CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5628|Reply: 45

[Dunia] Rene Angelil suami Celine Dion meninggal dunia

[Copy link]
Post time 15-1-2016 08:20 AM | Show all posts |Read mode


LAS VEGAS: Rene Angelil, suami dan pengurus Celine Dion meninggal dunia di kediamannya di pinggir bandar Las Vegas, kata pihak berkuasa hari ini.
Mendiang berusia 73 tahun dan menghidap kanser tekak sejak sekian lama.

Koroner Clark County, John Fudenberg berkata, Angelil meninggal dunia di Henderson dan di bawah penjagaan seorang doktor.

Katanya, Angelil meninggal dunia atas sebab semula jadi dan tiada penyiasatan lanjut dijangka dilakukan.

Entri dalam akaun Facebook rasmi Dion turut mengesahkan kematian Angelil: "Dengan rasa terlalu sedih bahawa kami ingin mengumumkan bahawa Rene Angelil, umur 73 meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Las Vegas selepas bertarung dan menghidap kanser. Keluarga ingin mengadakan majlis berkabung secara tertutup."

Dion dan Angelil dikurniakan tiga anak - Rene-Charles, yang lahir pada 2001 dan kembar Nelson dan Eddy, yang dilahirkan pada 2010. Mendiang juga mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil dua perkahwinan terdahulu.

Dion dan Angelil, 26 tahun perbezaan umur di antara mereka, berkahwin pada 1994 di Notre Dame Basilica, Montreal. Mendiang sentiasa dilihat berada di sisi Dion.

Angelil dilahirkan di Montreal oleh ibunya seorang warga Kanada manakala bapanya adalah rakyat Syria.

Mendiang pernah bersama kumpulan Les Baronnets sehingga 1972, apabila mula menguruskan kerjaya beberapa penyanyi di Quebec. - AP

RIP Rene ... bertabah ler akak Selene ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah celine dion.
One of retis holiwud yg aku sgt respect..mmg true love.walau umoq jauh beza..celine 47 x silap aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:38 AM | Show all posts
sedihnya berita2 2 minggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:39 AM | Show all posts

lama jugak dia bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:41 AM | Show all posts
ramai pesakit kanser tup2 meninggal dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:41 AM | Show all posts
Alan Rickman aka Prof Snape.. pun mati hari ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2016 08:45 AM | Show all posts
buragazz replied at 15-1-2016 08:41 AM
Alan Rickman aka Prof Snape.. pun mati hari ni...

mati dah dia... aku suka dia jadi hans gruber... org jahat yg bergaya, loghat dia lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 08:47 AM | Show all posts
kanser tekak
canela selama ni dia makan agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Condolences
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Celine Dion antara artis A list terkemuka di dunia tapi juga antara yang paling low profile.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 15-1-2016 08:36 AM
Takziah celine dion.
One of retis holiwud yg aku sgt respect..mmg true love.walau umoq jauh beza..c ...

True love tu diragui la jugak.. ada kes celine pernah curang.. arwah suami pun ada kes jgk rasanya..

Btw celine ni idola siti nurgaliza.. dulu dia selalu ckp teringin nak duet dgn celine dion.. calon suami pun sama.. lebih kurang jarak umur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 15-1-2016 11:01 AM
True love tu diragui la jugak.. ada kes celine pernah curang.. arwah suami pun ada kes jgk rasanya ...

Yeke uols..tp knowing tabloid holiwud mmg suka je reka benda xde. Aritu kata kylie jenner buat silicon nenen lah..tgk kecik molek je nenen sheols. Pastu kata dia peknen anak tyga lah..merapu sgt gossip depa.

Kalau betul pun..biasalah.boring jugak ngadap cendawan kecut...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 15-1-2016 08:41 AM
ramai pesakit kanser tup2 meninggal dah

Dulu belajar kt skolah pondok cikgu kata...kalau sesape sihat sekalipon sampai ke waktu tua..musti mati kena kanser jugak uols.kecuali mati mengejutlah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
getarsukma replied at 15-1-2016 11:01 AM
True love tu diragui la jugak.. ada kes celine pernah curang.. arwah suami pun ada kes jgk rasanya ...

Mungkin dorg amalkan open marriage.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:45 AM | Show all posts
Dulu adiknya juga akibat kanser sekarang suaminya semoga beliau terus tabah lepas2 ni elok le keluarkan single baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:47 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 15-1-2016 04:38 AM
sedihnya berita2 2 minggu ni

over nau
move on plis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2016 11:51 AM | Show all posts
getarsukma replied at 14-1-2016 10:01 PM
True love tu diragui la jugak.. ada kes celine pernah curang.. arwah suami pun ada kes jgk rasanya ...

sebab celine dion ni orang kampung me,
susah nak dengar cita buruk pasal dia ni kat sini,
peoples adore her so much..
banyak buat kebajikan pula tu...

suka cara dia dengan anak anak dia, penyayang ya amat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:54 AM | Show all posts

srott srottt tau semua dah la mati kanser .rene ni dah lama kan battle dengan kanser.kira lama jugak la beliyau bertahan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 11:58 AM | Show all posts
bapak si Anglil ni org syria...apa agamanya..????
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 15-1-2016 11:51 AM
sebab celine dion ni orang kampung me,
susah nak dengar cita buruk pasal dia ni kat sini,
people ...

Biasa la manusia ada baik, ada buruk..

Penerimaan dan tolerance manusia pun berbeza.. tgk karats retis bertelagah dan karats politik bercekau kat forum ni cukup la...

Tak bermaksud pun nak ckp buruk pasal dia.. bila org ckp true love tu terus teringat. gossip love affair mereka... just thinking out loud..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.369355 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list