CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 6-12-2015 09:32 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 09:44 AM
Ipo replied at 6-12-2015 08:29 AM
Tt ni lone ranger...betul2 berani..
Pasal ayah tt ada ilmu kebal tu..sy pernah dengar dari orang tu ...

Terlalu berani pun takbest. Sume benda aku timbang ngan logik sampai hantu pun boring nak mainkan aku. Dah takde benda mistik aku nak share ngan korang kat sini...
Ada pengalaman aku jelah yang tah pape ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2015 09:35 AM | Show all posts
Psycholily replied at 6-12-2015 08:51 AM
Tt ni lone ranger. Sama mcm saya jgk. Sy pun suka dgn tempat2 tinggalan ni cuma tdkla obses. Jodoh s ...

Amin... moga2 jodoh kau pun kekal sampai akhirat
Best la sama2 dapat kaki rayap. Tapi aku nak kaki rayap yang boleh merawat. Sebab dia kena berebut aku ngan jin. Haha. Ade ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 09:41 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 6-12-2015 08:57 AM
Kalu ada jin kita xboleh berubat sendiri ke?

InsyaAllah boleh, yang penting ko kene kuat dan stay firm.
Ngape, ko ada jin jugak ke? Maknanya kau Melayu tulen. Haha.

Tetiba aku jadi faham ngape British takut ngan Melayu punya amok. (off topic)

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 6-12-2015 09:41 AM
InsyaAllah boleh, yang penting ko kene kuat dan stay firm.
Ngape, ko ada jin jugak ke? Maknanya k ...

Hahahahahahaha...
Saja je nak tahu...

Apa maksud melayu tulen? Sbb tu ada jin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 10:20 AM | Show all posts
Aku gurau je. Sebab tok nenek melayu ni friendly sangat nak bersahabat ngan makhluk halus tu. kan dah nyusahkan anak cucu....

hendaknya kuarga ko takdelah benda2 camni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 10:49 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:07 PM

Aku teruskan rawatan kat DS. Peringkat awal ni masih try and error nak cari mana perawat yang aku serasi. Satu dah jumpa, ust Leman. Tapi jadual rawatan dia masa weekday pulak. So kalau nak jumpa dia aku kena mintak cuti. Itu pun belum tentu dia datang pada hari tu.

Cam satu hari tu, aku datang pada waktu jadual Ust Leman. Tapi sebab masa tu belum tau nama dia, aku takleh nak request masa pendaftaran. So terpaksa redha je la aku dapat jumpa dia ke tak.

Aku ni pegi treatment sorang2. Setiap kali rawatan pulak haram aku nak tanya nama perawat. Kalau nampak nama kat vest diorang pun aku still lupa.

Oh, ya. Sebelum tu, aku pernah datang weekend. Jumpa ust Halim ni. Bila cakap aku dah berkali2 datang situ, dia pun suggest aku buat rawatan tepuk. Sebab kalau aku ada 'apape' dalam badan, ruqyah susah nak berkesan selagi 'benda' tu tak keluar. Ust Halim ni pun citer macam2 pasal DS, pasal 'industri' santau... banyak gak la aku dapat info dari dia.

Dari situ aku start buat tepuk. Awal2 tu aku semangat gila. 2x seminggu gi buat rawatan. Masa tepuk takde kuar apa pun. Ada la sekali keluar cam duri halus warna merah. Ustazah kata tu dah masuk dalam darah aku. Ada yang macam selumbar. Ada yang besar sket cam serpih kaca. Tiga2 ni keluar pada sesi berlainan. Tapi... aku tak rasa pun aku perlu buat tepuk ni. Sebab aku rasa sihat jer. Takde batuk @ muntah darah ke apa pun. Dah ust suruh, aku try la. Bape kali je aku buat tepuk ni pastu stop.

Balik ke citer tadi... walaupun aku datang pada jadual ust Leman, tapi aku tak nampak dia. Hati aku tak putus2 berdoa dapat jumpa ngan ust Leman. Sebab sesi sebelum ni habis gitu jer bila aku gi toilet.

Sudahnya dapat ngan sorang perawat muda ni. Aku panggil dia ust Kudin. Dia bercakap ngan aku cam kerek jer. Aku citer sket masalah aku, pasal ayah aku belajar ilmu kebal, blablabla.

Tetiba dia perlekehkan aku. Cakap ape la aku ni belajar agama tapi percaya benda khurafat. Pastu dia bangun cam dah nak balik. Aku tahan la mintak baca doa kat aku dulu. Dia baca sikit je ala kadar. Tak pegang kepala pun cam selalu perawat baca. Pastu habis.

