CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2183|Reply: 22

[Tempatan] Tetiba cukai taksiran kediaman dikurangkan tapi di Sarawak sahaja

[Copy link]
Post time 29-4-2016 11:50 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kadar potongan cukai taksiran bagi kediaman di negeri itu dari 10 peratus sehingga sepenuhnya berkuat kuasa tahun ini.

Antaranya, kadar taksiran cukai kediaman bagi mereka yang membayar cukai sebanyak RM50 ke bawah yang kini dihapuskan.

Satu surat pekeliling daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak baru-baru ini turut memperincikan sembilan lagi kategori kadar cukai taksiran yang mendapat potongan.

Menterinya Datuk Seri Wong Soon Koh mengesahkan perkara itu, menurut laporan Borneo Post pada Khamis.


Selain penghapusan cukai bagi kategori pembayar cukai taksiran RM50 ke bawah, sembilan lagi kategori kadar penilaian kediaman menerima potongan dari 10 hingga 90 peratus.

Sebagai contoh, bagi mereka yang membayar cukai taksiran RM50.01 setahun, kini hanya perlu membayar amaun sebanyak RM5.

Manakala bagi yang dikenakan cukai taksiran RM100, kini hanya perlu membayar RM10 setahun.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak baru-baru ini turut memperincikan sembilan lagi kategori kadar cukai taksiran yang mengalami pemotongan.
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak baru-baru ini turut memperincikan sembilan lagi kategori kadar cukai taksiran yang mengalami pemotongan.

Bagi pembayar cukai yang telah menjelaskan cukai taksiran bagi tahun semasa, ia akan dikembalikan kepada mereka sebelum hujung Jun 2016.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk mereka yang sudah membuat pembayaran sebelum 2016.

Selain itu, majlis mesyuarat kerajaan negeri juga telah memutuskan supaya segala tunggakan cukai taksiran bagi pegangan yang telah dikenakan cukai taksiran RM50 setahun dan ke bawah dihapus kira berkuatkuasa 1 Januari 2016.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada 15 Mac lalu mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di Sarawak berkuatkuasa serta merta.

Langkah penurunan kadar penilaian kediaman itu merupakan antara 50 inisiatif  pentadbiran Adenan bagi meringankan beban rakyat negeri itu termasuk menghapuskan tol dan mengurangkan tarif elektrik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 11:51 AM | Show all posts
tetiba najib beri derma kepada gereja

Najib approves RM2m for St Jude's Church in S'wak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini namanya strategi.. masa dan tempat yang betul.. korang ape la tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:04 PM | Show all posts
ERMMMM.....deme ada kuasa....lantak deme laa....siapa la kita nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini dinamakan dedak.. Sikit2 sorang pun jadilah
.. Korang ape la tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:09 PM | Show all posts
HHAHAHA..........................
Tetiba masa aku nak bayar CUKAI PINTU apartmen low cost
kat Perdana Putera & Desaria AWAL TAHUN 2016 ni,
kerani beritahu - Kerajaan PKR SUDAH BAYARKAN.
Tak perlu bayar.
Syukurrrrrrrrrr................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 12:11 PM | Show all posts
sikit2 dedak

makpak korang bagi korang makan dedak ke waktu korang kecik2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:26 PM | Show all posts
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan cukai untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di Sarawak berkuat kuasa hari ini.

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 26 Februari mengenai pemansuhan cukai tanah, saya ingin menyatakan pemansuhan ini tertakluk hanya kepada pekebun kecil dengan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar (40 hektar) dan tanah kediaman.

Berkuat kuasa daripada 15 Mac (hari ini) cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah ini. Semua tunggakan dan surcaj akan dikecualikan,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuching hari ini.

Adenan berkata, keputusan memansuhkan cukai tanah ini akan melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada keseluruhan cukai tanah.

