CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: virgomal

- S E G A L A_ M A C A M_ P E N Y A K I T -

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2004 11:23 PM | Show all posts

ok....

rasanyer aku sambung citer pasal viral fever yang pernah aku hidapi tahun lepas...
hmmm bermula dari demam biasa... jumpa ler doctor private kat depan blok... my doc my selalu jumpa tu tutup plak malam tu... dapat ler mc 2 hari...
besoknyer demam tak kebah... lusa pon samer gak..abitu bila nak pegi doc haritu, dia plak tutup... terpaksa pi jumpa my own doc... tapi dia tengok aku memang lain macam... tangan nak kuar biji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2004 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 29-3-2004 11:07 PM:
aku dah check bil hospital aku yang dulu tu...
yes...betul ah ckp ko tu... ader beza dari segi bayaran
kalau refer via private clinic or polyclinic...
bayaran lebih murah kalau dari polyclinic.. ...



first sekalik, kena tinjau kalau kita kerja... tempat keja kita ada benefits tak?
ada cuma untuk jumpa company doktor je..
ada cuma untuk normal GP je..
ada yang subsidised untuk jumpa specialist, tapi leceh jugak, nak kena submit GP recommendation letters la apa la...


jadi check ni dulu, jadi kita boleh tahu la...  budget kita ni ok ke tak ok.

ok,
untuk cam special2 punya appt ni,

aku suggest ah, ko pegi tanya ngan GP ko yang baik ngan ko, mintak dia advise.
Atau ko ada members yang kerja govt hospital dan sebagainya..
pasal dorang mesti tahu latest updates tentang ni semua...


kalo GP recommend direct, advantages dia, ko tak buang masa, tak penat pegi sana sini, dan GP selalunya akan book untuk ko satu specialist yang dia kenal sendiri, jadi confirm tu memang handal la...

disadvantage dia - bayaran mahal.. dan ia akan continue mahal untuk ko punya follow up appointments.

kalo ko go thru Policlinic punya doktor, memang ah, leceh, dan bila ko direfer to hospital, ko takde specific recommended specialist, nasib kalo tak baik, mungkin ko dapat MO, ( doktor baru pass punya ), tapi... advantage dia, harga dia murah... ko boleh nampak perbezaaan.. ( ni tak salah aku ko dah dikira sebagai subsidized patient ).


Jadi before ko make a move, aku suggest ko pergi buat homework sikit...
pikir what is the best for you.


cam aku ah, pasal dah kecemasan la kira...so memang tak bleh buat apa2.

p.s - tu hari aku jumpa specialist ah, specialist tu datang lambat, so aku tak mau tunggu, nurse tanya aku nak jumpa MO tak?
so aku cakap ok,
MO, tu aku terkejut ah...cara layanan dia, cara dia buat testing kat aku, much much better than the specialist.
Mungkin pasal dia lagi muda, so mungkin dia kasi 200%..

bila aku bayar bil aku cuma kena $21 padahal kalo aku jumpa specialist tu aku kena at least $40.
Bila aku tanya nurse, boleh tak aku tukar jumpa MO untuk future check up regarding this specific treatment, Nurse cakap tak boleh pasal aku ialah Private Patient bukan Subsidized. Kalo aku nak tukar, aku kena go thru apa Welfare dept la...

So dari mata aku sendiri, memang kadang2 MO lagi best dari specialist tua..

so ni semua korang kena pikir jugak ah, kalo lain kali ada apa apa hal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2004 11:34 AM | Show all posts
V, kalau lu pi.... let me know yaaa...  

Originally posted by virgomal at 2004-3-29 11:07 PM:
hmmm... kalau nak jumpa gynae kat polyclinic....ader ke????.. ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2004 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 2004-3-30 01:11 AM:
first sekalik, kena tinjau kalau kita kerja... tempat keja kita ada benefits tak?
ada cuma untuk jumpa company doktor je..
ada cuma untuk normal GP je..
ada yang subsidised untuk jumpa sp ...


deaf..thanks a million...
very detail keterangan ko tu...
hmm... lenkali boleh ler aku jumpa MO...
harap tak kerek sudah...:kerek:
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2004 07:01 PM | Show all posts
kalo boleh tolong aku tolong lah...

pasal aku dah go thru benda2 ni semua.




nanti apa2 hal, inpom je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2004 11:57 AM | Show all posts
weiii kengkawan....korang baca tak sokkabar? ada ni artikel ah...melayu ni hati dia tak berfungsi, dah dapat suitable donor ( isteri dia ), tapi SGH pulak tak bleh operate kena pegi Gleneagles... $250,000...

