CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17039|Reply: 20

Brother Amin Beyond Amuk JPJ Pulau Pinang mati ditembak 7 kali

[Copy link]
Post time 11-2-2016 11:08 PM | Show all posts |Read mode
PENIAGA NASI KANDAR MAUT DI TEMBAK

GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi.

Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar.

"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.

http://www.bharian.com.my/node/123209




ada kaitan dgn sindiket yg klon geran kereta? baru tahun lepas Syed Amin Zainul Abidin maki hamun JPJ pulau pinang


https://www.youtube.com/watch?v=Zs0vXAGFuRg



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2016 11:16 PM | Show all posts
gambar kutip dari thread http://mforum.cari.com.my/forum. ... 955419&mobile=2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 11:20 PM | Show all posts
NationHome > News > Nation
Thursday, 11 February 2016 | MYT 12:57 PM
Businessman shot dead was on bail for allegedly outraging modesty of JPJ officer
BY P. DIVAKARAN



PETALING JAYA: The businessman who was shot dead in front of a superbike shop in Penang had been out on bail for accusing the Road Transport Department (JPJ) of corruption in a rant that went viral on social media.

The six-minute video that went viral late last year showed Syed Amen Jainul Abdin (pix), 46, outside a JPJ branch as he ranted about not being able to renew a permit for his car although he claimed that all his documents were in order.

Syed Amen, who ran a nasi kandar restaurant and a car wash centre, claimed trial at a magistrate’s court in George Town on Dec 31, to a charge of outraging the mo--desty of JPJ officer Asymal Man-sur, 41, by uttering profanities and also saying, “You all semua makan rasuah (All of you take bribes)".

The incident allegedly occurred outside the lobby of the Batu Uban JPJ branch in Gelugor at around 4.45pm on Nov 26.

Syed Amen, from Jalan Tun Dr Awang in Bayan Lepas, replied “Yes” when asked if he understood the charges. The offence under Section 509 of the Penal Code carries a jail term of up to five years or a fine, or both.

His defence counsel Rosli Ismail had said that his client owned seve-ral vehicles and discovered that he could not renew his road tax.

“I advised him to go to JPJ to enquire why his vehicles’ road tax could not be renewed.

“When he went to JPJ, the officers informed him that one of his vehicles had been booked in 2013 in Baling, Kedah, and that the same vehicle had also been seized by JPJ in 2003,” he said.

Magistrate L. Umma Devi had granted bail at RM3,000 in one surety, and fixed Feb 17 for mention pending submission of documents.

Syed Amen was shot dead at point-blank range in front of a superbike shop in Jalan Datuk Keramat early Thursday after being tailed by two men.

Upon stopping, one of the assailants alighted from his motorcycle and fired six shots, five hitting the businessman, in the 3.30am incident.

Penang CID chief Senior Asst Comm Datuk Zakaria Ahmad said the assailant fired another shot at two Rela personnel guarding the shop but missed.

"It is too early to establish the motive. We will investigate this from every angle," he said.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/02/11/murdered-penang-businessman-was-out-on-bail-for-outraging-modesty-of-jpj-officer/


JPJ panas bontot?   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 11:23 PM | Show all posts
Maut ditembak, peniaga nasi kandar sudah ramal nasib yang bakal menimpa
Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 11, 2016 13:20 MYT

PENGUSAHA restoran nasi kandar yang maut ditembak awal pagi tadi, Syed Amen Jainul Abidin, 46, seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya.

Dalam satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya dengan nama pengedali 'Amin Beyond', Allahyarham yang merujuk satu kejadian tembakan, meramalkan perkara yang sama akan menimpanya satu hari nanti.

Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu.

Melalui status berkenaan, Syed Amen turut meluahkan dia tidak takut dengan kemungkinan itu kerana ajal dan maut ditentukan Allah.

Gerak hati itu dirasakan Syed Amen memandangkan dia ada menerima ugutan akibat kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukannya.

Difahamkan, Syed Amen aktif sebagai seorang aktivis dan banyak membantu usaha mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Dia juga pernah dianugerahkan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.

Tinjauan di akaun Facebook berkenaan mendapati log in terakhir Syed Amen adalah sekitar jam 2 pagi tadi.

Dia sebelum ini menggegarkan negara dengan kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lepas, yang didakwanya tidak jujur dalam menjalankan tugas sehingga mendatangkan kesukaran buatnya.

Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya di George Town, kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi.

