Kuala Lumpur: Pelakon veteran Wan Maimunah, 62, mendedahkan bersedia mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya dipertemukan dengan lelaki sesuai.
Pemilik nama sebenar Wan Maimunah Abdul Aziz ini tidak malu meluahkan perkara itu kerana pada usia sekarang dia perlukan teman di sisi.
Tegasnya yang terkenal dengan watak air mata, dengan adanya suami ada seseorang akan menemaninya terutama ketika sakit dan insan itu boleh membimbing serta menjadi imamnya.
Terdahulu Wan Maimunah mendirikan rumah tangga dengan usahawan makanan, Makpol Saimon dengan mas kahwin 'bimbingan ke jalan diredai Allah'.
Namun bahtera yang dibina pada 13 Disember 2013 itu tidak kekal lama apabila pasangan ini bercerai pada April tahun lalu.