Nasib baik semua selamat... semoga dia sembuh cepat2 ye.... Amin.




Singapura : 13 April 2004   
  Mudah cetak  | E-mel
PELBAGAI 'HALANGAN' SEBELUM PEMINDAHAN HATI DAPAT DITERUS
Oleh
Nazri Hadi Saparin

ENCIK Sulaiman Mussein, 44 tahun, mendapat tahu hatinya tidak berfungsi dan beliau perlu menjalani pemindahan hati hampir dua minggu lalu setelah sekian lama menderita sakit.

Beliau sekeluarga begitu lega apabila doktor mengesahkan isterinya, Cik Radiah Abdul Rahman, 44 tahun, sesuai sebagai penderma dan pemindahan akan dijalankan hari ini.

Namun tiga hari lalu, kelegaan itu berubah menjadi keadaan yang sungguh mendebarkan kerana beberapa 'rintangan'.

Pertama, Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana Encik Sulaiman, seorang pekerja kargo, dirawat, menyatakan ia tidak dapat menjalankan pemindahan itu.

Jurucakap NUH menjelaskan ia hanya boleh menjalankan pembedahan pemindahan hati bagi kanak-kanak.

Pasangan suami isteri itu perlu pergi ke Hospital Gleneagles, tetapi kosnya di luar kemampuan mereka.

Ia menelan belanja sekitar $250,000 dan mereka perlu mengadakan wang pendahuluan yang besar.

Namun, rintangan itu dapat diatasi apabila Cik Radiah sekeluarga berupaya mengumpul wang pendahuluan itu sendiri dan NUH serta Gleneagles membantu mendapatkan subsidi Kementerian Kesihatan (MOH) sebanyak $80,000.

Dengan bantuan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northeast, Encik Zainul Abidin Rasheed, pemindahan itu dapat diteruskan dan Encik Sulaiman dipindahkan ke Gleneagles malam tadi.

Menceritakan pengalaman traumatik beberapa hari lalu, Cik Radiah, seorang suri rumah, berkata suaminya tiba-tiba melarat hingga tidak sedarkan diri walaupun 10 hari lalu beliau sihat.

'Sekitar 10 hari lalu, dia mengadu rasa loya dan pergi berjumpa doktor.

'Kemudian doktor beritahu organ hatinya rosak dan keadaannya akan bertambah tenat jika tidak mendapatkan pemindahan secepat mungkin,' kata Cik Radiah.

Sebelum ini, Encik Sulaiman tidak menyedari beliau mengalami penyakit hati dan sejak lewat tahun lalu sering makan ubat penghilang kesakitan bagi penyakit lututnya.

Cik Radiah berkata beliau ibarat hilang akal memikirkan cara mendapatkan wang sebegitu banyak.

'Mujur adik-baradik, saudara mara dan teman-teman saya membantu meminjamkan wang dan memberi sokongan moral.

'Saya terhutang budi kepada semua pihak yang telah membantu,' katanya.

Mereka mempunyai dua anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2004 01:50 AM | Show all posts
la aku ingat dah ok, rupanya belum ah....

bini dia punya hati sekarang tak suitable pulak...

kesian ahh...paper melayu keluar front page anak dorang dua...

budak2 lagi.....:sad::sad::sad:

mari doakan ni family selamat ah...





Singapura : 14 April 2004   
  Mudah cetak  | E-mel
HATI ISTERI TIDAK SESUAI, KINI PESAKIT HARAPKAN IHSAN SAUDARA DAN TEMAN
Oleh
Nazri Hadi Saparin

MENANTIKAN sesuatu yang ajaib berlaku.

Demikian harapan Siti Ema Sulaiman, 16 tahun, anak sulung pesakit organ hati, Encik Sulaiman Mussein, setelah bedah pindah hati bapanya terpaksa dibatalkan separuh jalan.

Ini kerana organ hati ibunya, Cik Radiah Abdul Rahman, 44 tahun, didapati tidak sesuai untuk dipindahkan.

