CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8643|Reply: 116

[Tempatan] Akhirnya, KAFA akui wujud masalah dengan Qu Puteh

[Copy link]
Post time 29-4-2016 10:11 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Walaupun Tan Sri Annuar Musa cuba menafikan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor seperti mengakui wujud masalah antara badan induk bola sepak negeri itu dengan penaja utamanya, Datuk Seri Hasmiza Othman. Jika tidak ada masalah masakan KAFA mahu mengadakan pertemuan dengan Dr Hasmizah atau lebih dikenali sebagai Dr Vida minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit membabitkan kedua-dua pihak. Ismail berkata, pertemuan itu perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah yang jika dibiarkan boleh menjejaskan prestasi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW). "Sebenarnya tiada isu besar yang boleh menjejaskan hubungan KAFA dan Dr Vida seperti yang dihebohkan di media sosial. Ia cuma isu kecil yang boleh diselesaikan dengan cara rundingan. "Sepatutnya kita harus mengelak daripada menggunakan media sosial sebagai gelanggang untuk memperbesarkan perkara remeh kerana akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi itu.

"Kami menghormati Dr Vida dan berharap rundingan yang diadakan minggu depan dapat menyelesaikan beberapa isu berbangkit membabitkan kedua-dua pihak," katanya ketika pada sidang media selepas Mesyuarat Pertemuan KAFA dan penyokong PQPTRW di sini, semalam. Yang turut hadir Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Datuk Nik Jaafar; Naib Presidennya, Muhammad Nasir Hamzah dan wakil kelab penyokong, Kelantan.Net. BH Sukan semalam melaporkan penyokong PQPTRW mahu Dr Vida dan Presiden KAFA, Annuar berbincang bagi menghentikan 'perbalahan' antara mereka demi kebaikan pasukan. Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi, berkata kenyataan demi kenyataan menerusi media berhubung nilai tajaan kepada PQPTRW harus dihentikan segera oleh kedua-dua pemimpin KAFA itu. Mengulas mengenai tajaan dari Dr Vida sebanyak RM8 juta setahun, Ismail berkata tajaan itu dibahagikan kepada gaji pemain, bonus pemain, peruntukan stadium dan juga penyokong.

"Namun wang tajaan itu tidak dibuat melalui akaun KAFA seperti yang sepatutnya. Dalam kes ini, Dr Vida seolah-olah tidak mempercayai KAFA untuk menguruskan duit tajaan, sebaliknya pembayaran gaji dilakukan menggunakan akaun peribadi miliknya, bukan akaun khas seperti yang dijanjikan sebelum ini. "Sepatutnya pihak penaja harus memberi mandat dan kepercayaan kepada kami untuk menguruskan wang tajaan itu kerana itulah sebenarnya konsep tajaan," katanya. Ditanya mengenai dakwaan peminat yang KAFA menyalahgunakan wang tajaan dan tidak menjaga kebajikan pemain, beliau berkata: "Sehingga hari ini, kita masih berada dalam masalah hutang lama yang terkumpul sebanyak RM5.5 juta. "Duit tajaan nampaknya banyak, tetapi perbelanjaan kelab dan stadium harus diambil kira sebelum penyokong melemparkan cemuhan kepada kami."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannn playerr jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tk nmpk kimia antara trw ngan qu puteh..mcm air dan minyak je konsep dia..ujung2 terpisah jua.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Balasan sebab selalu hina JDT.. Allah maha adil
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:38 AM | Show all posts
of course la kena ikut kontrak persetujuan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:40 AM | Show all posts
cepatnya bercerai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 11:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:47 AM | Show all posts
280 Juta baqhang..... sembang Vibadak nih babi golek pun bleh hidup balik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2016 11:47 AM | Show all posts
Ibarat retak menanti belah

KUALA LUMPUR 28 April - Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman menggambarkan, hubungannya dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ibarat retak menanti belah, namun beliau tiada jalan keluar dan perlu meneruskan komitmen penajaan terhadap skuad The Red Warriors.

