CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26364|Reply: 327

[Tempatan] Setahun Tak Sentuh Nasi Nah Inilah Hasilnya Kecik Cenonet~

[Copy link]
Post time 10-2-2016 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Setahun tidak sentuh nasi      
  
                    
Kuala Lumpur: “Dulu saya suka makan lewat malam dan makan apa saja ikut selera tanpa memikirkan kesihatan. Tetapi apabila berat badan naik mendadak daripada 56 kepada 82 kilogram (kg), saya menyesal dan mula diet.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun berhempas pulas, kini saya dapat kembali kekal berat badan asal 56 kg,” kata Faezah Rahman, 34.


Kakitangan awam itu pernah mengalami masalah obesiti dan di atas kesedaran awal dapat membebaskan diri daripada masalah berkenaan.

Faezah berkata, rentetan daripada kesilapan lalu itu, dia menjadi seorang yang peka terhadap kesihatan diri dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman secara teratur selain menjaga pemakanan.


“Dalam tempoh berdiet kira-kira selama setahun, saya tidak minum minuman manis dan makan nasi.

“Saya adalah pengamal diet atkins iaitu mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia memperbanyakkan pengambilan makanan berasaskan protein tinggi seperti ikan dan ayam bagi menggantikan karbohidrat

“Setiap hari saya minum empat liter air masak bagi mengelakkan badan keletihan selain ia membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

“Saya juga mengamalkan senaman tekan tubi sebanyak 60 kali sehari untuk kecergasan dan mendapatkan bentuk badan menarik,” katanya yang bertekad untuk mengekalkan berat badan ideal sampai bila-bila.

Menurutnya, perubahan berat badan dapat dilihat dalam tempoh tiga bulan pertama dengan penurunan sebanyak 12 kg dan beberapa bulan kemudian menurun lagi lapan kg.

Sementara itu kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah,28, berkata, masalah obesiti yang dihidapinya beberapa tahun lalu menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya kerana menjadi mangsa kutukan rakan-rakan.

“Saya berasa kecil hati apabila rakan-rakan panggil gemuk dan panggilan itu juga membuatkan saya berasa rendah diri.

“Sejak itu, saya nekad mahu menurunkan berat badan dengan berdiet termasuk tidak makan malam dan berat badan turun kepada 60 kg berbanding 72 kg sebelum ini,” katanya.


      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 8:35 AM   
«         »
                     
FAEZAH






http://www.hmetro.com.my/node/113808











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bleh je x mkn nasik, ganti ngn roti.. tpi.cm aku x bleh tahan klo ade nasik beriani kambing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak dh stedy tk makan nasik dh setahun..sekadar penghias kekdahnya dipiggan hidangkan tghri or dinner ku..tp kdg gian jgk nk maln nasik byk2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2016 09:47 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 10-2-2016 01:43 AM
bleh je x mkn nasik, ganti ngn roti.. tpi.cm aku x bleh tahan klo ade nasik beriani kambing.

hamboiihhh alasan hangggg
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:48 AM | Show all posts
teringat rancangan tv yg gegeh g london weight management~pdhal kalau diet sendiri dan kawal makan, x perlu kot semua tu.
tahniah hakak ni dh berjaya!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:51 AM | Show all posts
awal tahun haritu, i start atkins. tak makan carbs. ada satu masa i nangis sebab i need sugar. mengada lebih. 20 hari pertama dalam bulan 1, i berjaya turun 5 kilo. azamnya bulan dua ni nak turun lagi 7 kilo. moga2 berjaya dan jadi kurus macam akak di atas tu. hiikhikhikhik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 09:52 AM | Show all posts
gambo sebelum mana kaka? nak tenggok
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:55 AM | Show all posts
pengalaman my aunty...join slim world..awal2 nak join dah kena bayar rm20k...extra minyak ntah apa tak tau la brapa ribu in total yg dia dah habis kat situ ja. but mmg dia kurus n badan mantap...

after a year tak pi slim world.tapi jaga makan,...still melayut balik n celulit naik banyak gila..but kali ni lemak dia naik tak merata..buruk gila..mcm berketul2..

so at last dia jogging every weekend,minum air suam je n control makanan..alhamdulillah makin fit n yang plng penting..SIHAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 10:00 AM | Show all posts
rospinki replied at 10-2-2016 09:46 AM
Akak dh stedy tk makan nasik dh setahun..sekadar penghias kekdahnya dipiggan hidangkan tghri or dinn ...

kurus x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:01 AM | Show all posts
Perempuan bila dah slim mulalah pakai seksi-seksi dan ketat2.
Hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2016 10:02 AM | Show all posts
bellaa replied at 10-2-2016 01:52 AM
gambo sebelum mana kaka? nak tenggok

gambar sebelum dia tak letak dekk bell
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah yg terbaik....dari mkn slimming pill atau apa2 tah suppliment yg dtgkan kesan sampingan....pejam celik dah sethn...badan pun sihat
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 10-2-2016 10:00 AM
kurus x?

Entah..lagu tu jah dok menten 52-53 tp dlu berat cecah 60 jugak oii
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:11 AM | Show all posts
rospinki replied at 10-2-2016 10:08 AM
Entah..lagu tu jah dok menten 52-53 tp dlu berat cecah 60 jugak oii

slim la tu. kot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi...tekan tubi 60 kalisari....tapibadan memang lawa la kak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 10-2-2016 10:11 AM
slim la tu. kot.

Tak slim sgt..sedang2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan nasi beras faezah pun ok klu gian
Pahtu mkn sayur hjau byk2
Minum air masak
Jgn ambk mknan manis2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:22 AM | Show all posts
ok la tu jaga makan..diet..

jgn hadap makan slimming pil sgt..

tp jgn obses sgt...\

tak best pu;lak bodi cantik tp dok tahan selere makan...

bodi cantik pun best tgk depan cermin je...


dpt makan nasi gak best...ha..ha


tp kalo nak diet kene had kan la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kalu badan rendah merayap memang kena jaga sgt2 berat badan.naik 1 kg dah nampak bam bam sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:30 AM | Show all posts
tak sabar nak start diet lepas bersalin nie! stress woo tengok badan time pregnant. tiap pagi bangun asik la positipkan diri dgn kata2 semangat each time masuk bilik air nak mandi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076782 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list