CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9254|Reply: 53

Klon Faizal Tahir : Rupa Ada, Suara Ada, Azri Boleh Femes Balik

[Copy link]
Post time 12-2-2016 12:03 PM | Show all posts |Read mode
   



                           

Azri bersama isterinya, penyanyi Salma Mentor. Foto Ihsan Instagram @azri_af9
   
         
               

   
    PETALING JAYA: Penyanyi Azri Abdullah memberitahu antara sebab dia menyertai program Seiras Seirama siaran Astro kerana ingin mengejar ganjaran disediakan oleh pihak penganjur bagi menampung kehidupan.

Azri, 29, yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-9 (AF 9) itu berkata, dengan keadaan ekonomi tidak menentu dia sentiasa mencari peluang kerana ia sumber pendapatan untuk menyara keluarganya.

"Terus terang saya cakap antara sebab saya masuk Seiras Seirama kerana ganjaran hadiah wang tunai disediakan untuk pemenang.

"Saya sudah berkeluarga dan apabila nampak apa sahaja cabang yang boleh mendatangkan pendapatan saya tidak keberatan untuk mencuba," katanya kepada mStar Online.

Pada pertandingan yang diadakan pada Ahad lalu, Azri tampil dengan persembahan mirip ikonnya, Faizal Tahir namun peserta persis Ziana Zain iaitu Azlina Aziz menjuarai program berkenaan.

Azlina berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi manakala peserta lain tidak mendapat apa-apa ganjaran.

Dalam pada itu, Azri turut mengakui menggunakan program Seiras Seirama untuk mengangkat semula namanya dalam bidang seni.

Jelasnya, meskipun tidak memenangi pertandingan tersebut dia berharap ia sedikit sebanyak dapat memberikan impak kepada kariernya yang suram sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Azri tidak bimbang dilabel sebagai klon Faizal Tahir.

   


"Antara sebab lain saya masuk program ini adalah untuk membuat kemunculan semula dalam bidang seni dan berharap ia akan memberikan kesan kepada karier saya selepas ini.

"Saya mahu bangunkan kembali kerjaya saya dan program berkenaan adalah platform paling sesuai untuk berbuat demikian,"
katanya.

Dalam perkembangan sama, Azri berkata, dia tidak bimbang akan terus dilabel sebagai klon Faizal kerana apa yang dipertontonkan dalam Seiras Seirama bukan dirinya yang sebenarnya.

Jelas Azri, sebagai penyanyi dia mempunyai identiti tersendiri dan yakin peminat tidak akan membuat perbandingan di antaranya dan idolanya itu.

"Sebenarnya semenjak menyertai Akademi Fantasia dahulu orang sudah mula mengatakan saya seperti Faizal tetapi lama kelamaan mereka mula nampak diri saya yang sebenar.

"Faizal adalah idola dan semangat untuk saya terus berjuang dalam bidang muzik dan bukan ingin menjadi sepertinya tetapi mencapai kedudukannya pada hari ini," jelasnya.

Sementara itu, Azri berkata, dia bakal melancarkan single duet terbaharu bersama isterinya, Salma, 26, yang juga bekas juara program Mentor musim kelima.

Jelasnya, lagu berjudul Jiwa Bersatu ciptaan oleh Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyper Act itu diharap dapat diterima baik oleh peminat selepas sekian lama tidak muncul dengan produk terbaharu.

"Saya berduet dengan isteri kerana ingin melakukan sesuatu yang istimewa bersama tambahan pula dia sangat berbakat besar sebagai penyanyi.

"Sayang jika tidak diketengahkan dan Alhmadulillah kami dapat bergangingan selain berharap impak daripada program Seiras Seirama dapat memberi ruang kepada lagu berkenaan untuk diberi perhatian oleh pendengar,"
ujarnya.

Azri dan Salma atau nama sebenarnya Salma Andi-Asis berkahwin pada 31 Januari tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Andi Raisya yang berusia empat bulan.

mStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 12:07 PM | Show all posts
Dik oii berlambak kerja kat luar tu yg boleh ko buat dik.. nk dgn tidak jer..klu dh rezeki ko bkn dlm nyanyian g la kerja kilang ke,kerja fast food ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm sendu :zz
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:14 PM | Show all posts
dia okey je cuma peluang tu dia kena cari dan dapatkan lagu yang strong bar boleh berjaya. Kena lebihkan usaha, cari moal sikit dapatkan lagu dari komposer yang hebat ..Inysa Allah akan berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 cari peluang ni sampai laki bini join seiras seirama. Harap laku lah balik dengan single terbaru tu. Serius salma 25? Ada iras-iras rebecca islam plak kat picca atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:21 PM | Show all posts
Mcm ni la lelaki
Ada rs tanggungjawab
Eso bila da kahwen n ada anak