Menurut kakak Cik Radiah, Cik Norizan Abdul Rahman, 47 tahun, walaupun telah menjalani ujian dan didapati sesuai, namun hati adiknya itu tidak dapat didermakan kerana berlemak.

Justeru, pengorbanan Cik Radiah untuk menyelamatkan nyawa suaminya tidak kesampaian.

Kini, setelah ramai anggota keluarga terdekat tampil untuk menderma tetapi didapati tidak sesuai, harapan Encik Sulaiman untuk terus hidup bergantung kepada belas ihsan saudara-mara, teman-teman dan kenalan.

Encik Sulaiman, 44 tahun, yang kini dalam keadaan tenat di Hospital Gleneagles, perlu mendapatkan pindahan hati secepat mungkin.

Cik Radiah pula sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) hospital yang sama dan berada dalam keadaan stabil.

Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Sharil Sofy Sulaiman, 13 tahun.

Kisah mendebarkan pasangan tersebut dilaporkan Berita Harian semalam.

Setelah diberitahu suaminya perlu dipindahkan ke Hospital Gleneagles dari Hospital Universiti Nasional (NUH), Cik Radiah sekeluarga dikejutkan dengan kos pembedahan berjumlah $250,000 yang di luar kemampuan mereka.

Namun, mereka akhirnya berjaya mengumpul wang pendahuluan yang besar sebelum mendapatkan lagi subsidi $80,000 daripada Kementerian Kesihatan (MOH) bagi membolehkan pembedahan itu diteruskan.

Merayu kepada mereka yang sanggup menderma agar tampil ke hadapan, Siti Ema, pelajar menengah empat Sekolah Menengah Siglap, berkata dia sedar menderma organ bukanlah keputusan yang mudah.

''Namun saya tetap yakin ada orang baik hati di luar sana akan tampil menderma. Saya dan adik masih muda dan perlukan bapa kami. Saya tidak dapat bayangkan kehidupan ini tanpa beliau,' katanya menahan sebak.

Penderma hendaklah lelaki dan jenis darah 'A' dan 'O'.

Dalam hati kecilnya, Siti Ema percaya keajaiban itu tetap akan berlaku.


Kriteria pemindahan hati bagi penderma hidup bukan saudara



Perlu kelulusan Kementerian Kesihatan (MOH).




Hospital perlu hantar permohonan kepada MOH dengan butiran penderma berserta surat pengesahan bahawa kesemua saudara yang ingin menderma telah ditimbangkan dan didapati tidak sesuai.




Laporan psikososiot bagi menilai penderma tidak dipaksa.




Pekerja sosiot perubatan hospital perlu sahkan keadaan kewangan penderma bagi memastikan wang bukan faktor keputusan menderma.




Sebaiknya, penderma dan penerima perlu mempunyai talian emosi. Selain keluarga atau saudara, kenalan juga boleh menderma.




Penderma perlu sahkan keputusan yang dibuatnya adalah secara bebas dan faham akan risiko pembedahan.




Jawatankuasa Etika Hospital perlu menimbangkan isu etika dan profesional yang berkaitan.




Bagi penderma Islam, fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) membolehkan pendermaan dan pemindahan organ buah pinggang, jantung, hati dan kornea di bawah Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan dan Kajian) (MTERA). Namun persetujuan waris perlu didapatkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2004 10:34 AM | Show all posts

opsss deaf...

Originally posted by deaf4ever at 2004-3-31 07:01 PM:
kalo boleh tolong aku tolong lah...
pasal aku dah go thru benda2 ni semua.
nanti apa2 hal, inpom je..


last week aku pi polyclinic.. sajer try cara kau
aku suka pegi jumpa private doc sebenarnyer.....
cepat... dan sekat plak tu

so bila kat polyclinic tentu ah aku tak bayar aper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 15-4-2004 11:49 AM | Show all posts
met a friend yesterday.dia on dialysis ada kidney problem.kesian dia...one month kena pay $1400 on the dialysis...that's alot of money...ada orang, dia punya gaji pun tak sampai $1000
jangan lupa kita bersukur.....orang cakap health is wealth
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 12:19 AM | Show all posts
dah operate ah....  mintak2 selamat ah..