Aku tanya, "aik, dah ke ust?"

Dia kata, "yalah. Kenapa? cam kecewa jer?"

Tercengang aku takleh proses apa maksud dia 'kecewa'.
Dia ingat aku datang saje gatal nak mintak dia pegang2 ke?
Apa dia ingat muka dia hensem sangat ke walaupun dia sado?
Aku pun blah ngan hati tak keruan.

Sebenarnya, sejak beberapa kali buat rawatan ni, walaupun tak semuanya serasi, tapi aku perasan aku dah mula gugup bila berdepan ngan perawat. Duk depan diorang aku jadi blur sampai takleh nak explain ngan betul apa masalah aku. Cam ust Kudin tadi ni pun, bila dia perlekeh aku, aku tak dapat nak defend diri sniri. Aku kelu je kat kerusi telan apa dia cakap.

Hati aku sedih sangat. Kalau otak berfungsi dengan baik la, memang aku 'perisa' kan dia cukup-cukup...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2015 11:04 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:10 PM

Waktu nak keluar dari DS tu aku ternampak Ust Leman. Rupanya dia memang datang, tapi merawat dalam bilik. Patut la tak nampak. Aku terus menonong pegi kat dia. Takde daftar2 dah. Sampai depan dia aku baca nama kat vest dulu, sebab nak panggil apa pun aku tak tau. Ow, ust Leman rupanya.

Yang malunya ust Leman ingat nama aku. Dia terus pamit aku masuk. Pintu terbukak la.

Ust tanya kenapa aku tak datang balik lepas gi toilet aritu... Pastu ust bagi amalan baca 7 Fatihah setiap kali lepas solat. Pastu baru dia bacakan ruqyah. Kejap je dia baca, kepala aku dah start ngilu. Hendaknya bila tangan dia lalu kat belakang telinga.

Sesi hari tu kejap je. Sebab memang syif pagi dah habis. Aku sempat ngadu cakap ada perawat lekehkan aku. Bila dia tanya nama, aku takmo cakap. Kang dah jadi melagakan pulak. Dah la diorang bertugas satu syif.

Camne pun hati aku rasa lega sangat. Allah bagi jugak aku jumpa dia at the very last minute. Pastu aku berazam, kalau datang weekdays nak baca ngan ust ni jer. Maleh nak tukar2 orang dan ulang citer beratus kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 11:38 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:15 PM

Kat opis, aku banyak share hal aku ni dengan Yun. Yun berpengalaman dalam bab2 ni. Kakak dia boleh ngubat. Dia sendiri pun banyak tolong member2 opis yang bermasalah gangguan. Yun cakap, dia dah agak aku ni ada gangguan. Sebab aku introvert semacam dan excited gila nak tengok Mimaland haritu...

Kali ni nak citer pasal Eda, salah sorang member yang Yun tolong.

Eda ni  ada gangguan saka. Dulu sebelum aku masuk, banyak gak Yun teman Eda gi berubat sana-sini. Dengan kakak Yun pun pernah cuba. Kata kakak Yun, kat Eda ni ada banyak benda. Pastu Eda sniri pun tak nak lepaskan benda tu. Wallahu a'lam.

Masa aku masuk kerja, Eda macam dah okey dan dia pun dah stop berubat. Dia lawan sniri je dengan amalan2. Tapi jenuh jugak la tengok. Dia jadi cam member aku si Nurul dulu, pencilkan diri tak campur orang. Mungkin itu lebih mudah untuk dia kot. Tapi kalau dah introvert sangat tu kesian pulak kan. Kengkadang bila gi melepak kat taman @ gi majlis ilmu, aku ajak la Eda sekali. Dia memang suka gi majlis2 ilmu tu.

Kata Eda, dulu masa gi berubat kat ust Syarhan dengan Yun, dia mengamuk tepis2 barang. Dia nak koyakkan kertas doa, cecepat Yun ambik dari tangan dia.

Pada sesi yang lain, masa dia gi berubat kat S.Alam, umah kuarga dia kat Rawang tetiba berasap. Kelam-kabut mak dia ngan jiran2 cari punca api tapi tak jumpa. Rupanya asap keluar dari dinding! Sejak tu Eda xselesa ngan umah dia sebab rasa ada something kat situ.