Kes kini sedang disiasat polis.

http://www.astroawani.com/berita ... bakal-menimpa-93839

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 11:35 PM | Show all posts
Ini pula jawapan dari FB JPJ Penang berkenaan video Amuk JPJ:

Perkara : viral di facebook - lelaki buat kecoh di pejabat jpj cawangan batu uban pulau pinang
Kejadian berlaku pada 26 nov 2015 jam lebih kurang 4 petang di hadapan pintu utama pejabat jpj cawangan batu uban pulau pinang.
Pengadu telah cuba melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjawat awam apabila permohonan beliau untuk memperbaharui

Lesen kereta motor (lkm) / cukai jalan sebuah kenderaan milik beliau tidak dapat diproses kerana telah disenarai hitam oleh pihak pdrm atas kesalahan tidak memasang lampu motosikal pada siang hari pada tahun 2012.
Sistem senarai hitam pihak pdrm menggunakan nombor kad pengenalan pemilik telah menyebabkan semua kenderaan milik pengadu tidak dapat membaharui cukai jalan.

Penjelasan telah disampaikan dengan jelas oleh petugas kaunter.
Terdapat dua isu berbeza iaitu :
Senarai hitam pdrm yang menyebabkan pengadu tidak dapat memperbaharui lkm (cukai jalan) semua kenderaan milik beliau.
Senarai hitam jpj hanya ke atas sebuah kenderaan beliau yang pernah disita (dan telah dilepaskan kepada pengadu pada 30 oktober 2003) kerana mengalami ganggu usik pada nombor casis kenderaan .

Isu kedua - kenderaan milik beliau yang telah disita oleh jpj pulau pinang pada april 2003 kerana ganggu usik pada nombor casis.
Disita pada 17 april 3003 oleh jpj pulau pinang setelah kenderaan tersebut gagal semasa pemeriksaan puspakom dalam pemeriksaan penukaran enjin.
Jpj pulau pinang telah membuat siasatan dan telah mendapat pengesahan dari jabatan kimia pulau pinang pada 21 mei 2003 mengesahkan ganggu usik pada nombor casis.

Jpj pulau pinang juga telah menerima arahan dari bahagian kejuruteraan automotif agar kenderaan ini dilarang untuk dilesenkan.
Jpj pulau pinang telah menyenarai hitam kenderaan ini pada 14 ogos 2003.
Jpj pulau pinang menerima permohonan dari pengadu untuk mengeluarkan kenderaan dari sitaan jpj bagi digunakan sebagai barang alat ganti seperti mana surat akuan bersumpah bertarikh 29 oktober 2003 juga diikrarkan oleh pengadu di hadapan pesuruhjaya sumpah
Pada 30 oktober 2003 kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pengadu selaku pemilik berdaftar melalui satu surat aku terima yang ditandatangani oleh pengadu.

Pada 14 julai 2013, kenderaan ini telah ditahan oleh jpj kedah di jalan kulim-baling yang dipandu oleh seorang lelaki melayu lain dan melakukan kesalahan lesen kereta motor (road tax) tamat tempoh pada 09 februari 2004 dan tidak dilindungi insuran. Saman kepada pemandu dikeluarkan secara kendiri manakala saman kepada pemilik telah dikeluarkan secara pos berdaftar kepada alamat terkini dalam sistem jpj.
Saman pemilik telah dijelaskan di mahkamah baling pada 30 okt 2013 manakala saman pemilik tidak dijelaskan menyebabkan senarai hitam jpj dijana atas kenderaan ini sahaja.
Rumusan

Nombor k/p pengadu telah disenarai hitam oleh pdrm dari memperbaharui lesen kereta motor (cukai jalan) manakala senarai hitam jpj hanya ke atas kenderaan yang pernah disita pada tahun 2003 yang dilarang dari dilesenkan.

  pengadu juga tidak pernah membuat aduan atau pertanyaan kepada bahagian khidmat pelanggan jpj pulau pinang berkaitan masalah yang dihadapi sepanjang tempoh dari 26 nov 2015 hingga 29 dis 2015.

Pro jpj pulau pinang telah mengambil inisiatif mendapatkan nombor telefon pengadu dan menghubungi pengadu beberapa jam selepas video dimuat naik dalam laman facebook, namun pengadu enggan memberi kerjasama dan berjanji untuk menghubungi pro semula. Malangnya sehingga jam 5 petang tiada panggilan diterima oleh pro dari pengadu.