Singapura : 15 April 2004   
  Mudah cetak  | E-mel
PESAKIT HATI BERJAYA DIBEDAH
Oleh
Nazri Hadi Saparin

PENANTIAN menyeksakan lagi mendebarkan bagi pesakit organ hati, Encik Sulaiman Mussein, berakhir serta-merta semalam.

Encik Sulaiman, yang disahkan menghidap penyakit itu hampir dua minggu lalu, menerima hati baru daripada seorang wanita berusia 40-an tahun yang telah meninggal dunia kerana pendarahan otak.

Ketetapan Kementerian Kesihatan (MOH) tidak membolehkan identiti penderma itu didedahkan.

Encik Sulaiman, 44 tahun, pegawai pengimport dan ayah dua anak remaja, disorong keluar daripada bilik pembedahan Hospital Gleneagles sekitar 4 petang semalam setelah selamat menjalani pemindahan hati hampir enam jam.

Ketika ditemui, pakar bedah pindah hati yang menjalankan pembedahan tersebut, Dr K.C. Tan, berkata segala-galanya berjalan lancar.

'Sepanjang pembedahan, Encik Sulaiman berada dalam keadaan baik. Beliau masih muda dan cergas.

'Organ-organ tubuhnya yang lain berfungsi dengan baik. Saya yakin beliau mempunyai peluang 70 peratus untuk sembuh,' ujar beliau.

Keadaan Encik Sulaiman yang menyayat hati itu telah Berita Harian soroti sejak beberapa hari lalu.

Malah, laporan akhbar ini semalam mendorong beberapa anggota masyarakat untuk tampil mendermakan organ hati mereka.

Namun, insan yang paling bahagia semalam ialah isterinya, Cik Radiah Abdul Rahman, 44 tahun, yang sanggup mengorbankan sebahagian hatinya untuk didermakan kepada Encik Sulaiman, tetapi terpaksa dibatalkan separuh jalan.

Ini kerana hati Cik Radiah didapati tidak sesuai kerana mengandungi banyak lemak.

Ketika ditemui, walaupun jelas masih lemah ekoran pembedahannya kelmarin, suri rumah itu masih mampu menguntumkan senyuman.

'Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Terima kasih khususnya kepada penderma itu,' kata beliau dengan nada perlahan.

Hospital Gleneagles juga menyampaikan satu lagi berita gembira kepada keluarga Encik Sulaiman yang menetap di Tampines itu.

Pengurus Besar hospital tersebut, Dr Timothy Low, berkata pihaknya akan berusaha memastikan kos yang perlu ditampung keluarga itu kekal rendah.

'Termasuk pemindahan, prosedur kritikal akan terus dilakukan di Gleneagles. Namun, apabila sudah bersedia kelak, Encik Sulaiman akan dipindahkan ke hospital awam.

'Dengan ini, kami menjangkakan keluarga Encik Sulaiman akan dapat menjimatkan separuh daripada kos yang telah ditetapkan,' ujarnya.

Pembedahan tersebut ditaksirkan menelan belanja $250,000.

Namun, bagi anak sulung pasangan itu, Siti Ema Sulaiman, 16 tahun, dia hanya dapat mendoakan agar ayah dan ibunya sembuh secepat mungkin.

'Saya tak sabar hendak mendakap mereka berdua setelah sekian lama saya tidak melakukannya,' kata pelajar menengah empat Sekolah Menengah Siglap itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 12:21 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by virgomal at 15-4-2004 10:34 AM:


last week aku pi polyclinic.. sajer try cara kau
aku suka pegi jumpa private doc sebenarnyer.....
cepat... dan sekat plak tu

so bila kat polyclinic tentu ah aku tak bayar aper
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2004 12:24 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 15-4-2004 11:49 AM:
met a friend yesterday.dia on dialysis ada kidney problem.kesian dia...one month kena pay $1400 on the dialysis...that's alot of money...ada orang, dia punya gaji pun tak sampai $1000
jangan lupa  ...



betul ah matz......

berapa pun kita millionaire ke billionaire ke...kesihatan lagik penting...

apa2 pun kos perubatan dah mahal,
kalo kos dialysis lagi mahal ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2004 01:17 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 2004-4-15 11:49 AM:
met a friend yesterday.dia on dialysis ada kidney problem.kesian dia...one month kena pay $1400 on the dialysis...that's alot of money...ada orang, dia punya gaji pun tak sampai $1000
jangan lupa  ...


