View: 6958|Reply: 28
|
Kisah Cinta Sona One ?
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 21-12-2015 02:49 PM
Kisah Cinta Sona One ?
“Sebenarnya saya ialah seorang lelaki yang sangat mengagumi cara orang lama.
“Dalam cinta misalnya, lihat bagaimana orang lama bercinta, ibu bapa kita misalnya. Zaman itu bukan macam sekarang.
“Dulu mana ada Internet, laman sosial atau teknologi komunikasi. Dulu mereka guna surat atau telefon,” katanya.
Menyambung bicara, dalam kehairanan dan kagum, Sonaone juga melihat percintaan cara orang lama juga lebih ikhlas dan sejati sehinggakan dia sendiri tertanya-tanya bagaimana orang dulu bercinta tanpa kemudahan seperti generasi masa kini.
“Bagaimana mereka bercinta? Situasi itu yang saya letakkan dalam imaginasi saya untuk hasilkan Firefly.
“Secara dasarnya lagu ini mengenai seorang lelaki yang bertemu dengan seorang wanita yang dimatanya wanita itu adalah yang paling menyerlah dan ‘menangkap’ jiwanya bak kelip-kelip yang menyinar di malam hari,” ungkap Sanaone.
Sengaja menarik perhatiannya mengenai cinta yang bagaimana yang dia inginkan, Sonaone tanpa berselindung mengakui dia percaya kepada keutuhan cinta sejati.
Menganggap cinta sejati masih wujud pada era moden ini, kata Sonaone, dia percaya perkara itu boleh berlaku andai lelaki dan wanita itu lebih kreatif dan jujur dalam perhubungan.
“Lihat bagaimana orang dulu bercinta. Segala-galanya kelihatan magis kerana mereka lebih tulus dalam hubungan mereka.
“Kalau seseorang itu jumpa pasangan dia maka itulah cinta sejati dan mereka percaya dengannya.
“Orang zaman sekarang semua nampak superficial. Saya ada terbaca dalam satu kenyataan, peratusan pasangan sekarang lebih ramai yang kenal menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat dan sebagainya.
“Entahlah, bagi saya orang dulu lebih mudah. Saya tak tahu bagaimana mahu jelaskan sebab kalau nak dibandingkan, orang zaman sekarang semua nak cari perhatian, baik lelaki atau wanita.
“Semuanya kerana laman sosial yang wujud di alam maya. Kenal, bercinta, berjumpa semuanya di laman sosial sampaikan putus (hubungan) pun menerusi medium yang sama atau di telefon pintar masing-masing,” katanya.
Kagum dengan cara orang lama mengekalkan kasih sayang, peratusan perceraian pasangan generasi dahulu juga kurang,
Kata Sonaone, dia menyimpan hasrat untuk melihat generasi masa kini mampu memupuk rasa cinta yang lebih tulus dan jujur antara pasangan.
Terlanjur berbicara perihal cinta, Pancaindera sengaja mengusik penyanyi berusia 27 tahun ini sama ada hatinya sudah dihuni seseorang yang istimewa.
Sambil tersenyum, kata Sonaone, dia pernah merasai nikmat itu yang baginya tiada salah andai terjadi kepada orang muda atau tua.
Seolah-olah memberi isyarat bahawa dia lebih senang untuk bergelar solo pada waktu ini, Sonaone tahu dia sudah cukup kuat dengan cinta yang sedia ada berdiri di belakangnya selama ini.
Merujuk kepada keluarga dan teman-temannya, Sonaone senang untuk melihat bahawa cinta itu punya pengaruh yang kuat untuk membentuk seseorang.
“Cinta bagi saya ada positif dan negatifnya. Namun akhirnya akan tetap menjadi sesuatu yang positif.
“Cinta bagi saya adalah mengenai semua orang di sekeliling anda dan bukan tentang anda seorang sahaja.
“Jadi anda tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri dan kalau anda mahukan cinta yang menjadikan anda seseorang yang lebih baik, berhentilan bersikap pentingkan diri,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Sonaone, dia juga tidak sabar untuk menerima reaksi peminat menerusi album baharunya yang berjudul Growing Up Sucks yang akan dilancarkan menjelang tahun baharu nanti.
Kata Sonaone, dia juga bersedia untuk menerima reaksi kurang senang daripada pendengar yang mungkin menganggap judul album itu agak kontroversial.
Cuma bercerita mengenai pandangannya mengenai dunia kedewasaan, Sonaone mengakui, itu sekadar perkongsian rasa daripada mata kasar seorang lelaki berusia 22 tahun (ketika dia menulis lagu tersebut).
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.lmZIitVZ.dpuf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
apa nama sebenar dia ni ek |
|
|
|
|
|
|
|
muslim la
|
|
|
|
|
|
|
|
hensem la dia ni..tapi katanya sombong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni urban sgt. Ada ke wanita muslimah nak? |
|
|
|
|
|
|
|
tak jadi ke dgn jue evans |
|
|
|
|
|
|
|
full name : Mikael Adam Bin Mohd Rafee Michel Lozach , kelahiran Kuantan, Pahang katanya..apaknya org perancis.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak ke wanita muslimah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mau tumpu kerjaya gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
aku folo insta mak dia
kakak dia ni kawen ngan si hafiz hatim brother si hunny madu. theyolss ada baby ompuan sorang.. sooooooo comellssss...
|
|
|
|
|
|
|
|
malukokram replied at 21-12-2015 02:32 PM
aku folo insta mak dia
kakak dia ni kawen ngan si hafiz hatim brother si hunny madu. theyolss ...
Nak tgk gamba uols, mehlah tlg tepek |
|
|
|
|
|
|
|
malukokram replied at 21-12-2015 02:32 PM
aku folo insta mak dia
kakak dia ni kawen ngan si hafiz hatim brother si hunny madu. theyolss ...
Motif follow ig mak dia. Hehe. Meh sini nama ig mak dia. Nk gak kenal2. |
|
|
|
|
|
|
|
ig mak nye - jlo61
ig kakaknye - lilolys
ig hafiz - cowbear
sonaone aku tak polo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakal bini dia semestinya stok urban kokesen macam dia gak ala2 Jue Evans, Diana Danielle.... |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 21-12-2015 02:49 PM
Nak tgk gamba uols, mehlah tlg tepek
tak reti tepek uolss.
lols |
|
|
|
|
|
|
| |
|