“Tanah pertanian pekebun kecil (kurang daripada 100 ekar) didaftarkan di bawah 173,752 pemilik dengan cukai sebanyak RM3.62 juta atau lapan peratus daripada jumlah cukai tanah manakala 186,670 pemilik tanah kediaman dengan cukai tanah sebanyak RM4.96 juta atau 11 peratus daripada jumlah cukai tanah,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 12:29 PM | Show all posts
KUCHING: Sarawak negeri pertama di Malaysia memansuhkan cukai tanah pertanian dan kediaman yang melibatkan geran tanah sebanyak 360,422.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, pemansuhan yang berkuat kuasa semalam (15 Mac 2016) diaplikasikan ke atas tanah pertanian dengan keluasan kurang 100 ekar dan kediaman.

“Merujuk kepada pengumuman yang saya buat pada 26 Februari 2016 (dalam satu majlis di Sibu) mengenai pelepasan cukai tanah, saya mahu menjelaskan pelepasan ini diaplikasikan kepada tanah pertanian kecil-kecilan, kurang daripada 100 ekar dan tanah kediaman.

Berkuat kuasa hari ini, 15 Mac 2016 (semalam), cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah-tanah ini.

“Semua tunggakan dan caj bayaran tambahan dibatalkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia dekat sini, semalam.

Adenan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata keputusan kerajaan negeri itu akan memberi kesan kepada 360,422 surat tanah melibatkan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai tanah di negeri ini.

“Sebanyak 173,752 geran tanah ini merupakan tanah pertanian (kurang 100 ekar) dengan nilai cukai RM3.62 juta atau lapan peratus daripada jumlah keseluruhan cukai tanah negeri.

“Manakala 186,670 lagi adalah tanah kediaman dengan nilai cukai RM4.96 juta atau 11 peratus daripada nilai keseluruhan cukai tanah kita,” jelasnya sambil menambah, keputusan itu menunjukkan Sarawak negeri pertama di Malaysia melaksanakan pemansuhan tersebut.

Sementara itu katanya, kabinet negeri dari semasa ke semasa akan membincangkan perkara-perkara berkaitan cukai taksiran untuk hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di negeri ini.

Katanya lagi, cadangan mewartakan 22 Julai sebagai cuti umum di Sarawak, sebagai memperingatkan hari Sarawak merdeka daripada penjajah juga akan dibincangkan di peringkat kabinet negeri dari semasa ke semasa.

“Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara-perkara ini nanti,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman dan Pengarah Jabatan Tanah & Survei Datu Sajeli Kipli.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:37 PM | Show all posts
alaaa sama la macam DAP.. tetiba janji nak bagi 2000 bas percuma kat bandar2 sarawak

nape tak cakap bagi bas free 5000 bijik kat pulau pinang je? nape sarawak? nape sekarang?

alaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ala sabarla .. nti kita dpt jga.. mulai tahun depan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya la... Kalau kerajaan dah bubar, pentadbiran yg handle sementara bole buat atau ubah sesuatu perkara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 06:28 PM | Show all posts
mase PRU or PRN xpyh kira bajet, semua jalan, lepas je hbs dh mng besar, snyap sunyi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 29-4-2016 04:37 AM
alaaa sama la macam DAP.. tetiba janji nak bagi 2000 bas percuma kat bandar2 sarawak

nape tak cak ...

DAP bukan nak sarawak tapi nak buat BN "weak" .  bila dah weak undi akan berpecah. dan BN susah nak dapat 2/3 majoriti masa pilihan raya umum

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 29-4-2016 06:56 PM
DAP bukan nak sarawak tapi nak buat BN "weak" .  bila dah weak undi akan berpecah. dan BN susah na ...

Yang pasti fuckatan harapan dah weak giler sampaikan lim kit siang pon ngaku kalah bila banyak kerusi kat sarawak dap vs pkr
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 29-4-2016 10:57 AM
Yang pasti fuckatan harapan dah weak giler sampaikan lim kit siang pon ngaku kalah bila banyak ker ...

dalam pembangkang yang gila kuasa dan tamak ramai. masing masing ada agenda masing masing. bangsa melayu di bawah pembangkang berpecah belah. berpuak puak ikut kepala sendiri. walaupun dia tahu ketua dia salah tapi tetap kata btul pasal di dari suku puak tu..


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 07:29 PM | Show all posts
tabur duit mcm tabur dedak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Macai sentap dengan dedak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.074567 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list