matz....... ni lepas subsidy ke sebelum ah???
dia tak mintak maner
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 16-4-2004 08:31 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by virgomal at 16-4-2004 01:17 AM:


matz....... ni lepas subsidy ke sebelum ah???
dia tak mintak maner
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2004 10:55 PM | Show all posts

Seizure tu cakap melayu apa eh??

kengkawan...seizure cakap melayu apa eh?

sawan eh? aku baca artikel ni dari New Paper ah...

kesian la...dia dah 22 tahun, habis poly dah, tau2 dia kena sakit ni. 24jam kena ada orang tengok... Dia dah macam Lost World dah...
Nak buang air pun sebarang time...

Sedih aku baca pasal family dia
..



POLY GRAD'S STRANGE ILLNESS
Family now $100,000 in debt

Woman, 22, can't stop having seizures.
Mum and maid must look after her 24 hours a day
Family forced to give up 3-storey house to rent 3-room HDB flat
By Ng Wan Ching


SHE was her family's pride and joy, and seemed to have everything going for her.

When she graduated from poly in 2002, Huang Wanying found a job as a sales executive with a trading company, and her future looked bright.





Then, she fell victim to a rare medical condition - and now needs to be looked after 24 hours a day.


To raise the money to care for her, her family had to re-mortgage and rent out their three-storey semi-detached house.

They are now living in a rented three-room Housing Board flat.

But with the poor property market, that hasn't helped.

They've had to borrow an extra $100,000 from family and friends to pay for treatment and care for their daughter, who can't stop having seizures.

On Christmas Eve, 2002, Ms Huang (before her illness) suddenly shrieked and collapsed with a seizure.

She was rushed to the National University Hospital, where she spent two months in the Intensive Care Unit (ICU).

She was finally discharged on Apr 11, 2003.

But her condition worsened and she had to be admitted again on May 11, 2003.

She was discharged a week later.

Her hospital stay and care by traditional Chinese medicine (TCM) practitioners (including acupuncture and reflexology) cost about $100,000.

There are also many other costs, including anti-epileptic medicine, TCM treatment costs, tonics and more.

Her family also had to hire a maid to help her mother look after her around the clock.

Her elder sister, Ms Linda Ng, a training officer, said the family still hopes she will get better one day.

But doctors have told them bluntly that it would take nothing less than a miracle for Ms Huang to return to her old self.

(Ms Huang's surname is the Hanyu Pinyin version of Ng. It's on her identity card and she is the only one in the family with this version of the surname.)

She is unable to speak or voluntarily go to the toilet. She soils herself when her carers fail to pick up the subtle cues that she needs to relieve herself.

She also tends to bump into walls if she is not guided. Nobody knows how much she can see as whenever she looks at someone, she always looks blank.

No-one knows how much she realises she has lost. These are issues which her family can hardly bear to think about.
The family is heavily in debt, and is struggling to make ends meet.

The crippling hospital and TCM bills, and massive bills run up by frequent trips to Johor Baru where a well-known sinseh is based, have hit the family hard.

The economic slump has also affected Mr Ng, a freelance quantity surveyor who has had no work for months on end.

Ms Ng, 26, is the only one in the family with a stable income at the moment.

Her monthly gross income is $3,000. It has to pay for the rent, the maid's salary, levy, food, her sister's medication and her own transportation needs.

Her elder brother cannot help out as he is still studying.

So they have had to borrow from family and friends.

Ms Ng said: 'The friends and relatives have been good about it. I am trying to repay the friends first because I know some of them need the money badly. I feel very bad.'

In what she now calls a 'bad financial decision', they decided to re-mortgage their house in Upper Bukit Timah, and move into a rented Housing Board flat in Woodlands last year.

'It was like being caught between the devil and the deep blue sea. We wanted to sell the house, but the economy was so bad, there were no buyers,' she said.

The money they received from the re-mortgage raised a lump sum which paid off some debts, but still leaves a huge chunk to take care of.

She said the house was valued at $1 million when they re-mortgaged it for $800,000.

The house is rented out for a little over $1,000 a month which covers barely a third of the $3,000 monthly mortgage payments. The rest is taken care of by CPF.






'We have enough in CPF to last another year.

