CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4928|Reply: 37

[Tempatan] {6}Berita awal 100 bot & kpl tentera China cabul air Msia PALSU - post 34#

[Copy link]
Post time 25-3-2016 04:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 29-3-2016 02:50 AM

Khamis, 24 Mac 2016 @ 10:16 PM


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Malaysia mengesan sekurang-kurangnya 100 bot dan kapal termasuk kapal pengawal pantai China di perairan Beting Patinggi Ali, Miri, Sarawak hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, sehubungan itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah mengerahkan tiga kapalnya ke lokasi terbabit.

"Pesawat Bombadier mengesan pergerakan nelayan terbabit. Aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah berada di lokasi terbabit," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai insiden itu tidak dimaklumkan.

Sebelum ini beberapa insiden pencerobohan oleh kapal pengawal pantai China dikesan di perairan sama.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/125212#sthash.XgTplMDG.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 05:57 AM | Show all posts
bukan ke dah lama mengadakan latihan dua hala .... x kira tentera prc ke amerika,   dah lama kasi dorg mendarat di Sabah,  bukan ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh. Sebarang negara boleh tumpang lalu  perairan negara lain. Itu undang undang antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 07:58 AM | Show all posts
Isu lama yg tak selesai. Dasar negara tak cukup tanah

http://www.bharian.com.my/node/95274


AHAD, 8 NOVEMBER 2015 @ 8:06 AM
Pertahan kedaulatan Beting Patinggi Ali


PADA pertengahan 2009, editor dan jurugambar majalah Chinese National Geography menjelajah dan mengambil gambar di kawasan Gugusan Beting Patinggi Ali. Tujuan mereka bukan sahaja untuk menulis dan mengambil gambar mengenai kekayaan dan kehidupan di dasar laut, malah memacakkan tanda kedaulatan kawasan itu pada 1 Mei 2009.

Bagi China, Shan Zhiqiang, Wu Lixin and Ma Hongjie sudah bertindak patriotik serta berjaya menyiapkan laporan terperinci, sesudah menjelajah kawasan terpencil penuh misteri itu.

Penjelajahan itu memungkinkan mereka menerbitkan beberapa laporan dalam keluaran khas majalah 600 halaman itu, pada Oktober 2010. Berdasarkan gambar disiarkan, kawasan itu memang cantik, setanding kecantikan kawasan batu karang lain di dunia.

Kini, nelayan laut di Miri dikatakan semakin takut mendekati kawasan perairan gugusan terbabit kerana ancaman dan ugutan kapal pengawal pantai negara China sejak Mei lalu. Pengawal pantai dari China sentiasa berlegar dan memantau pergerakan nelayan kita di sekitar Beting Patinggi Ali.

Sebenarnya, kapal asing terbabit mengawal kawasan itu sejak tiga tahun lalu. Setiap kali nelayan Sarawak hampiri kawasan itu, mereka pasti dihalau dan diugut pengawal pantai China.

Pusat tangkapan ikan popular

Kawasan itu juga adalah pusat tangkapan popular nelayan asing dari Vietnam dan Thailand, tetapi kini dikuasai nelayan China. Kita tidak boleh biarkan China bersultan di mata dan beraja di hati. Sebagai negara berdaulat, kita perlu tunjukkan kita juga ada maruah.

Walhal, selama ini Beting Patinggi Ali milik kita kerana berada dalam perairan Malaysia. Bagi mereka yang arif mengenai sejarah Sarawak, Datuk Patinggi Ali adalah pemimpin masyarakat Melayu di Sarawak pada awal abad ke-19. Beliau menentang kerajaan Brunei ketika pemerintahan Pengiran Mahkota dan Raja Muda Hashim antara 1837-1840.

James Brooke melantik beliau sebagai ketua masyarakat Melayu pada 1841 dan begitu berjasa dalam mempertahankan pemerintahannya. Beting berkenaan diberi sempena nama pemimpin terbilang itu.

Apakah tujuan kehadiran kapal China itu di kawasan terbabit? Adakah ia sengaja dilakukan sebagai tindakan menguji atau sebagai tindakan provokatif? Mungkinkah keindahan dan kecantikan kawasan itu antara punca China mahu menceroboh dan menuntutnya? Atau kekayaan kawasan ini dari segi sumber minyak dan gas asli serta pelbagai jenis ikan menjadi punca ketamakan dan kerakusannya?

Sebagai kuasa besar, China tidak boleh amalkan prinsip, tujuan menghalalkan cara dengan bertindak sesuka hati terhadap negara kecil seperti Malaysia. Tidak masuk akal untuk China berbuat demikian kerana kawasan terletak 80 batu nautika dari Tanjung Baram, Sarawak itu berada di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia, berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982).

Peruntukan UNCLOS 1982 menyebut negara berpantai seperti dijelaskan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, berhak menuntut kawasan EEZ dan pelantar benua sehingga 200 batu nautika.

