CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2319|Reply: 12

[Jenayah] Hadiah sidang minggu akhir parlimen - New National Security Council Bill

[Copy link]
Post time 4-12-2015 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bluehedgehog at 4-12-2015 08:50 AM

hadiah utk yg kutuk mengutuk gomen umno dan pm
sila berhati2...
pm akan menjadi ketua kepada segala ketua
x pyh diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong

What BN's New National Security Council Bill Actually Means And How It Affects Malaysians
Published by Sadho Ram — 03 Dec 2015, 05:11 PM

On 1 December 2015, Minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim tabled a new bill for its first reading in Dewan Rakyat. It gives the National Security Council (NSC) extensive powers to deal with national security issues, reported Malaysiakini.

Following which, the House will seek to pass the second and third readings by this session of the sitting, which ends on 3 December.


Pakatan Harapan MPs have called the new National Security Council Bill a "death sentence" to democracy in Malaysia. They said that they would fight "tooth and nail" against the new NSC Bill, which provides wide-ranging powers to PM Najib.



The bill gives powers to the council headed by PM Najib to arrest anyone without a warrant once an area is declared a security area.

For example, the eight-member NSC headed by PM Najib can declare Dataran Merdeka a "security area" and instantly make participants in gatherings, such as Bersih rallies which are considered as "anti-government" by UMNO and BN, subject to arrest.

Basically, as Ram Anand in his TMI article points out:

The NSC Bill gives the PM the power to impose "emergency-like" conditions, WITHOUT the same safeguards as under Article 150 of the Federal Constitution, the Yang di-Pertuan Agong must be satisfied that there is a need for a declaration of emergency. Whereas, the NSC Bill DOES NOT require the Agong's consent for an area to be declared a "security area."

The bill, while providing special powers to security forces deployed to a security area, will also make the NSC Putrajaya's central authority for considering matters concerning national security

The bill tasks the NSC with formulating policies and strategic measures relating to national security. This includes sovereignty, territorial integrity, defence, social, political and economic stability, strategic resources and national unity. The NSC is empowered to control and coordinate government entities on operations concerning national security and issue directives to them on these matters.

The NSC, the Director of Operations or any member of the Security Forces or the personnel of other government entities will be protected from legal proceedings and suits relating any act, neglect, default or omission done or omitted by them in good faith in such capacity.

The PM can also formulate regulations for security areas to control the movement of people, vehicles, to prohibit certain activities, to taking possession of the property as well as to demolish unoccupied buildings. Furthermore, it will be an offence if the regulations are not complied with. Anyone who violates the regulations will face imprisonment of up to five years or a maximum fine of RM100,000.

In essence, as argued by PKR Parliamentarian N Surendran, who is Padang Serai MP, the new NSC Bill "gives arbitrary, extensive and dangerous new powers to the PM personally, and to the new 8-person National Security Council proposed under this Bill"



What is more unusual, he said, is how the prime minister is given the enormous power to declare security areas when public order comes under the home minister.

“There appears no precedent for this in our legislative history. The Bill thus leads to an excessive concentration of powers in the hands of the prime minister. It is unacceptable under our democratic system that the prime minister is given such powers.”

Citizens would also have no legal recourse to courts against wrongful acts committed by the NSC, Director of Operations or security forces.

“This new Bill is entirely unnecessary and excessive. There are stringent laws already available dealing with serious threats to the nation, including Prevention of Terrorism Act (Pota) and Security Offences (Special Measures) Act (Sosma). There are no existing threats to our nation, whether internal or external, that even remotely justify these drastic new powers."

Dr Mahathir Mohamad:

“I think currently the power is too much already, we add some more, then we will have a dictatorship,” the country’s longest-serving prime minister told reporters at the sidelines of a book launch by his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

He then agreed if the introduction of the law was regressive and a return to the days when Malaysia had been under colonial rule. “Well, looks like it, there was no democracy under the British, we were ruled from London,” the former PM said.


tahniah penyokong umno








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2015 08:52 AM | Show all posts
Edited by bluehedgehog at 4-12-2015 08:53 AM

Parlimen Malaysia Lulus Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara
Hata Wahari
2015-12-03

Dewan Rakyat pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa sebarang pindaan selepas dua hari ianya dibentangkan, dengan ramai ahli Parlimen pembangkang mahu ianya ditarik balik.

Rang Udang-Undang yang dibahasakan selama enam setengah jam itu, memberi 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Sebelum diluluskan pada peringkat dasar, ia dibahas dengan panjang lebar oleh lebih 20 ahli Parlimen dan melalui undi belah bahagian seramai 107 ahli parlimen menyokong manakala 74 lagi menentang.

Pada Selasa lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim telah membentangkan Rang Undang-Undang itu di Dewan Rakyat iaitu dua hari sebelum berakhirnya sesi persidangan dewan itu bagi tahun ini.   

MKN telah ditubuhkan secara rasmi pada 1971 selepas pembubaran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), dengan mempunyai kuasa pentadbiran dan mengeluarkan 24 arahan perkhidmatan bagi menangani pelbagai ancaman keselamatan semasa seperti pengurusan krisis dan bencana.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia(PKR), Wan Azizah Wan Ismail berkata, Rang Undang-Undang itu dilihat merbahaya jika dibandingkan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan kerajaan beberapa tahun lepas.