'Then hopefully the economy will pick up enough for us to be able to sell the house at a reasonable price.'

That would mean all the hard work her parents have put in over the years going down the drain.

'My parents' hopes for a sound retirement are dashed. They can hardly even have a roof over their heads now,' said Ms Ng.

Perhaps the hardest hit is her mother.

Mrs Ng doted on Ms Huang, the youngest of her three children.

'Just when she thought that her life's work was almost over with Wanying graduating from poly and going to get a job, this happened,' said Ms Ng.

Her mother's days are now filled with looking after Ms Huang, feeding her, massaging her, cleaning her.

'It's a big job which needs more than two people to do. On weekends I help my mother, so she at least has some breathing space,' said Ms Ng.

That it is a huge strain is an understatement.

'I have daydreams of calling my parents to say I have flown to Canada and lost my passport so I can't go home,' said Ms Ng.

But she knows she cannot abandon her family, even if she runs out of patience sometimes.

She recalled one day when she returned home and was greeted by a foul stench.

'Wanying had soiled herself again. I was so frustrated, I knew if I had gone into the flat I would have found fault and quarrelled with someone,' she said.

Instead, she went out and only returned home after she had cooled down.

She knows how much her sister and parents need her now and has put aside all thoughts of dating or starting her own family.

'I have to clear the debts and provide for this family first,' she said.



--------------------------------------------------------------------------------
Court order granted

MS HUANG'S father and elder sister were granted a court order in February to act on her behalf in matters concerning money and property.

It was granted by the High Court under the Mental Disorders and Treatment Act.

The process involved getting Ms Huang's doctor to give his professional opinion of her mental state.

According to NUH consultant neurologist Associate Professor Einar Wilder-Smith's affidavit, Ms Huang 'suffers from severe irreversible damage to the brain due to prolonged status epilepticus of an unknown cause'.

Those words cut deep.

Ms Linda Ng, Ms Huang's elder sister, had never wanted to hear those words.

'It sounded so final. I felt very depressed when I saw them,' she said.

Prof Wilder-Smith's affidavit also said that Ms Huang 'is so mentally handicapped that she cannot manage her own affairs'.

The court order authorises Ms Ng and her father to, among other things:


Handle claim benefits and use CPF monies including funds in Ms Huang's Medisave account for her maintainence


Settle her debts and pay any amount owing for Ms Huang's general benefit


Manage, deal with or sell any property belonging to Ms Huang and use the money for her benefit.



--------------------------------------------------------------------------------
THE ILLNESS

THE underlying causes of status epilepticus vary.

And each patient's prognosis will depend on the underlying cause of the continuous brain seizures.

If it is caused by an infection, for example encephalitis, it is usually more difficult to treat, and so is likely to have a worse outcome.

There are numerous possible causes.

Most commonly, there is pre-existing epilepsy, made worse when the patient does not take medication regularly, super-imposed infections or brain injury.

In Miss Huang's case, despite extensive investigations, no clear cause could be identified.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2004 10:59 PM | Show all posts

sawan

eh, aku baca sokkabar hari minggu la.... baru baca ni...
sokkabar dah basi...tapi news dia tak basi pun...;);)

so ada artikel sawan babi ni...

masih ingat...... dulu aku primary school, masa nyanyi majulah spura...
ada satu budak kelas lain kena serang sawan...

cikgu2 datang menolong, tapi korang tahu la, budak2 mana ada perasaan kan...siap gelak2 ketawa....
Rasa dosa ah aku.......  menyesal ah aku ketawakan orang kes gini.... :cry::cry::cry:




APAKAH SAWAN BABI?


MENURUT Yayasan Sawan Babi Singapura, sawan babi atau epilepsi bukan sejenis penyakit dan ia tidak boleh berjangkit.

Ia adalah suatu kecacatan pada sistem saraf di dalam otak yang menyebabkan gangguan mendadak dan tidak boleh dikawal.

Gangguan-gangguan singkat dalam aktiviti otak itu menyebabkan kesedaran penderita terjejas, mengakibatkannya mengalami sawan yang keseriusannya berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

Dalam 70 peratus kes, puncanya tidak diketahui. Bagi baki 30 peratus, punca-punca yang diketahui ialah:


Kecederaan teruk di kepala

Jangkitan yang merosakkan otak

Bahan-bahan beracun yang menjejas otak

Tumbuhan di kepala dan angin ahmar

Penyakit keturunan yang menjejas otak

Demam panas tinggi

Kekurangan oksigen ke otak

Ketidak seimbangan pemakanan atau metabolisme di otak

Sawan ini boleh dialami sesiapa saja pada bila-bila masa dan pada apa jua usia.