Ada lelaki jenis wat bodoooo je
Dah branak pinak rilek dok umah mak ayah
Dgn alasan sakit xleh keje
Masuk berita mintak derma

Mcm xde maruah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 12:23 PM | Show all posts
Dia ni artis bawah label hypebeat kan.. sama dgn Hyperact. Tgk komposer lagu dia ni komposer yg sama cipta lagu2  famous Hyperact. Harap sedap lah dan semoga sukses. Maybe sebab dia ni xde aura kot nak2 bini duk menempel nyanyi sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:35 PM | Show all posts
Duta lover replied at 12-2-2016 12:21 PM
Mcm ni la lelaki
Ada rs tanggungjawab
Eso bila da kahwen n ada anak

Off topic sat
Mcm mana pandangan chuols pulak dgn lelaki yg dah bercerai tapi balik dok dgn mak bapak?
Hina tak?
Tapi rumah yg mak bapak heols duduk pun mmg rumah heols lah asalnya
Keperluan hidup asas semua mak siap kan
Basuh baju, masak,kejutkan pegi keja
Kadang2 mak tak ada kat rumah, sanggup tunggu mak balik masak dari usaha keluar cari makanan sendiri
Apa chuols rasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 12:37 PM | Show all posts
Tengok Seiras Seirama ni masa Final aje
Satu program yg hauk dan iols tak tau pulak klon Faizal Tahir tu si Azri AF
Masa turn dia menyanyi tu off tune & pitching teruk sangat
Mana ilmu masa belajar kat AF dulu?
Group band heols pulak dah bubar ke skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpai bebila pun xkn popular mamat ni.. xde aura
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:58 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 12-2-2016 12:35 PM
Off topic sat
Mcm mana pandangan chuols pulak dgn lelaki yg dah bercerai tapi balik dok dgn mak b ...

Hina tu taklahTp jijik sket

Dok umah mak ayah tu x kesah
Sbb anak lelaki khennn tggjwb jaga mak n ayah
Tapi pleasela ada MARUAHHHH

Brg2 dapo tu patutnya mmg ko ler yg membayar
Tak tmasuk duit poket mak ayah ye
Dah sah2 dok free

Aku yg pompuan ni pun
Lpas je grad n kawen
Mmg malu sgt nak guna duit mak ayah
Kalau mak aku g pasaraya pun
Aku akan bayar wpun mak aku asik ckp xyah..ksian sbb aku x keje

X tergamak kot tgk mak ayah kita bayar
Sedangkan anak dia depan mata dah cukup sifat..da dewasa nak menanggung dioramas
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah azri ni ke yg Klinik faizal Tahir. Ada tgk ckit tp x cam
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 01:06 PM | Show all posts
Duta lover replied at 12-2-2016 12:58 PM
Hina tu taklahTp jijik sket

Dok umah mak ayah tu x kesah

Khenn
Berbulu mata aku nengok peel abg ipar aku tu
Tapi mak dia tak kisah...siapa lah aku nak berbulu segala kan
Lantak la family korang nak jadi apa

Matik la off topic dlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 01:53 PM | Show all posts
dia mmg penyanyi la sebelum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:02 PM | Show all posts
lor... dia da kawen ke ropenye.. x sangka plak ngan salma mentor ye.

Apa2pun doakan semoga murah rezki.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:15 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 12-2-2016 12:35 PM
Off topic sat
Mcm mana pandangan chuols pulak dgn lelaki yg dah bercerai tapi balik dok dgn mak b ...

anak mak. terlalu manjakan anak. ok tu ok kalau mak masih hidup. kalau mak dah takde nanti dia tak reti berdikari, buat macam tu pulak kat bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 02:16 PM | Show all posts
buat bisnes lah azri 20k tu hang artis, sekejap je boleh dpt 20k kalau hang buat bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:22 PM | Show all posts
tapi iolss suka dgn single Azri masa keluar AF dulu, Niskala. ada iras suara Faizal Tahir
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 12-2-2016 12:35 PM
Off topic sat
Mcm mana pandangan chuols pulak dgn lelaki yg dah bercerai tapi balik dok dgn mak b ...

Xleh makan mknn kt kedaii kot. Alergik
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Go anas tahir. Eh silap Go azri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.390103 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list