CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1783|Reply: 1

Steve Harvey, Miss Colombia Bakal Hos Bersama Miss Universe 2016?

[Copy link]
Post time 31-1-2016 11:22 PM | Show all posts |Read mode

Foto: eonline.com

Steve Harvey dan Miss Colombia Ariadna Guttierez disatukan sekali lagi untuk segmen khas rancangan ‘Today’ di Amerika Syarikat. Foto -Youtube

Pengacara Steve Harvey tidak menolak cadangan jika disatukan bersama Miss Colombia Ariadna Gutierrez sebagai hos bersama Miss Universe 2016.

Dalam satu wawancara khas bersama rancangan “Today” di Amerika Syarikat, pelawak dan personaliti televisyen terkenal itu setuju dengan cadangan itu.

“Sekarang ini, beliau merupakan peserta Miss Universe paling terkenal ketika ini.

“Saya berani bersumpah wanita ini bakal berada di pentas itu (Miss Universe 2016),” kata Harvey.

Wartawan Natalie Morales yang menemuramah Harvey dan Gutierrez mencadangkan agar Miss Colombia itu membaca dan mengumumkan pemenang kali ini.
Gutierrez kemudian pantas menjawab dan bersetuju dengan cadangan itu.

Harvey dan Gutierrez disatukan sekali lagi untuk segmen khas rancangan ‘Today’ setelah Gutierrez menjadi tetamu untuk program khas yang dikendalikan oleh Harvey iaitu Miss Universe: The Truth.

Dalam segmen itu, Gutierrez memberitahu beliau telah memaafkan Harvey atas kesilapan yang berlaku di pentas akhir Miss Universe 2015.

Ketika itu, Harvey mengumumkan Gutierrez sebagai pemenang walaupun pemenang sebenar adalah Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.

Harvey menandatangi kontrak bersama pihak Miss Universe Organization sebagai hos untuk beberapa tahun. -wanista


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2016 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Good for her
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.108222 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list