Tak lama pastu kerja Eda bertambah stres. Masalah gangguan dia pun jadi teruk. Eda selalu sakit kepala, sakit badan dan takleh gi kerja. Kalau dia ada kat opis, aku tolong2 jugak la urutkan belakang dia. Dia kata aku urut sedap, tapi dia selalu elak sebab tau aku pun ada gangguan. Dia takmo sakit dia jangkit kat aku. Baik Eda ni...

Tapi aku peduli apa. Kalau nampak dia dah derita sangat tu aku tenyeh je belakang dia. Dia pun takleh resist.

Banyak kali aku offer Eda nak bawak dia gi berubat. Mana2 je aku tak kisah. Tapi Eda taknak. Dia dah serik. Dia malu meracau2 depan orang. Malu orang pegang2 dia. Fine. Kalau dah itu reason dia, takkan nak paksa lagi. Mampu doakan je moga Allah ringankan beban dia.

Lama2 Eda berenti keje. Sedih aku dah tak dapat tolong dia. Dalam masa yang sama aku hepi sebab dia dah terlepas daripada beban kerja yang berat ni. Biar la dia start hidup baru. Aku ngan Yun pun dah tak sanggup tengok dia paksa diri datang kerja ngan muka tenat camtu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2015 01:40 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 01:41 PM

Sesi mengorek rahsia terus berjalan. Satu malam lepas parents tido, aku ambik peluang selongkar peti besi ayah.

Dalam tu ada cemacam fail dan kertas. Dari dokumen tanah sampai la kertas jampi.

Aku belek sumer kertas jampi tu. Ada yang cuma ayat2 quran. Ada doa2 yang biasa kita jumpa. Ada doa dan ayat yang tak biasa jumpa. Ada rajah dan tulisan arab yang aku tak faham. macam bahasa Parsi.

ada jampi penunduk. ada jampi pelaris. ada jampi pendinding. ada jampi untuk dapat 'adik'. aku tak faham 'adik' tu amende.

Berpusing otak mikir nak watpe ngan ketas2 tu? Takut lak nak bakar, kang puaka dia hinggap ke apa...

Sudahnya aku kumpul semua kertas dalam satu fail dan simpan balik dalam peti besi.

Kesian ayah ni. Nampaknya ayah aku memang suka beramal. Masa muda sebelum dia kenal agama, dia ambik la amalan2 khurafat tu. Bila dia dah kenal dan rapat ngan agama, dia ambik amalan2 yang betul pulak. Semua bercampur-aduk dalam peti tu.

Aku fikir itu la punca baran ayah yang tak kunjung padam. Dan mungkin juga punca datangnya 'budak' bertenggek kat aku ni.

Maknanya bukan aku je yang kena ubat. Tapi ayah juga. Dah caner pulak aku nak bawak ayah gi berubat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 02:07 PM | Show all posts
I folo..

sebelum bukak benang baca tajuk ingatkan gila po.en..rupanya gila popkon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 02:13 PM | Show all posts
alieyrina replied at 6-12-2015 02:07 PM
I folo..

sebelum bukak benang baca tajuk ingatkan gila po.en..rupanya gila popkon

welcome follower ^_^

popkon tu sbenarnya aku maksudkan porn. maleh nak tulih perkataan busuk tu bebanyak kali so aku tukar jadi popkon.
sori kalau buat ko salah paham.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 6-12-2015 02:13 PM
welcome follower ^_^

popkon tu sbenarnya aku maksudkan porn. maleh nak tulih perkataan busuk tu ...

Ko ni biasanya tengok p**n tu kemudian ko on**i ke? Atau ko ketagih melihat je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 02:56 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 06:20 PM

Tentang suara hati...

Sejak tahu tentang gangguan ni, aku mula belajar bezakan suara hati aku. Yang mana 'aku', yang mana 'bukan aku'.

Dulu aku selalu 'borak' ngan diri sniri dalam hati. Pernah sampai tahap bercakap sorang-sorang. Er...korang bleh faham ke situasi dia camner? Contohnya...

Aku: Aku ingat nak buat program la masa cuti sekolah nanti untuk bebudak kampung.

Uka: Ko ingat senang ke? Siapa nak jadi fasi? Cemana nak cari sponsor?

Aku: Member aku ramai yang pandai wat event ni... boleh la aku ajak diorang. Sponsor takde hal.. kan ketua kampung cakap bajet dah ade.

Uka: Ko ingat budak kampung suka ke program-program ni? Zaman sekarang orang main gajet la.

