CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4192|Reply: 11

Canggih Sangat! Jepun Cipta Boleh Lihat Janin Bentuk 3D

[Copy link]
Post time 4-5-2016 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Buat ibu-ibu yang hamil mahupun sudah mempunyai anak, pastilah bab mengenai bayi 'makanan' baginya.

Ujian Ultrasound merupakan prosedur biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan bukan merupakan sesuatu yang luar biasa bagi ibu bapa untuk mengambil cetakan hitam putih gambar janin anak mereka.

Kali ini, ibu-ibu pasti teruja untuk melihat janin mereka berbentuk imej 3D. Satu teknologi baru iaitu percetakan 3D janin bayi bertujuan untuk memberikan ibu bapa pandangan yang lebih jelas mengenai bayi mereka.

Sebuah klinik di Jepun menawarkan untuk mencetak model janin dari dalam perut wanita yang sedang hamil dalam bentuk 3D. Kecanggihan teknologi baru ini memberi mereka satu salinan untuk dibawa pulang sebagai memori bukti kehamilan mereka.

Juruteknik menggunakan imbasan MRI dan teknologi yang dipanggil model Bio-tekstur, yang menukarkan data MRI ke dalam imej 3-D.

Kumi Mendoza seorang wanita yang sudah 7 bulan hamil berasa sangat gembira dapat melihat kandungan anaknya dalam imej 3D.

"
Hidung dan bibir bayi saya kelihatan begitu nyata dan seolah-olah kelihatan seperti sesuatu yang telah direka cipta oleh tangan manusia. Saya masih terkejut bahawa wujudnya mesin yang boleh menghasilkan sesuatu seperti ini," kata beliau.

Dengan wujudnya teknologi canggih ini, pemaju berharap pemodelan 3D juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan bayi dan ibu pada masa akan datang. Video ini menunjukkan kuasa teknologi baru yang direka oleh negara Jepun ternyata menghasilkan sesuatu yang sangat luar biasa. - CARI Infonet















Kredit : DigInfo



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Canggih!!!dgn syarat sonographer tu kena pro gila babilah...3D image US ni byk sgt noise kalau scanning angle x betul dan baby kuat gerak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...tapi mesti mahal kan..lagipun nak buat ape sngt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:47 AM | Show all posts
ummah melayu yg bakalan monopoli pakat nak buat nt..x caya? tgu la.kat fb kat blog kencang sembang nt. yg x mampu hnya duk diam bucu katil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:44 PM | Show all posts
Pasti jadi kegilaan para ibubapa terutama yang menantikan kelahiran anak pertama bila diperkenalkan di Malaysia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 02:21 PM | Show all posts
wahhh...bestnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 02:29 PM | Show all posts
periakuning replied at 4-5-2016 11:41 AM
Menarik...tapi mesti mahal kan..lagipun nak buat ape sngt..

nak tunjuk hebat ngan kengkawan lah ..., dah boleh buat baby .., kehkehkehkeh ...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:05 PM | Show all posts
hebatnya teknologi diorang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 08:17 AM | Show all posts
sampai ke tanah air harus jadi bahan utk ibu ibu bbnu nak show off kat social media
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 11:59 AM | Show all posts
dasyat gilerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 07:52 AM | Show all posts
masa mengandung anak 1st mesti ramai beriya nak buat..
nanti masuk anak ke 2,3,4,5.... pegi lukis atas kertas lukisan je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:34 PM | Show all posts
Mesti mahai lah..conform
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062782 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list