CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2404|Reply: 3

Harumnya Ayam Goreng Pandan!

[Copy link]
Post time 3-5-2016 03:46 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za




(Sumber foto: carian google)




Keharuman ayam goreng pandan boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa lapar, betul?




Penyediaanya yang tidaklah terlalu sukar, namun penggunaan bahan boleh dikatakan agak banyak.




Sebab itu ayam pandan sering dijual dengan harga agak mahal. Sediakan sendiri lebih berbaloi kan?




Bahan-bahan:


8 – 10 ketul ayam yang telah dibersihkan.
3 batang serai diketuk hancur.
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).
Perencah dikisar untuk peram:
5 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inchi lengkuas.
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil jintan putih.
15 biji cili padi/api.
100gm santan pekat.
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
1 sudu besar sos perasa tiram.
Garam dan minyak masak.




Cara-caranya:


1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam.


2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejeuk semalaman dalam bungkusan plastik.


3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi pembersih gigi (tooth pick).


4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.


5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba. - CARI Infonet




Sumber: Balannambiar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng memang sedap! Apa lagi kalau yang balut pandan!
Nyaaaaaaam!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya...ada ms lapang nak cuba la
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 05:44 PM | Show all posts
sedap...bulan puasa selalu buat ayam pandan nie...nyum...nyum....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.068630 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list