CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15827|Reply: 75

URTV 45 Tahun Sudah

[Copy link]
Post time 20-12-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IBARAT putaran roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Adakalanya disinari cahaya yang memberikan sejuta harapan namun kita tidak terlepas daripada cuaca mendung yang membuatkan hari tak keruan.
Begitulah juga dengan perjalanan majalah hiburan popular Utusan Radio & TV (URTV) yang tidak selalunya indah.
Perkembangan arus teknologi yang menyebabkan pembaca boleh mendapatkan maklumat hanya di hujung jari sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan industri majalah dan akhbar, tidak terkecuali URTV yang turut menerima nasib yang sama
Masakan tidak, industri majalah hiburan agak sukar ‘bernafas’ dan tidak mudah bertahan dengan kemunculan banyak laman sosial yang lebih memudahkan pembaca terus berkomunikasi dengan artis-artis kesayangan mereka
Namun itu semua tidak mematahkan semangat peneraju, peminat dan artis-artis terhadap URTV. Ketika media sosial menguasai kebanyakan peminat hiburan, URTV yang sudah menerajui empat zaman kekal memberi peluang kepada ramai artis lama dan baharu untuk bercerita mengenai karier dan kehidupan peribadi.
Tetapi ‘persembahan’ serta kredibiliti URTV sebagai majalah hiburan pertama tanah air tetap kekal diterima ramai kerana URTV sendiri sentiasa melakukan transformasi untuk memberi kepuasan kepada pembaca.
URTV yang diterbitkan pada 15 Januari 1970 bakal meraikan usianya ke 45 tahun pada 20 Disember ini di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Istimewanya, ramai artis (semenjak URTV diterbitkan) turut memberikan pengesahan kehadiran dan menyerikan ulang tahun Majlis Odisi 45 Tahun URTV yangbertemakan hitam dan emas.
Antara artis yang dijangka hadir ialah Uji Rashid, Nor Kumalasari, Nassier Wahab, Salamiah Hassan, Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Ella, Amelina, Mac Ruhayu, Mas Idayu, Amy Search, Ramlah Ram, Ziana Zain, Erra Fazira, Aznil Haji Nawawi, Norman Hakim dan ramai lagi.
Tidak kurang juga artis-artis muda yang sedang hangat diperkatakan sekarang turut memberikan sokongan mereka untuk hadir ke majlis ini.
Antara artis yang dijangka hadir adalah Nelydia Senrose, Ayda Jebat, Izzue Islam, Izreen Azminda, Amyra Rosli, Johan As’ari, Shukri Yahaya, Syarul Ridzwan, Amar Baharin, Emma Maembong, Remy Ishak, Zahirah MacWilson dan ramai lagi.
Jasa URTV
Ramai artis yang dibantu oleh URTV ketika awal kemunculan mereka dalam bidang seni. Tradisi tersebut berterusan hingga kini apabila URTV masih kekal menampilkan muka-muka popular pada setiap keluaran. Antara artis popular yang menjadi terkenal kerana kerap muncul ialah Uji Rashid, Erra Fazira, Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan ramai lagi.
Lantas ramai kalangan mereka ini berasa terhutang budi kepada URTV kerana tidak pernah jemu menampilkan wajah-wajah mereka sebagai penghias kulit muka majalah.
Uji Rashid misalnya, antara artis yang paling kerap menjadi penghias kulit wajah URTV pada era 70-an. Sudah pasti kenangan silam itu antara yang terindah dalam perjalanan karier seni bintang ini yang telah mencecah lebih 40 tahun.
“Masa dulu memang seronok sebab saya antara yang kerap menjadi cover URTV sejak awal kemunculan. Saya juga sangat rapat dengan wartawan yang menemu bual saya sehingga saya anggap seperti keluarga. Malah saya kerap terlibat dengan aktiviti anjuran URTV,” kata Uji Rashid yang pernah menjadi kolumnis kepada majalah ini satu ketika dulu.
Siti Nurhaliza sendiri antara bintang yang kerap menjadi penghias wajah URTV. Dari awal kemunculannya sehingga sehingga isu Oktober lalu, Siti Nurhaliza menguasai penghias wajah majalah ini.
Ketika baru bergelar penyanyi sehingga menjadi bintang kesayangan, ketika bernikah dan bergelar usahawan, bintang ini tidak pernah berhenti memberi komitmen kepada URTV. Semuanya juga atas hubungan baiknya dengan majalah itu sendiri.
Begitu juga bagi Erra Fazira yang mempunyai kenangan manis ketika kali pertama menjadi penghias wajah URTV sekitar 20 tahun yang lalu apabila URTV menampilkan Erra, Awie dan Ziana Zain.
Bukan itu sahaja, nama-nama baharu yang popular juga tidak dilupakan untuk menjadi penghias kulit wajah URTV yang sememangnya diidam-idamkan oleh ramai artis.
Kesemua artis ini menghargai setiap usaha sama yang dibuat antara mereka dan editorial URTV. Malah setiap daripada mereka sentiasa terhutang budi dengan kerjasama tersebut yang secara tidak langsung membantu menaikkan nama masing-masing dalam dunia seni tanah air.
- See more at: http://m.utusan.com.my/hiburan/meraikan-ulang-tahun-ke-45-urtv-1.168496#sthash.PVF6xbbl.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2015 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Khas tatapan @doubleA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by melinda_kerr at 20-12-2015 07:12 PM

Dari ig official URTV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg dah sendu majalah ni.