Ni contoh perbualan yang biasa-biasa dan selalu berlaku. Sampai member pernah gelakkan aku, bila perbualan camni terkeluar kat mulut tanpa aku sedari... bercakap sorang2 sebagai dua orang. Aku harap korang tak pernah kena camni.

Kalau korang pernah buat tu silalah berjaga2...

Bila aku dah start buat rawatan, suara tu jadi makin ekstrem... hingga aku makin jelas yang suara tu memang bukan dari hati aku. Terutamanya bila tengah drive. selalu 'dia' bercakap2 benda yang aku xfikir.

Tapi waktu kena ruqyah, diam membisu jer. Takde lak menjerit ke apa cam selalu orang kerasukan. Cuma marah2 jer. Aku pun jadi kompius yang aku ni betul gangguan ke tak. Perawat pun ada yang kata aku emosi, bukan gangguan. Lagi aku kompius+sakit ati seolah2 diorang tuduh aku buat2 benda ni. Tapi sebab kepala aku serabut sangat, aku tetap pergi DS saban minggu.

Dulu sebelum tau ada gangguan, aku suka tulis diari. Apa benda baik yang aku plan nak buat, aku tulis dalam diari. Pastu plan tu PASTI tak jadi. Sampai satu masa aku stop buat planning dalam diari sebab rasa macam ada 'sesuatu' yang baca lalu gagalkan plan aku. Sekarang aku dah tau 'siapa'.

Suatu malam, dah tengah malam, aku cuba comunicate ngan 'dia' melalui diari.

Terang2 aku panggil dia jin. Tanya dia datang dari mana. Kenapa masa ruqyah dia tak pernah cakap ngan perawat? Aku nak gak tau biodata dia. Kalau bukan muslim, aku ajak dia masuk Islam. Kalau dia Islam, aku mintak dia tinggalkan aku dan hidup sniri2 dalam dunia masing2. Aku minta maaf kalau aku atau kuarga aku ada buat salah sampai dia ter-stuck dalam badan aku.

Macam2 lagi la aku tulis. Tapi semuanya baik2 jer. Aku cuba anggap macam cakap ngan kawan.

Sepanjang aku tulis tu, dalam tubuh aku rasa bergerak tak henti2. Seluruh anggota. Bukan hanya satu2 part macam selalu. Aku bebetul rasa macam dia respon ngan apa yang aku tulis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 03:54 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 09:28 PM

Pada sesi weekend yang lain, Allah temukan aku dengan ust Zaidi. (Tentulah sumer nama perawat ni bukan nama sebenar...)

Memula aku perati Ust Zaidi tu rawat sorang akak. Cara ust ni kool je dan berbeza ngan perawat lain. Selalu perawat yang aku jumpa, dorg tak tanya banyak tentang masalah dan background aku. Sebaliknya diorang yang banyak cakap. Siap kempen hudud lagi ada. Haha... Pastu bila baca sket takde reaksi, diorang terus assume yang aku okey takde pape. Beza ngan ust Zaidi ni, pesakit dia react ke tidak, dia ruqyah betul2.

Lepas akak tu setel, aku mintak nak berubat ngan dia. Masa tu hati rasa serabut dan marah xtau kenapa. So aku cakap ngan ust Zaidi ni pun cam tak betul.

Aku: Ust, saya xfaham kenapa ngan saya ni sbenarnya... bila kena ruqyah saya tak histeria pun. Perawat kata saya okey tapi asal saya rasa tak okey... kenapa makin kerap saya datang, kepala makin serabut... kalau betul ada gangguan, asal tak sembuh-sembuh... saya rasa dah give up nak berubat dah.

Ust Zaidi: Astaghfirullahalazim... Mana bleh give up ngan Allah. Jangan putus asa. Awak ni memang kena gangguan dan kena selalu datang buat rawatan. Jangan pedulik apa perawat kata. Datang jer. Kalau saya takde, awak boleh baca dengan ust Ikhwan.

Dia rekemen perawat lain yang lebih muda, selalu aku tengok buat rawatan dalam bilik X. Orang yang masuk jumpa dia selalu menjerit2 sampai luar boleh dengar. Cemana pun aku lega dengar nasihat ust tu. Maknanya, aku tak buat2 kan?

Ust Zaidi ni rawat orang tak pegang, kecuali kepala jer. Dia guna serban untuk sentuh pesakit. Lagi la buat aku selesa ngan cara dia. Kejap je dia baca aku terus naik angin. Mungkin sebab aku memang dah serabut sebelum ruqyah tu. Sebelah tangan dia pegang kepala, lagi sebelah dia pukul aku pelan2 ngan serban tu. Then gulung sampai serban tu tegak, cucuk kat perut aku.