Bagaimanapun, bagi wanita, hormon-hormon estrogen dan progesterone boleh bertindak ke atas beberapa jenis sel di dalam otak, termasuk di bahagian di mana sawan babi terjadi. Estrogen semakin merangsang sel-sel otak di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2004 11:02 PM | Show all posts
ada cerita pasal seorang minah melayu ni kena sakit sawan babi ni...

semoga dia selamat dunia akhirat eh... Amin.


SUDAHLAH 'SAKIT' DIPANDANG SERONG PULA


SEPERTI ramai wanita, Cik Azura ingin berumah tangga dan mempunyai anak. Namun, apa yang beliau bimbangkan ialah masalah kesihatan yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu itu akan diwarisi anak-anaknya.


Cik Azura (bukan nama sebenar), 29 tahun, menghidap sawan babi.


Beliau merupakan antara sekitar 20,000 orang yang mengalami keadaan itu di Singapura - separuh daripadanya wanita.

Bagi wanita yang menderitainya, cabaran yang mereka hadapi bukan sahaja terletak pada kesan-kesan sampingan sawan babi, malah tekanan sosial dan diskriminasi daripada masyarakat.

Inilah antara hasil kajian mengenai Mutu Kehidupan yang dijalankan ke atas kaum wanita yang menghidap sawan babi di Singapura, yang diumumkan baru-baru ini.

Kajian itu mendapati 61 peratus daripada semua penghidap sawan babi wanita di sini masih belum berumah tangga, kebanyakannya disebabkan oleh tanggapan negatif masyarakat.

Dari segi pekerjaan, sehingga 87 peratus penghidap wanita mengakui alam pekerjaan memberikan cabaran terhebat kepada mereka kerana mereka sering didiskriminasikan.

Lagi 49 peratus berkata mereka memiliki perasaan rendah diri dan 48 peratus lagi berkata mereka tidak boleh hidup berdikari tanpa bantuan keluarga.

Mengenai perkahwinan, kajian-kajian terdahulu menunjukkan bahawa 86 peratus anggota masyarakat bersetuju bahawa wanita yang mengalami sawan babi harus mendirikan rumah tangga.

Namun, tidak seperti apa yang mereka nyatakan, hanya 36 peratus yang akan membenarkan anak-anak mereka mengahwini wanita yang mempunyai sawan babi.

Di kalangan majikan pula, hanya sekitar 38 peratus yang bersedia menggajikan wanita berkeadaan demikian.

'Ini menunjukkan bahawa penderita sawan babi wanita bukan saja terpaksa menanggung penderitaan penyakit itu, malah turut menghadapi sikap prejudis tidak berasas yang menyebabkan mereka lebih tertekan berbanding penderita lelaki,' kata Dr Lim Shih Hui, penasihat perubatan Yayasan Sawan Babi Singapura.

Menurut beliau, sebenarnya kebanyakan wanita yang menghidap keadaan itu berpendidikan agak tinggi - sekitar 10 tahun - dan tamat pendidikan sekolah menengah. Tapi, ramai yang masih belum bekerja atau melakukan pekerjaan yang tahapnya jauh di bawah kelayakan mereka.

Cik Azura sendiri, yang pernah bekerja dalam beberapa bidang, antaranya sebagai kerani, belajar hingga menengah empat.

Ditanya mengenai rumah tangga, Cik Azura, yang kini tidak bekerja kerana bapanya bimbang tentang keselamatan dan kesihatannya jika diserang sawan babi dalam perjalanan, berkata:

'Saya sebenarnya bersikap terbuka dan akan memberitahu lelaki yang meminati saya bahawa saya menghidap sawan babi. Cuma saya takut kalau saya berumah tangga dan mempunyai anak, penyakit saya akan terturun kepada anak saya.'

Namun, beliau tidak perlu terlalu bimbang kerana 95 peratus wanita yang menghidapi sawan babi melahirkan anak-anak yang normal.