Zmn2 80 an dulu waktu kak teh bbnu selalu gak beli. Dgn komik gila2.
Paling suka gosip shhh....bam dan remaja bersama juwie. Arwah juwie selalu bagi pantun2 merapu disamping madah2 pujangga...tak lupa hadis2 dan kata2 hikmat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 06:35 PM | Show all posts
putehkundor replied at 20-12-2015 06:32 PM
Skrg dah sendu majalah ni.

Zmn2 80 an dulu waktu kak teh bbnu selalu gak beli. Dgn komik gila2.
...

Majalah Gila2 tu wajib beli kak teh. semua mak i bakar megazine tu sebab karangan bahasa melayu terbawak2 bahsa dalam gila2. hehe..tpi sgt nostalgia smapai sanggup baca kt rumah jiran. apapaun urtv dan media hiburan edisi hari raya plg dinanti untuk tiru fesyen baju kurung raya dari retiss
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu tkde itenet .nk taw psl artis sgt lh ssah so mjlh nie lh yg mmberikn info artis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 20-12-2015 06:25 PM
Khas tatapan @doubleA

Awwww,tq chuols,muah ciked!!

Lawak pulak pakai crown,dgn selempang tu,baju tshirt je pun,kihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 07:08 PM | Show all posts
doubleA replied at 20-12-2015 07:06 PM
Awwww,tq chuols,muah ciked!!

Lawak pulak pakai crown,dgn selempang tu,baju tshirt je pun,kihki ...

hahaha...adakah event organizer yg sama untuk satu event satu tu..sbb iols perasan sgt crown kontreversi ituuu.. anyway abam adik nampk ceria skrang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman kegemilangan majalah hiburan sekitar 90an dulu mak & kakak meols rajin beli tiap2 bln. Meols masa tu sekolah rendah lagi rajin juga baca gosip ttg retis, fesyen2 retis, segmen lirik lagu & suka gelak kt segmen pembaca yg hantar pic diorang dgn deskripsi yg cliche... "Ingin mencari kenalan... Siapa yg sudi mengenali diri ini"... Lebih kurang gitulah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:16 PM | Show all posts

AWIE, WANN, RAMLAH RAM, SALWA @Syd SUBADRON, EDIKA meols





rahimah maarof dan ramlah ram





Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:16 PM | Show all posts
dulu setipa bulan iols wajib beli urtv, Hai, mangga, media hiburan ok...nak feeling urban sikit beli Galaksi tapi dah takde kot sekarang...abes duit kat situ je lah oh ya, tak lupa majalah Remaja sebab suka jawab soalan2 kat dalam tu, lepas tu kira berapa skor dapat
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:19 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 20-12-2015 08:16 PM
AWIE, WANN, RAMLAH RAM, SALWA @Syd SUBADRON, EDIKA meols

wahhh edika yusof ala2 merecikkkk gitu dulu2 nape awie ala2 pondan drag ya maza zaman2 heols bbnu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 20-12-2015 08:16 PM
AWIE, WANN, RAMLAH RAM, SALWA @Syd SUBADRON, EDIKA meols



Lainnye muka kak melah.. Semlm iols tgk movie syakilla. Handsome Rahim Maarof. Dan sampai skrang pandai jaga body
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk td Aishah pun hadir sekali. Terharu gila ingatkan diboikot oleh media hiburan smp akhir hayat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2015 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
af_mania replied at 20-12-2015 07:39 PM
Masa zaman kegemilangan majalah hiburan sekitar 90an dulu mak & kakak meols rajin beli tiap2 bln. Me ...

Hehe. Iols slalu pg balik kg khatamkan urtv untuk setiap bulan sebab makcik iols pelanggan tetap. Waktu tu urtv pun bersaing juga dgn mangga. Tpi grand poster pasti dinanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 08:25 PM | Show all posts
antara majalah wajib yg ada kat umah selain gila2 mastika wanita jelita
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka beli bumper raya. Urtv n media hiburan. Kira antara benda wajib ada untuk persiapan hr raya weols.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:34 PM | Show all posts
hyie replied at 20-12-2015 08:19 PM
wahhh edika yusof ala2 merecikkkk gitu dulu2  nape awie ala2 pondan drag ya maza zaman2 heols ...

baju edika yg kt poster centrespread tu nampak nipple pink gituh..

cc @putehkundor
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 08:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.099665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list