Tah kenapa aku benci gila ngan serban tu dan cuba rampas dari ust Zaidi. Ust Zaidi terus bangun sergah aku. Tangan dia cengkam kepala aku kuat-kuat. Hadoiiiiiii..................... Rasa kecik jer kepala ni dalam tangan dia.

Tapi style ust Zaidi ni dia tak biar pesakit meracau lama2. Dah nampak cam lost control tu dia pun berenti ruqyah dan biar aku cool down.

Pastu baru la aku citer sikit pasal latar belakang kuarga, pasal ayah... pasal ilmu kebal dan kertas jampi. Ust tanya aku ada terima apape 'ilmu' dari ayah tak? Aku cakap la takde. Memang takde pun. Tapi xtau la kalau sekadar terima doa atau zikir tu pun dikira terima 'ilmu' jugak. Kalau gitu masak la aku sebab memang dari kecik ayah rajin bagi kitorang amalan2 doa dan zikir.

Aku: Cemana ust, tak apa ke ayah saya ada ilmu2 camtu? Dia kata dia dah tak amal pun.

Ust Zaidi: Kalau ada perjanjian dengan makhluk halus ni, bukan boleh selesai dengan sekadar tinggalkan amalan je. Silap haribulan benda tu ganggu waktu nak meninggal nanti.

Aku: Pastu, saya nak buat apa? Ayah saya dah tua. Kalau bawak dia datang sini boleh ke? Perawat kat sini boleh buang 'ilmu' tak?

Ust Zaidi: Specialist nak buang ilmu2 ni kat Semenyih. Cuba bawak ayah awak pergi sana. Sini kalau awak nak lupuskan kertas2 jampi tu boleh la.

Pastu berakhir sesi. Badan letih tapi aku gagahkan jugak la pergi dari situ. Orang lain plak nak buat rawatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 03:58 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 08:16 PM

Pada sesi weekdays yang lain, hari rawatan Ust Leman, aku datang tapi ust Leman takde. Pagi tu seblum kuar rumah aku tak sempat baca Yasin dan Ma'thurat pun sebab rushing benda lain. Pastu terus ke DS.

Tak rasa pun hari tu akan terjadi benda yang memalukan.

Aku kena baca ngan sorang perawat muda ni. Ust Ali. Bila tau aku ada gangguan degil, dia terus pass aku kat perawat lain yang lebih senior. Tapi ust Ali still duk sekali tengok cemana senior tu nak rawat aku.

Alamak. Aku pun tak sangka akan meracau ngan teruk. Dah la masa tu pesakit tak ramai. So bila ust senior ni surrender nak handle aku, perawat lain pulak sinsing lengan. Last2 diorang pun surrender dan biarkan aku.

Sepanjang meracau tu aku sedar semua yang berlaku dan rasa malu sangat. Dah la dengan konfidennya aku datang sorang2.

Sudahnya ust Ali jugak duduk balik kasi aku minum. Aku takmo. Dia sapu muka aku ngan air pastu suh minum lagi. Aku cuba paksa diri minum. Minum! Minum! Minuumm!!! Fine. Aku minum laju2 pastu hempas gelas kat meja. Mendadak dua2 tangan aku kebas sampai bahu.

Aku dah cuak masa tu. Tak pernah lagi jadi camni... aku takut kebas tu merayap sampai satu badan ke. Aku dah nak nangis bagitau ust Ali tangan kebas. Ust Ali bacakan doa dan lurut tangan aku.

Pastu sorang ustazah papah masuk bilik. Tak tentu arah dah kepala pusing cam nak pengsan. Ada ust folo kat belakang. Sampai kat bilik dorg suruh baring. Memang tak la aku nak baring kalau ada laki kat situ. Aku duduk jer peluk bantal kat birai katil. Bila aku degil, diorang baca ruqyah lagi. Kali ni aku ngamuk ngan lebih teruk sampai aku tendang ust Ali yang berdiri depan aku. Ust Ali tercampak ke dinding. Nasib baik dinding tu ada tilam. Huhu...

Ih, malunya nak ingat. aku dengar sorang ustazah cakap kat aku, '' Ie... kenapa tendang ust. Dah la ust ni hensem.'' Lagi sorang ustazah muda mengata aku kat kat ust Ali, ''Ie dia ni... tak padan ngan comel.''
Ye la, aku ni kecik kiut je tapi ngamuk cam godzilla.