“Ini [RUU MKN] lagi teruk daripada ISA, ia tidak dipertanggunjawab kepada mana-mana mahkamah, jawatankuasa, undang-undang dan majlis raja-raja….

"Rang Undang-undang ini tidak perlu masuk ke parlimen,” katanya di Lobi Parlimen pada Khamis.

‘Kerajaan gopoh’

Ahli Parlimen Pokok Sena dari Parti Islam Se-Malaysia Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang dalam tempoh yang singkat, tanpa memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengkajinya terlebih dahulu.

Kerajaan begitu gopoh dalam meluluskan RUU MKN di Parlimen hari ini,” katanya kepada Berita Benar semasa dihubungi dari Washington.

Ahli Parlimen Puchong dari Parti Tindakan Demokratik, Gobind Singh pula menyifatkan tindakan kerajaan membentangkan Rang Undang-undang dalam tempoh singkat dan memohon perbahasan dibuat pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat adalah sesuatu yang tidak adil.

“Ia perlu disemak dengan teliti dan diterangkan secara jelas, untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa… Mengapa perlu tergesa-gesa sekarang, sedangkan boleh dibentangkan pada sidang parlimen akan datang,” kata beliau di lobi parlimen.

Timbalan Pengarah Hak Asasi Manusia Asia, Phil Robertson berkata, Rang Undang-Undang yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia itu adalah jelas merupakan satu alat penindasan, walaupun ianya disebut sebagai undang-undang untuk melindungi keselamatan negara, undang-undang baru itu memperuntukkan kuasa yang luas, yang pada asasnya boleh mengancam hak asasi manusia dan pemerintahan demokrasi.

Sementara itu, Shahidan semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara itu, menolak semua dakwaan pembangkang mengenainya dan menafikan terlalu banyak kuasa mutlak diberikan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata, Malaysia kini berdepan pelbagai ancaman termasuk siber, maritim, keganasan dan jenayah rentas sempadan, yang memerlukan usaha untuk memperkukuh mekanisme dan sistem dalam pengubalan dasar keselamatan.
Katanya, RUU MKN perlu bagi memudahkan serta penyelarasan perkongsian risikan secara bersepadu oleh pasukan keselamatan negara terhadap sesuatu ancaman.

"RUU ini memberi kuasa kepada MKN dan menubuhkannya secara rasmi. Putrajaya telahpun mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara sebelum membentangkannya dan dimaklumkan ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:08 AM | Show all posts
bertabahlah..rakyat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:20 AM | Show all posts
yay....pasni jadi pemerintahan junta menteri kebal x boleh diusik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:55 AM | Show all posts
Syukur, lg kemenangan untuk PM
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang dizek suka ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita berdoa beramai2 agar najib dan konco2nya mati dengan segera dan terseksa dunia akhirat. Hanya doa saja senjata rakyat dizalimi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:23 AM | Show all posts
cer cerita sikit apa yang kebalnya PM dan apa implikasi pada rakyat kalau RUU ni lulus pun????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2015 10:34 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 4-12-2015 10:23 AM
cer cerita sikit apa yang kebalnya PM dan apa implikasi pada rakyat kalau RUU ni lulus pun????

pm bole istihar sesebuat tpt tu 'darurat' atau seseorg itu 'jahat' tanpa diperkenankan agong, kpn dan peguam negara angguk2 je...ahli parlimen lain x berhak tanya, peguam x berhak tanya...so?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:38 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-12-2015 10:04 AM
Marilah kita berdoa beramai2 agar najib dan konco2nya mati dengan segera dan terseksa dunia akhirat. ...

Tak payah.
Cara mudah,ini.......................
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:46 AM | Show all posts
persedian awal agar heshe tidak ditangkap kelak? berani kerana benar, sis! Nampak sangat insecure...bak kata pepatah Melayu, "Bagai hanjeng dengan bayang-bayang"...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:19 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 4-12-2015 10:34 AM
pm bole istihar sesebuat tpt tu 'darurat' atau seseorg itu 'jahat' tanpa diperkenankan agong, kpn  ...

"There are no existing threats to our nation, whether internal or external, that even remotely justify these drastic new powers."


siapa yang boleh sahkan statement si surendren kat atas???? dia ada access ke dekat maklumat sulit perisikan???


anyway....aku secara terus terang nak kata najib buat keputusan untuk mansuhkan ISA dulu tak guna otak, dan terlalu tunduk dgn permainan musuh dia (pembangang dll), jadi sekarang kalau dia nak hidupkan balik such act macam ni dalam keadaan sekarang bagus jugak. aku sebenarnya tak bersetuju dia mansuhkan ISA tu dulu, kalau Tun M nak kata too much power pada najib, apa beza dengan zaman dia dulu ada ISA???? cuba kaji sikit patriot act dan ISA singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:26 AM | Show all posts
contonhnye... CONTOH ok...
semasa menghampiri PRU14, PM mendapati rakyat tidak berpihak kepadanya. keadaan politik tak stabil maka  darurat disiytiharkan dengan kuasa PM..  dan Majlis Esekutif dibentuk bagi mentadbir negara pada ketika itu  ..dan the rest is history..

nih CONTOH je ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066682 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list