2,000 kilometer dari China

Beting itu terletak sekitar 2,000 kilometer dari Tanah Besar China. Justeru, tiada sebab bagi China menghalau dan menghalang nelayan kita daripada menangkap ikan di kawasan terbabit.

Lagipun, ia bukan kawasan 'tuntutan bertindih' antara Malaysia dengan negara lain. Dalam memori kolektif masyarakat Sarawak, terutama di Miri, Beting Patinggi Ali, berada dalam perairan Sarawak dan menjadi hak milik mutlak negara ini.

Tetapi, dengan perkembangan di Laut China Selatan dan tindakan agresif dilakukan China untuk menuntut kawasan yang begitu luas kebelakangan ini, sehingga mencetuskan konflik dengan Filipina, Vietnam dan Jepun, maka ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Apakah yang perlu dilakukan Malaysia untuk mempertahankan beting berkenaan?

Meskipun sedar akan sensitiviti isu terbabit, kita faham, betapa penting ia ditangani dengan bijaksana dan rasional berlandaskan undang-undang sedia ada supaya tidak menjejaskan hubungan diplomatik dan perniagaan dengan China serta menimbulkan konflik tajam sehingga merugikan banyak pihak.

Sebagai tanda ia milik kita, kerajaan perlu pacak Jalur Gemilang di pulau itu. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan Tentera Laut Diraja Malaysia perlu terus meronda, memantau dan mengawasi kawasan itu supaya kapal pengawal China tidak menceroboh dan seterusnya menuntut pulau itu sebagai hak milik mereka.

Kita perlu terus menghantar nota bantahan diplomatik supaya ia tidak terlepas daripada genggaman kita. Pastikan kedaulatan Beting Datuk Patinggi Ali tidak diceroboh dan terus dipelihara.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:22 AM | Show all posts
ultra78 replied at 25-3-2016 07:58 AM
Isu lama yg tak selesai. Dasar negara tak cukup tanah

http://www.bharian.com.my/node/95274

Khayalan pensyarah universiti pun mau heboh ka ? Hanya kenyataan rasmi pegawai tinggi tentera atau menteri yang relevan baru boleh caya la
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:25 AM | Show all posts
Kapal cina itu sendiri pun sentiasa diawasi kapal TLDM di situ. Macam mana nak kacau nelayan malaysia ? Bangang betul kaki khayal sekor sekor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2016 08:24 PM | Show all posts
Menteri Pertahanan buat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 08:24 PM | Show all posts
China ni adek beradek Israel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawa ke tribunel antarabangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Greed = China PRC

new meaning of greed..
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:05 PM | Show all posts
Menteri Pertahanan HARUS MELETAK JAWATAN jika gagal mendaulatkan Beting Patinggi Ali
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:12 PM | Show all posts
Benda ni dah lama lah..bertahun2 dah...2.6 biliun je penting, kedaulatan negara xpenting, benda mcm ni rakyat & politician bukan ambik kisah sgt pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:14 PM | Show all posts
keys replied at 26-3-2016 08:24 PM
Menteri Pertahanan buat apa?

hakak tlg jawabkan boleh... "kak Sham" bz dengan anak hekan uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2016 10:43 PM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 26-3-2016 11:21 PM

Pulau Batu Putih dgn singapura pun ngalah...
apa lagi China...


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:49 PM | Show all posts
si_buta replied at 25-3-2016 08:25 AM
Kapal cina itu sendiri pun sentiasa diawasi kapal TLDM di situ. Macam mana nak kacau nelayan malaysi ...

betol ker nih???


abis,lau bole lalu teritori negara orang,bole seludup barang,curi ikan,bole buat "deal" tengah laut...............klau nk port ke pe(dh memang dekat ngan pantai),seludup orang???

knapa serang nelayan vietnam ,nelayan cina cam tu??bia je lah

klau sume kapal bole lalu perairan antarabangsa,aku paham lah




pencerahan mohon
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 10:51 PM | Show all posts
smpai bila la nk jdi cmni

ngan indon kite brani bising

pasnih,sabah lak hilangg??aritu batu putih

klau ilang seinci pun tanah,baek serah kuala lumpur terus,x dek beza

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 10:58 PM | Show all posts
China nak provoke M'sia sampai nak hantar 100+++ kapal nelayan, macam laaa M'sia ni negara besar berpopulasi ratusan juta, kecohhhh......

Indon dia hantar berapa bijik jerrr dah kecoh kesurupan.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:38 PM | Show all posts
revoc replied at 26-3-2016 10:51 PM
smpai bila la nk jdi cmni

ngan indon kite brani bising

Apa ko merengek ni nyok ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:41 PM | Show all posts
Mana ada bahalol nak tangkap ikan di tempat yang sama dengan 99 bot lain ? Setakat ummah ayam tumpang lalu pun ponen ponen singapura dan malaysia dah melatah kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 11:41 PM | Show all posts

Pergi makan ubat nyanyok cepat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.086906 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list