Wacana ekonomi di TER tadi duduk bersebelahan dengan Ustaz Zakaria Dagang. Sahabat seperjuangan ambe, Penolong SU PAS Terengganu yang selalu ambe panggil mesra Ustaz Ya.
Soalan pertama ambe bila bersua dengan nada bergurau, "kawan kite tu jenero tido dok Ust Ya?"
Ustaz Ya adalah insan dalam PAS Terengganu yang paling dekat dan paling mengenali siapakah yang ambe maksudkan 'kawan kite tu'.
"Kesian jugok kedia doktor. Sapa lagu tu sekali orang buat." Jawab Ustaz Ya dengan tulus.
Kawan kite yang dimaksudkan ialah YAB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman, orang sekampung Ust Ya, ADUN Seberang Takir yang ditentang oleh Ustaz Ya sendiri dalam PRU 13 lalu.
Dalam PRU 13, YAB Encik Ahmad Razif masih bernasib baik kerana di Seberang Takir terdapatnya sebuah kem tentera yang besar sebagai fixed deposit yang menjamin kemenangannya walaupun di peti undi kampungnya sendiri beliau tewas. Tanpa kem tentera tersebut, mungkin dengan izin Allah, Ust Ya yang akan duduk di kerusi tertulis ADUN Seberang Takir di Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Baik buruk perangai Encik Ahmad Razif ada dalam kepala Ust Ya. Tapi sedikit pun saya tak nampak riak wajah Ust Ya gambira dengan musibah yang sedang menimpa Encik Ahmad Razif sekarang. Akhlak Islam tak mengajar kita bergembira dengan musibah yang sedang menimpa orang lain sekali pun orang itu adalah lawan politik kita!
Syabas Ustaz Ya!