Dr. Hasmiza turut mengakui, kurang percaya dengan ketelusan pengurusan Kafa dalam menguruskan kewangan adalah sebab utama beliau terpaksa mengawal sendiri wang tajaan, malah menegaskan, tindakannya itu telah menjamin pemain-pemain Kelantan menerima gaji sehingga Oktober ini.

“Sebenarnya saya sudah tidak ambil peduli dengannya (Annuar) sebab dia cakap dengan saya dia mahu beritahu kepada masyarakat pasal jumlah tajaan saya. Saya cakap silakanlah. Saya tidak ada masalah. Saya tidak takut dan sebab itulah saya cakap dari dulu mengapa saya mengenakan syarat.

“Sebenarnya, apabila saya letak syarat saya ada perjuangan dan saya ada penegasan mengapa saya perlu buat sedemikian. Seandainya duit diberikan semua apa akan jadi kepada pemain di masa akan datang sebab mungkin dalam tekanan bayar hutang mereka (Kafa) guna duit itu.

“Saya tidak mahu. Saya nak duit saya dibayar untuk gaji pemain. Jadi pemain tidak perlu risau sebab saya dah peruntukkan duit gaji sampai Oktober.

“Cuma saya tak bagi mereka (Kafa) duit. Saya pegang duit itu. Bukan saya tidak yakin cuma kurang percaya dengan mereka,” kata Hasmiza atau dikenali sebagai Dr. Vida kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Dr. Vida turut mengakui, prestasi Kelantan yang tidak dan semua masalah yang menyelubungi dirinya dan Kafa ketika ini sedikit sebanyak membuatkannya merasa bosan.

“Cuma saya macam tiada jalan keluar sekarang. Tengoklah saya kena kutuk macam-macam kalau keluar (berhenti penajaan) namun saya tidaklah mahu keluar penajaan sebab saya kena bantu Kelantan.

“Tapi kena ikut cara sayalah. Jangan sampai saya fikir, susahnya nak uruskan pasukan yang macam dah besar kepala, saya nak buat pasukan sendiri pun boleh,” katanya lagi, yang bagaimanapun menegaskan beliau tidak serik untuk melibatkan diri dalam bola sepak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:54 AM | Show all posts
Org nk taja dia pun nk taja,  org bagi duit kat yg ditaja urus,  dia plak nak mengurus yg ditaja.... kebabian apakah ini??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:54 AM | Show all posts
Org nk taja dia pun nk taja,  org bagi duit kat yg ditaja urus,  dia plak nak mengurus yg ditaja.... kebabian apakah ini??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:55 AM | Show all posts
patutla.. duit tak lalu org tengah... marah la org tengah. tak payah la taja orang macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang jer laaa ko Vida.....x menipu x sah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang jer laaa ko Vida.....x menipu x sah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 12:02 PM | Show all posts
opkos lah acik vida tak caye kat kafa sbb yg pegang kafa tuh politician
cer tukar bos kafa tu kpd pengurus sukan yg tiada kepentingan dlm politik,
sure masalah pengurusan sukan ni takde, tak pun kurang khennnnz
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:04 PM | Show all posts
ada orang post ni kat fb, betul tidak tak pasti

SITUASI TRW II

TRW bermula musim 2016 dengan bajet yang tenat. Gaji pemain untuk 2015 banyak tertunggak. Pemain import tidak ditawar kontrak baru. McKain ada kontrak 2 tahun.

Beberapa pemain berpindah dalam keadaan gaji masih belum dibayar sepenuhnya. Mereka membuat aduan ke FAM dan FIFA. Media banyak melaporkan isu ini dan semua peminat mengetahuinya.

