia pun manusia biasa. Lagipun saya tak keguguran masa berubat dgn dia. Tapi tak boleh nafikan kebanyakan perawat saya di bawak jumpa memang akan guna rawatan secara fizikal n menyakitkan. Seorang dua je yg memang baca n tak sentuh langsung. Tapi still sakitlah bila benda dalam badan tu respond kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SeeraAsyikin at 22-4-2016 12:20 PM
aina09 replied at 28-3-2016 01:07 PM
kesian nyer kat seera...skrg mcm ne dgn suami? ker sbb setan juga???


Kami dah berpisah pun huhu

Sebenarnya ada juga mak saya cakap ex husband saya tu pun di sihir sekali. So tiap kali saya berubat, dia pun di ubatkan sekali..cuma saya je yg tak tau.

Tapi entahlah susah saya nak terima. Maybe sebab saya trauma sangat so saya memang anggap semua perkataan/perbuatan dia time saya sakit tu datangnya drpd diri dia sendiri. Memang tak adil kan? So sebab tu lah jugak saya mintak di lepaskan.

Saya memang tak boleh move on drpd ingatan yg dia buat saya macam 'anjing kurap', bayangan muka dia yg 'hodoh/buruk' etc. Semua tu menakutkan saya n buat saya confuse dengan realiti.

Ye mungkin betul dia 'sakit'..tak boleh control diri. Saya pun mengalami benda tu..tak boleh control apa yg saya cakap, apa yg saya rasa. Sepatutnya saya lebih memahami situasi dia kan? Tapi nak lupakan semua tu bukan mudah. Apa2 yg saya buat sepanjang saya sakit pun saya percaya dia takkan mudah n takkan boleh nak lupakan. Saya kenal dia macamana. So lebih baik berpisah je walaupun semua orang salahkan saya, tuduh sy selfish, walaupun ada yg kata kalau bercerai, orang2 yg terlibat akan bersorak menang lah nanti tapi bagi saya setiap orang ada bahagian masing2 n Allah tu tak pernah tidur.

P/s: sorry ada yg terpaksa edit..rasa tak best plak utk di ceritakan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 17-4-2016 06:01 PM
Kalau ikut konteksnya xberapa tepat la. Tapi lebih baik baca doa daripada xteringat nak baca pape  ...

Tq cik kk..
Semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:48 AM | Show all posts
salam kenal kk ....menulis dari hati ...syabas kerana masih kental mengharungi dugaan berat ....hal rumit berkaitan dna kita ...yg telah ditulis dalam genom yg macam tangga berpusing tuh ....jika nak bertanya lebeh lanjut boleh pm saya ...sebagusnya elok semua yg terbabit dengan misteri yg jerih ni tubuh satu kelab sebagaimana di u.s ada persatuan persatuan yg ahli nya bermasaalah dalam pelbagai hal berkumpul dan saling kuat menguatkan antara satu sama lain .......saya menyelidik hal semacam ini cukup lama ...banyak data yg dikumpulkan seperti mana seorg ahli sains mecari maklumat ...sebagian nya terjawab dan sebagian lagi perlukan pengesahan ....kepada kk ..ujian semacm ini kira level hardcore dah tuh ...kalau citer star wars kira dah boleh jadi jedi daaa ...cuma perlu paham hakikat sesuatu ...dan serta merta misteri itu bakal terjawab kerana KESEDARAN HASIL FAHAM ADALAH UBAT PALING MUJARAB ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2016 09:45 PM | Show all posts
SeeraAsyikin replied at 20-4-2016 10:38 AM
Wallahualam betul ke tak beliau tu huhu

Tapi waktu berubat dgn dia, dua kali saya nazak (fizika ...
Tapi tertipunya ustazah tu buatkan kes saya ni lepas berubat jadi lagi complicated. Panjang lagi kalau nak cerita sebenarnya hehe

Teringin nak tau apa yang jadi... one day ada rezeki sy pun akan jadi perawat. Nak gak tau kes camner yang sampai perawat tertipu nih. hehe. Kalau xnyusahkan seera citer la

Tapi KK buat rawatan tepuk, saya buat rawatan ketuk. Sakit woo
Ade jugak orang suggest KK buat rawatan ketuk2 ni... kat manarah ea? ke apa nama tempatnya... tapi bila KK tengok video dia kat internet... err..... hurm.... cam xkenan jer...

bagi KK, sakit rohani cam kita ni takde la sampai tahap darurat yang boleh bukak aurat... pesakit yang datang mungkin xde latarbelakang agama, so diorang xtau. perawat la kena bagitau kan... camne nak sembuh kalau usaha rawatan tu sniri tak syar'ie.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.132288 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list