CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: CARI-SFG

Siti Nordiana Bakal Berduet Dengan Opick

[Copy link]
Post time 21-12-2015 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti Nordiana jayakan Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya

Credit to bharian.
Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my
SITI Nordiana, Ronnie Hussein dan Lah Ahmad.
KUALA LUMPUR: Berdasarkan sambutan hangat jualan tiket Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya yang menampilkan Opick dan Hafiz Hamidun, pada 23 hingga 25 Disember ini, penganjurnya menghadiahkan bonus kepada peminat dengan mengundang sama juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana, bagi menyemarakkan lagi persembahan.    Selain penyanyi wanita berkenaan, Mask Team dan Indigital Sdn Bhd turut menampilkan dua lagi artis, Ronnie Hussein dan Lah Ahmad.    Jika Siti Nordiana dan Ronnie bakal beraksi pada 23 Disember, iaitu giliran malam persembahan Opick, Lah pula akan tampil pada 24 dan 25 Disember, bersama-sama Hafiz.    Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, berkata melihat sambutan terhadap jualan tiket konsert terbabit yang memberangsangkan, mereka bersetuju untuk menawarkan imbuhan istimewa menerusi penampilan ketiga-tiga vokalis berkenaan.    "Pastinya, konsert ini yang menampilkan kelainan gabungan penyanyi kontemporari dan ketuhanan memberikan nilai tambah untuk penonton," katanya.    Malam Kalimah Cinta menampilkan sisi muzikal istimewa menerusi gabungan nyanyian, zikir dan selawat diiringi persembahan penuh multimedia serta kesan khas dalam pertunjukan selama 90 minit.    Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional, Tombo Ati, yang dibawa khas dari Indonesia, manakala Hafiz pula akan disertai kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan komposisi Faizal Uzir.    Tiket masih boleh didapati menerusi tempahan di redtix.airasia.com atau di Istana Budaya.    Sebahagian hasil kutipan jualan tiket akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2015 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 03:18 PM | Show all posts
nana ade citer pasal awal kemunculan dia dikaitkan dgn klon siti
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya suara Nana duet ngan opick lagu Maha Melihat n Takdir. Ada kat u tube uols.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 10:41 AM | Show all posts
hyie replied at 15-12-2015 07:04 PM
ct dah pernah perform duet dengan sheols lah b4 ni...lagipun memang di bawah satu bumbung SRC khuen. ...

Ct nana under FMC la chuols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list