CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2075|Reply: 10

[Gempar] 2.7 Juta Rakyat Indonesia Jadi Pengganas - BNPT

[Copy link]
Post time 22-1-2016 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Masyarakat dunia kini sedang dalam "kebimbangan dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam, tetapi berkelakuan ganas dan membunuh orang yang tidak berdosa.  Kegiatan keganasan seperti serangan berani mati ditempat awam mula menular dan pelaku serangan bom yang dikaitkan dengan militan DAESH perlu dipandang serius oleh semua pihak.


Baru-baru ini, media tempatan Indonesia, Tempo melaporkan, Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) mendedahkan seramai kira-kira 2.7 juta atau 1 peratus dari rakyat negara itu terbabit dalam kumpulan pengganas.






Penganalisis BNPT, Sidratahta Mukhtar memberitahu, jumlah itu belum termasuk mereka yang terpengaruh dan simpati dengan kumpulan berkenaan.


“Jumlah itu kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Indonesia. Mereka yang didapati terbabit dengan kumpulan Daesh pula kira-kira 0.004 peratus daripada jumlah penduduk Indonesia iaitu lebih 1,000 orang. Angka itu sudah cukup besar,” katanya.


Pada 2014, seramai 60 penyokong ISIS di Indonesia. Namun, jumlahnya melonjak kepada 1,000 orang tahun lalu dengan 100 daripada mereka pergi ke Syria.


BNPT menganggarkan terdapat sekitar 12 jaringan pengganas di negara itu dan jumlahnya sedang meningkat dengan pantas.


Tambahnya lagi, kumpulan baru seperti rangkaian Bahrun Naim dikatakan menjadi dalang dalam serangan berani mati di Jalan Thamrin, Jakarta minggu lalu.









“Jaringan kumpulan ini sudah ada di Jawa, Bima, Aceh dan beberapa wilayah lagi,” ujarnya. - Agensi berita/CARI Infonet.


Jika difikirkan, fahaman dan perjuangan militan DAESH sudah jauh terpesong dari ajaran sebenar agama Islam. Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya menyeru perpaduan dan keamanan. Jika terdapat anasir-anasir atau ancaman yang hendak merosakkan agama Islam, ianya hendaklah ditangani dengan cara yang berhemah, bukan dengan keganasan, kekacauan dan berbunuh-bunuhan. Mungkin ramai yang sudah dipesongkan dengan erti sebenar Jihad. - CARI Infonet.








*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 04:39 PM | Show all posts
calling @pyropura
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Haii mas apa khabar @cinamedun
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 05:39 PM | Show all posts
ntah betul x Islam. mesti syiah,,indon ramai syiah huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 06:07 PM | Show all posts
takot letew gomen kafir indon

kalo puak kafir kata pengganas tu erti nye mujahid la

abih tu israel & amurika bukan pengganas ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 06:14 PM | Show all posts
Masyarakat dunia kini sedang dalam "kebimbangan dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam, tetapi berkelakuan ganas dan membunuh orang yang tidak berdosa.  Kegiatan keganasan seperti serangan berani mati ditempat awam mula menular dan pelaku serangan bom yang dikaitkan dengan militan DAESH perlu dipandang serius oleh semua pihak.


Baru-baru ini, media tempatan Indonesia, Tempo melaporkan, Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) mendedahkan seramai kira-kira 2.7 juta atau 1 peratus dari rakyat negara itu terbabit dalam kumpulan pengarnas.


habistu apa agama sebenar mereka?  judaism?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah lokal pasti tersenyum bangga kan sis.merekan kan suka bunyi letup2 persis iraq..semoga elohim cashkan dgn bencana alam jah saki terrorist sunni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 08:37 PM | Show all posts
rokarina replied at 22-1-2016 05:39 PM
ntah betul x Islam. mesti syiah,,indon ramai syiah huhu

kah3 awat panaih pungkok ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jihad.. jihad nafsu diri la tgk cam ne
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nist02 replied at 24-1-2016 11:41 PM
Nak jihad.. jihad nafsu diri la tgk cam ne

Cuba letak tino seksi ngk leh jijad napsu idok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 22-1-2016 08:46 AM
Haii mas apa khabar @cinamedun

Hahahahaha...

@cinamedun aka @malazya
Dua ekor terrorist indon sampah lahanat...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053052 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list