Ayda Jebat Bimbang Pilihan Pelakon Lelaki Olehnya Undang Kata Negatif
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kini telah diberi penghargaan daripada pengarah tersohor, Osman Ali untuk memilih calon hero dalam filem terbarunya. Namun, masih tidak ada lagi yang bersesuaian dan adanya pula sudah mempunyai komitmen yang lain.
“Bila diberi kepercayaan kadang-kadang kita tahu siapa yang peminat mahukan saya untuk bergandingan dalam sesebuah filem itu. Ramai yang bagus dan meletop tetapi yang sesuai dengan kita masih belum ada. Apa yang peminat mahukan kita tahu,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran single keduanya berjudul ‘Pencuri Hati’.
Sungguhpun diberikan peluang untuk memilih sendiri aktor yang dimahukan, jujur akui pelakon ini dia begitu takut orang berfikiran negatif terhadapnya.
“Terus terang saya cakap, saya takut untuk memberikan cadangan artis lelaki mana yang saya mahukan, bukan apa takut orang cakap saya nak ‘try’ pula. Kadang-kadang takut juga bila dipilih Itu tak kena pula dengan watak dalam filem itu. Berlakon filem dan drama ini tak sama, jadi memang kena betul-betul yang boleh,” ujarnya. (rtky/h)
- petik dari rotikaya
Berlakon tak sebrapa dpt offer filem plak.. bagus nyee..
dapat pilih hero lagi... untung nya... padehal baru first time nak act filem..
Osman Ali bengap ke?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Osman Ali ni bukan setia dengan Maya Karin ke?
Dah beralih arah ke cmne?
Ayda Jebat ni, memang la sis tak berkenan.
takde aura, baik berlakon mahupun nyanyian.
kena tgok jalan cite camne...baru bole nmpk bayang hero...xpun amik aiman hakim aje la...tinggi..smart..bkasrima...single..(bdasarkan latest statement aiman la)
retis2 lelaki yg hot & glamor kebanyakkannya bakal kawin...dh kawin & ada yg kurang valid..hehehe...
hnya sgelintir yg masih ada market value..mcm aaron aziz..adi putra..remy..diorg ni pun not bad gak..org lama yg dh biasa act filem..
xyah la zul ripin..butiran dialog pn x clear...jenuh iols nk fokus apa dia ckp...kang ada aje fans mgamit memori lama 200%...bgasak plk dgn team or kokesen mek wil