CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 12

[Tempatan] Laporan Tahunan KWSP 2015

[Copy link]
Post time 4-5-2016 11:29 AM | Show all posts |Read mode
3 intipati Laporan Tahunan KWSP 2015
Pritha Manivannan, Astro Awani | Mei 03, 2016 17:22 MYT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini membentangkan Laporan Tahunan 2015, dan berikut merupakan tiga intipati daripada pembentangan tersebut:

Kadar Pulangan
KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.40 peratus tahun lepas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, ini merupakan antara pencapaian terbaik KWSP pada 2015.
Katanya, ini kerana kadar ini dapat dicapai di samping keadaan pasaran meruap dan amat mencabar

Sumbangan Dan Aset Diuruskan
KWSP mencatatkan kenaikan 7.54 peratus jumlah aset pelaburan kepada RM684.53 bilion.
Ini berbanding RM636.53 bilion yang dicatatkan pada 2014.
Ia melaporkan pendapatan pelaburan kasar berjumlah RM44.23 bilion dengan pulangan pelaburan sebanyak 7.48 peratus.
Ini merupakan peningkatan 23 mata asas berbanding 7.25 peratus yang dicatatkan 2014.

Jangkaan 2016
KWSP optimis ia akan terus menjana sasaran pulangan 2 peratus di atas kadar inflasi.
Menurut Shahril, ini meskipun dengan cabaran dalam ekonomi global.
Katanya KWSP melepasi sasaran utama tersebut sejak 5 hingga 6 tahun lalu.
"Kami akan sentiasa kekalkan sasaran utama, iaitu mencapai kadar pulangan sebenar dua peratus di atas paras inflasi negara - Datuk Shahril.
"KWSP merupakan skim caruman tetap. Ini bermaksud kami akan sentiasa kekalkan sasaran utama, iaitu mencapai kadar pulangan sebenar dua peratus di atas paras inflasi negara.

"Sejak 5 hingga 6 tahun lalu, kami telah melepasi sasaran utama tersebut dan mendapat  kadar pulangan sebenar hampir kadar inflasi + 4%," kata Shahril.

Tambahnya pada suku pertama tahun ini, prestasi pasaran ekuiti tidak memberangsangkan bukan sahaja bagi KWSP tetapi bagi semua pengurus dana pelaburan di seluruh dunia.
Bank Negara Malaysia menjangka kadar inflasi akan tumbuh antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus tahun ini.


Link berita: http://www.astroawani.com/berita ... an-kwsp-2015-104394



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my...suku tahun pertama tak bagus...tapi ape kesannye ek? Ai tak pandai ekonomi..

Pengurangan caruman tu akan kacau pendapatan kwsp tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah,ta phm aku bnda2 gni..yg aku tau dpt ckit aku mrh,dapat byk aku suka
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 4-5-2016 04:15 AM
Ntah,ta phm aku bnda2 gni..yg aku tau dpt ckit aku mrh,dapat byk aku suka

Jujur sgt komen sis...i like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 12:23 PM | Show all posts
periakuning replied at 4-5-2016 11:43 AM
Oh my...suku tahun pertama tak bagus...tapi ape kesannye ek? Ai tak pandai ekonomi..

Pengurangan  ...

Aku pun tak pandai ekonomi haha. Tapi in terms of simple logic, sepatutnya terkesanla kan? Kurang modal untuk melabur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 12:23 PM | Show all posts
mh17 replied at 4-5-2016 12:15 PM
Ntah,ta phm aku bnda2 gni..yg aku tau dpt ckit aku mrh,dapat byk aku suka

hahaha aku pun sama!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
#respectmypm
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:29 PM | Show all posts
so artikel ni nak bagi tahu awal2 yang dividen tahun ni akan menurun ke apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 4-5-2016 12:17 PM
Jujur sgt komen sis...i like

Kih2,jgn kena kecam lpas ni sudah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mane kira kadar inflasi ni? Barang naik lebih 4%, tapi inflation cerita lain, gaji aku stuck increment 4% alasan inflation rate mcm tu, betul ke inflasi punya stat tu? Ke badan kerajaan syok sendiri jugak buat inflation statistics?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 01:13 PM | Show all posts
JokesCop replied at 4-5-2016 12:38 PM
Mcm mane kira kadar inflasi ni? Barang naik lebih 4%, tapi inflation cerita lain, gaji aku stuck inc ...

hoih jc update cite pat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 01:48 PM | Show all posts
JokesCop replied at 4-5-2016 12:38 PM
Mcm mane kira kadar inflasi ni? Barang naik lebih 4%, tapi inflation cerita lain, gaji aku stuck inc ...

inflation rate utk company kot?
Siapa pakar ekonomi ni ce cite.
Aku tau slogan inflasi sifar dulu2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
suku pertama mungkin x bgus sebab melabur, suku kedua, mungkin dpt keuntungan. hasil pelaburan suku pertama. cm tu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.540741 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list