CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1512|Reply: 3

Penumpang Pesawat Kecoh Gara-gara Bom Mainan!

[Copy link]
Post time 8-12-2015 10:18 AM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOO



sumber foto : http://www.mstar.com.my/



Gara-gara membawa bom mainan ke dalam pesawat, sebuah pesawat terpaksa kembali ke terminal lapangan terbang hanya sejurus beberapa minit sebelum berlepas.


Insiden tersebut berlaku di Bali, Indonesia susulan seorang pelancong warga Britain dilaporkan memberitahu para pegawai di Lapangan Antarabangsa Ngurah Rai bahawa dia membeli barang berkenaan yang kelihatan seperti pemasa yang dilekatkan dengan batang dinamit di sebuah kedai permainan.


Menurutnya, dia membeli permainan itu untuk tujuan parti sambutan Tahun Baru.




Bagaimanapun, portal Mail Online melaporkan dia dimaklumkan bahawa permainan itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat Qatar Airlines bagi penerbangan ke Doha.


Kemudiannya dia meninggalkan barangan tersebut sebelum mendaftar masuk seperti biasa.


Memetik laporan The Telegraph, lelaki tersebut bernama Davide Fogli, seorang pereka grafik kelahiran Turin tapi memegang passport Britain ditahan dan disoal siasat.

Akhirnya Fogli dan temannya dilepaskan selepas 24 jam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 10:28 AM | Show all posts
tak pasal2 mendapat susahhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 10:32 AM | Show all posts
yg polis airport pun bodoh gi lepaskan buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 10:56 AM | Show all posts
masa aku nk balik kl dr kuching anak aku bw balik pistol mainan dia...
scan 3 kali x lps...last2 polis suruh buka beg nk tgk apa benda yg pelik dlm tu..
rupa2nya pistol mainan anak aku...pistol air jer tu..so kena rampas la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.051747 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list