Masa ni ramai perawat kerumun aku. Nasib baik ada ustazah sekali. Salah sorangnya, ustazah Ana yang pernah tepuk aku. Masa rawatan tepuk tu dia tegur badan aku panas. Dalam aircond pun badan panas cam demam. So, ustazah Ana ni duduk kat belah kiri.

Yang pasti aku nampak tangan diorang menggeletar. Tak tahu la masa tu dahsyat sangat ke rupa aku? Ada dua ust picit ibu jari dan angkat kaki aku. Mungkin diorang cuba nak baringkan aku. Boleh pulak aku sound "Woi, aurat la! Ko tak belajar agama ke?!" Ya, masa tu aku pakai skirt dan aku memang cuak kalau aurat tersingkap. Lain la kalau aku tak sedar kan.

Naik heran perawat2 tu. Sorang tu kata, " Peliknya dia ni. Ngamuk2 tapi logik dia pun ada jugak."

Kalau diorang pelik, aku lagi la pelik dan tak faham siapa sebenarnya tengah mengamuk dalam diri aku ni. Sebab aku sedar sepanjang masa tu. Aku aware ngan apa yang berlaku. So susah nak terima yang aku dirasuk. Bukan kene rasuk tu tak sedar ke?

Last2 diorang dapat kunci tangan aku dan sorang ust tua bacakan doa kat dada. Secara fizikal aku takde la rasa sakit ke apa, tapi reaksi aku masa tu macam kesakitan dan slow2 jadi lemah.

Tetiba hilang marah. Aku boleh panggil ustazah Ana. Ustazah Ana bertahmid dan peluk aku macam aku baru sedar dari pengsan. Padahal sepanjang mengamuk tu aku sedar cuma takleh nak kontrol langsung segala tindakan dan kata2.

Yang ust tua pulak bacakan selawat Syifa' kat kepala. Ustazah Ana cuba borak ngan aku. Dia tanya kenapa datang sorang? Gangguan cam ni nak kena ada moral support... takleh sorang2. Aku cakap la takmo susahkan mak. Memang parents tak tau pun dah sebulan lebih aku berulang ke DS. Lagipun mana la aku sangka akan ngamuk camtu... selalunya elok terkawal je. Paling2 pun cuma jadi letih.

Then diorang tinggalkan aku berehat kat situ. Yang peliknya aku rasa cergas je, tak letih pun walaupun dah mengamuk teruk. Sebelum ni kalau tak mengamuk pun aku penat. Mungkin sebab ust tua tu bacakan selawat syifat' tadi kot.

Masa nak balik tu aku terserempak ngan ust Ali. Hesy malunya........  Aku minta maaf dan blah laju2. Dia senyum jer sambil betulkan songkok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2015 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt...thanks share pengalaman..  Sambung lagi please...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2015 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 5-12-2015 12:41 AM
Sis, aku ada 4 sebab nape belum kawen.

1. Dulu aku anti lelaki. Sebab satu2nya laki yang aku ke ...

In sya Allah, saya doakan tt bertemu jodoh dengan seorang menyayangi, memahami, menerima kelemahan n kelebihan tt dan membantu tt untuk bangkit.
Lelaki baik x pupus cuma belum tt jumpai..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 06:42 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 08:00 PM
anno_miss replied at 6-12-2015 05:40 PM
In sya Allah, saya doakan tt bertemu jodoh dengan seorang menyayangi, memahami, menerima kelemahan ...

Terima kasih. Bestnya aku dengar doa ko.
Kalo terfikir pasal jodoh ni, memang bikin sedih.

Dah la, lupakan.
Kalo ko belum kawen, moga ko dapat lebih baik dari yang ko doa ntuk aku.

(Pssttt... jangan cakap pasal kawen kat sini. ini bod seram. dah la citer aku tak seram. kang mod halau aku kuar plak...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 06:55 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 07:13 PM
miz_butcher replied at 6-12-2015 03:59 PM
Tt...thanks share pengalaman..  Sambung lagi please...

u're welcome

penat aku melekat kat laptop harini. tengok la kalau rajin aku sambung malam ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 06:58 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 6-12-2015 07:51 PM
barfi replied at 6-12-2015 02:26 PM
Ko ni biasanya tengok p**n tu kemudian ko on**i ke? Atau ko ketagih melihat je?

Sori aku tak jawab soalan. Kat pos yang lepas dah cakap jangan tanya pasal 'tindakan susulan'.

Pikir sniri la kalau lapar ko buat apa. Takkan lipat baju kot.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.685943 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list