Pro jpj pulau pinang terus mengambil inisiatif menghantar mesej kepada pengadu dan memaklumkan akan status sebenar masalah yang dihadapi bagi memudahkan beliau menyelesaikannya.




posting ini telah dipadam........ tapi masih boleh jumpa dalam google cache  


https://www.google.com/search?q= ... sm=122&ie=UTF-8



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:38 AM | Show all posts
Anggota Rela meronda kat sana ada plak pekerja akhbar cakap mereka jaga kedai. Dasar bahalol hidup susah sampai jadi lagi dungu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2016 12:01 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2016 01:06 AM | Show all posts
apasal JPJ panas bontot????  



SABTU, 13 FEBRUARI 2016 @ 4:18 PM
Jangan kaitkan JPJ dengan kematian peniaga - Pengarah


PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang, Noorul Habib Abdul Guduse. - Foto Amir Irsyad Omar.

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan mereka dengan kematian seorang ahli perniagaan di Georgetown kelmarin.

Pengarahnya, Noorul Habib Abdul Guduse, berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan yang mengaitkan JPJ dengan kematian Syed Amen Jaizul Abidin berikutan satu kejadian di bangunan JPJ Batu Uban, Gelugor yang menjadi viral di media sosial penghujung tahun lepas.

"egawai kami sedang meneliti semua bukti termasuk rakaman sidang akhbar yang dibuat oleh sebuah organisasi bukan kerajaan yang menuduh JPJ terlibat dengan kematian Syed Amen.

"Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membersihkan nama JPJ serta kami mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhenti daripada menabur fitnah terhadap kami," katanya kepada pemberita pada Ops Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.

Syed Amen, 46, maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi pada 3.30 pagi kelmarin. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124062


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 03:09 PM | Show all posts
Sepatutnya isu ni dibawah bod CI, bukan mitos lagenda atau sejarah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2016 03:18 PM | Show all posts
robotech replied at 15-2-2016 03:09 PM
Sepatutnya isu ni dibawah bod CI, bukan mitos lagenda atau sejarah.

nie akan menjadi kes bunuh yg tidak dapat diselesaikan spt kes bunuh pengarah kastam kat putrajaya gak  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 03:35 PM | Show all posts
Acong replied at 15-2-2016 03:18 PM
nie akan menjadi kes bunuh yg tidak dapat diselesaikan spt kes bunuh pengarah kastam kat putrajaya ...

Soalnya belum jadi mitos lagipun. Agak2lah. Kubur orang tu pun tak habis lagi merah, siasatan masih berjalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2016 03:37 PM | Show all posts
robotech replied at 15-2-2016 03:35 PM
Soalnya belum jadi mitos lagipun. Agak2lah. Kubur orang tu pun tak habis lagi merah, siasatan masi ...

aku agak kes nie juga akan jadi legend cam kes mona fendi  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:19 PM | Show all posts
Tuduhan bahawa JPJ terlibat masih satu mitos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2016 05:52 AM | Show all posts
radhi replied at 15-2-2016 05:19 PM
Tuduhan bahawa JPJ terlibat masih satu mitos

siapa yg tuduh JPJ? awat panas bontot?   
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 12:50 PM | Show all posts
rasa mcm budak Melayu jah.

badan kurus. gaya jalan. gaya pailang selamba


@MissNigga
@kucen_miang
@Bedah.Cun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 01:11 PM | Show all posts
Syd replied at 18-4-2016 12:50 PM
rasa mcm budak Melayu jah.

badan kurus. gaya jalan. gaya pailang selamba

iols dah agak ,,, sure kes ni timbul balik selepas bidio CCTV ni tersebar kat media sosial semalam

susah nak agak .. sebab jauh sangat ... ttp mmg kuruih ar ... then tyme menembak ... selumber jerrr.... cam dah expert pakai pistol
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:18 PM | Show all posts
MissNigga replied at 18-4-2016 01:11 PM
iols dah agak ,,, sure kes ni timbul balik selepas bidio CCTV ni tersebar kat media sosial semalam ...

ai ni tadi tak pasan.
ingat thread kat CI

kat CI pun ai dah tepek lagi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 01:36 PM | Show all posts
Syd replied at 18-4-2016 01:18 PM
ai ni tadi tak pasan.
ingat thread kat CI

awat masuk bod lagenda mitos bagai nie??

ler .. inalillah .. acong dah aruah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 02:23 PM | Show all posts
Syd replied at 18-4-2016 12:50 PM
rasa mcm budak Melayu jah.

badan kurus. gaya jalan. gaya pailang selamba

kurus remping pailang..mcm sinonim ngan seseorg.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.466950 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list