Kini, Cik Azura, yang memakan ubat untuk mengawal keadaannya, kurang diserang sawan babi. Jika dahulu beliau diserang tiga atau empat kali sebulan, kini beliau diserang sekali sebulan. Tetapi dalam sehari, serangan itu akan datang dua atau tiga kali.

Seramai 335 penderita sawan babi terlibat dalam kajian dari tahun 2001 hingga 2003 itu. Seramai 282 adalah Cina, 25 India, 21 Melayu dan tujuh bangsa-bangsa lain. Mereka berusia antara 13 dengan 69 tahun.








PENGHIDAP HADAPI RISIKO PERUBAHAN PADA HORMON

WANITA yang menghidap sawan babi tidak saja menghadapi masalah tanggapan serong sesetengah anggota masyarakat, tetapi juga menghadapi risiko yang boleh menjejas putaran hormon mereka.

Masalah-masalah itu mungkin berpunca daripada serangan sawan babi itu sendiri atau kesan-kesan sampingan beberapa jenis ubat lama yang digunakan untuk melawan keadaan tersebut.

Antara masalah-masalah itu ialah pengeluaran telur atau ovulasi yang tidak menentu, putus haid lebih awal, kurang nafsu seks, komplikasi semasa hamil dan risiko tinggi untuk melahirkan anak cacat.

Demikian ujar Profesor Madya Tay Sun Kuie, Konsultan Kanan di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Besar Singapura (SGH).

'Mereka menghadapi banyak cabaran dan ramai yang terjejas dengan perubahan pada putaran hormon mereka di samping faktor-faktor sosial dan pekerjaan. Tetapi, nasib mereka kurang mendapat perhatian.'

Dr Lim Shih Hui, penasihat perubatan Yayasan Sawan Babi Singapura, berkata:

'Wanita yang mengalami sawan babi boleh melalui hidup yang aktif dan memuaskan jika keadaan mereka dapat ditangani dengan baik dengan pengambilan ubat yang dapat mengawal keadaan mereka dengan baik serta kesan-kesan sampingan yang paling sedikit.'

Beberapa ubat lama bagi melawan sawan babi dilaporkan memberi kesan-kesan negatif seperti mengurangkan keberkesanan ubat hormon bagi mengawal kehamilan dan menambah risiko kehamilan tidak dirancang.

Namun, ubat lebih baru seperti lamotrigine tidak menimbulkan kesan-kesan itu, menurut Yayasan Sawan Babi.

Untuk mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap pesakit sawan babi wanita dan membantu mereka menangani keadaan mereka dengan lebih baik, satu kempen sepanjang tahun, Bimbinglah Perjalanan Anda, telah diadakan oleh yayasan itu dengan kerjasama Kumpulan Penjagaan Epilepsi.

Ia anjuran syarikat farmasi Glaxo-SmithKline.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 7-5-2004 02:31 PM | Show all posts
kita yang tak sakit ni,berterima kasih lah dengan nikmat kesihatan.matz punya shopkeeper kat my area,dia kena liver complication...operation $29k
after a few months...passed away.
life ni tak menentu,today kita sihat....besok kita sakit cronic....life tongang langang.kalau terus mati tak apa,tak menyusahkan sapa2....i prefer to go one time, tak nak menyusahkan family.

p/s this morning met my friend,mak dia dah elderly....anak2 suruh masok old folk home,she's quite sad talking about this
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2004 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 7-5-2004 02:31 PM:
kita yang tak sakit ni,berterima kasih lah dengan nikmat kesihatan.matz punya shopkeeper kat my area,dia kena liver complication...operation $29k
after a few months...passed away.
life ni tak men ...



pasal ni kan, memang ah...

aku personally tahu orang tua ni selalu cakap , dia tak mau sakit2, susahkan keluarga la apa la....
doa dia dimakbulkan agaknya....
sihat biasa, sakit sikit, terus meninggal....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2004 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 7-5-2004 02:31 PM:
p/s this morning met my friend,mak dia dah elderly....anak2 suruh masok old folk home,she's quite sad talking about this



korang semua mesti selalu dah biasa dengar ayat ni....


satu mak bapak jaga sepuluh anak, takde hal punya.

sepuluh anak, jaga satu mak bapak, pun tak larat.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.447995 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list