|
Edited by AisyDani13 at 6-5-2016 12:59 PM
Pernah mengalami episod duka percintaannya dengan Mia Ahmad satu ketika dahulu, tiba-tiba bertebaran khabar angin yang menyatakan Saharul Ridzwan bakal berkahwin pada 16 September ini. Fuh!!! Lelaki kacak dan bergaya seperti Saharul Ridzwan sudah pasti mudah memikat hati mana-mana gadis yang disukainya. Persoalannya, jika benar khabar angin ini, siapakah si gadis yang berjaya mencuri hati hero Malaya ini?
Berdasarkan apa yang ditulis oleh Miss K di Astro Gempak, wanita bertuah tersebut adalah daripada kalangan orang biasa sahaja, bukanlah seorang selebriti. Gadis tersebut sudah mengenali Saharul sebelum jejaka itu terlibat dalam bidang lakonan. Lebih menarik, majlis perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung di Putrajaya dengan tema warna royal blue. Hmm.. Dah dapat bayangkan dah kehenseman Saharul Ridzwan memakai baju pengantin jika berita ini adalah benar.
Betul atau tidak, kenalah nantikan kepastian daripada empunya badan. Sekiranya benar, tahniah diucapkan. Walaupun ribuan hati para gadis akan remuk, namun kalau dah sampai jodoh, takkanlah nak ditangguhkan ye? Sama-sama kita nantikan confirmation daripada Saharul. Sumber Astro Gempak & BEAUTIFULNARA
|
|