Manaf, Faizal dan Muslim disenaraikan ke skuad 2016 kerana ada kebarangkalian beberapa pemain sedia ada akan berpindah ke pasukan lain seperti mana Fitri, Fakri dan Amir Taj.

K. Devan dilantik sebagai coach TRW selepas persetujuan dengan V. Sundramoorthy gagal dicapai kerana permintaan gaji sebanyak RM40,000 sebulan tidak mampu ditunaikan. Gaji K. Devan jauh lebih rendah.

Bila K. Devan dilantik, sesi trial pemain import turut diadakan. Namun tiada yang berjaya memikat panel kejurulatihan. D. Traore dipilih tanpa melalui trial. Disusuli pemain lain tanpa penilaian khusus K. Devan.

Apabila senarai pemain boleh dikatakan lengkap dengan bajet kewangan yang ketat, penaja utama sekarang iaitu Vida Beauty hadir untuk menyelamatkan kewangan KAFA yang tersepit. Berbagai janji dan kemasyhuran ditabur di media. Berbagai syarat yang pelik diminta.

Antaranya ialah KAFA diminta menjual produk Vida Beauty. Sebanyak 4000 keping tiket percuma untuk setiap perlawanan di KB juga diminta penaja. Selain itu, ada berbagai aneka syarat lain turut diminta sepertimana yang tersiar di media.

Gymnasium yang disediakan hanyalah ruang kosong tanpa peralatan. KAFA diminta membayar sewa kepada penaja utama dan membeli sendiri peralatannya.

Kontrak penajaan HORC ditamatkan dan Vida Beauty mengambil alih dengan jenama sendiri. Jersi rasmi bertukar daripada jenama Nike kepada DSV dengan warna tradisi turut kacau bilau antara merah dan pink.

Khabarnya akan ada pelancaran jersi design lain pada bulan April, namun masih belum kelihatan. Jersi terkini dilihat 80% sama dengan design musim lepas.

Penajaan terbaru ini hanya terhad kepada skuad Liga Super sahaja. Skuad Piala Presiden terkecuali. Mereka tidak menikmati penajaan Vida Beauty.

HORC membekalkan peralatan kepada pasukan seperti mana tertakluk perjanjian sehingga di mana ia tamat. Mengikut rekod sahih, HORC membekalkan lebih banyak peralatan berbanding penaja utama. Masih banyak lagi belum ditunaikan oleh Vida Beauty.

Keadaan terkini SSM4 tidak sepertimana yang dijanjikan. Cat pink separuh jalan. Tandas dan surau masih kekal seperti dahulu.

Akaun gaji pemain yang berasingan dan mempunyai beberapa panel pemantau masib kosong tanpa nilai di dalamnya. Akaun itu diwujudkan dengan alasan supaya ianya telus dan adil. Ia juga dilihat sebagai respon ketidakpercayaan penaja terhadap KAFA. Umum mengetahuinya kerana reputasi KAFA terhadap kewangan buruk di mata umum. Namun, ianya tiada baki sesen pun setakat ini.

Dipercayai KAFA mendahului pembayaran gaji dan diclaim semula dengan penaja utama. Isu kelewatan gaji masih berlaku sehingga 7 haribulan setiap bulan.

Inilah situasi TRW kalau nak tahu. Panjang lagi kisah. Ada lagi penceritaan. Biar faham dulu hok ni.

Bersambung esok. Tunggu ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:08 PM | Show all posts
tok vida takut org kafa salah guna duit tajaan aka ketirisan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku tak caya sangat ngn pengurusan kafa tapi akulagi tak setuju si vida ni masuk campur pasal kemajuan bola. Kalau masuk campur yang baik takpe ini nak kena ikut kepala dia memang tak setuju lansung aku.pakai pink segala tu amende la. Meluat aku ngn vida ni. Kafa pun satu kalau dah camni carik je la sponsor lain.hadap sangat duit vida ty sampai kena ikut buat benda2 bangang yang vida mintak tu adoyai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.074555 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list