CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500,000 Mohon Pr1ma

31-3-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6391| Komen: 14

Description: Menjawab Soalan Tambahan Fong Kui Lun (Dap-Bukit Bintang) Mengenai Projek Pr1ma Diberi Kepada 1mdb, Shahidan Menyatakan Pemberian Tender Itu Dibuat Secara Terbuka Dan Memberi Keutamaan Pada Tanah Kera ...
Kuala Lumpur: Projek Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sudah menerima 500,000 permohonan untuk fasa kedua yang memperuntukkan 80,000 unit baru pada tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, permohonan itu diterima menerusi dalam talian sejak ia dibuka pada Januari lalu.

“Projek ini melalui pelbagai peringkat dan perlaksanaannya diteruskan. Pemberian rumah ini diberikan mengikut syarat ditetapkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat di sini, semalam.


Menurutnya, permohonan PR1MA dibuka kepada mereka yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM7,500.

“Di Selangor 8,740 unit masih dalam pembinaan manakala Wilayah Persekutuan sebanyak 7,342 unit. Kami capai matlamat apabila meluluskan 80,444 unit tahun lalu,” katanya.

Katanya, keputusan pemberian PR1MA dibuat secara berperingkat sehingga mencapai 80,000 unit.

“Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Negeri dan swasta. Ada rundingan babit tanah swasta dan ia tidak boleh dinyatakan projek secara khusus untuk mengelak terencat rundingan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai projek PR1MA diberi kepada 1MDB, Shahidan menyatakan pemberian tender itu dibuat secara terbuka dan memberi keutamaan pada tanah Kerajaan Negeri dan swasta.

“PR1MA menanggung diskaun 20 peratus kepada semua perumahan dibina. Diskaun ini diberikan mengikut pelbagai kategori sama ada bujang, berkahwin dan mempunyai anak,” katanya.

1

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berancuk 28-3-2014 10:42 PM
bukankah rumahnya seluas faraj kera?
Quote dubuk 28-3-2014 11:12 PM
rumah pr1ma ni rumah bende. flat tinggi tinggi naik tangga ke naik lif
Quote clarizsa 29-3-2014 02:50 AM
ramainyaa pohon... berkualiti ke umah tu..
Quote JokesCop 29-3-2014 04:18 AM
Yolah tue open tender.. Pfffffttt..
Quote AbukRokok 29-3-2014 07:33 AM
mananya x ramai apply.... siap ada pacat mana pergi sebarkan viral dalam whatsapp kata pendaftaran utk melayu akan ditutup
berbondong2 melayu daftar dengan tergesa gesa
Quote jazaa 29-3-2014 07:38 AM
clarizsa posted on 29-3-2014 02:50 AM
ramainyaa pohon... berkualiti ke umah tu..

terpaksalah....
sekurang2nya dpt gak subsidi rm30k.....klu tidak terpaksa menyewa sampai pencen....
lainlah org kerja gomen.....memang jadi anak emas...
Quote kecimpret 29-3-2014 09:19 AM
Ramai bakal kuciwa nnt nih
Quote clarizsa 29-3-2014 10:39 AM
jazaa posted on 29-3-2014 07:38 AM
terpaksalah....
sekurang2nya dpt gak subsidi rm30k.....klu tidak terpaksa menyewa sampai pencen.. ...

setuju... org keje gomen pun apply gak kot..
Quote mak_wa95 29-3-2014 10:43 AM
30%sapa xhadap..bantuan awal persekolahan rm100 pun berebut2 makpak p ambik..marah cikgu lagi kata cikgu buat keje slow...
Quote melonmadu 29-3-2014 11:07 AM
clarizsa posted on 29-3-2014 02:50 AM
ramainyaa pohon... berkualiti ke umah tu..

nk kata berkualiti tu ntahlah ye..sbb aku rs pemaju tetap jugak ambk untung tentang rumah ni
aku pergi melawat satu projek prima..saje jalan-jalan..ruamh semi d tiga bilik, dua bilik air..luas rumah 25x40 kaki.  luas tanah 35x80 kaki..
rumah prima min saiz tanah 2800 kaki setahu aku..rega rm150k.
tapi sgtlah jimat aku rasa sbb pemaju tu buat bilik sederet di belah yg ada tanah n ruang tamu terus ke dapur disebelah yg bersambung dgn rumah sebela (hrp paham la ye)..maknanya kalau nk sambung rumah belah tepi yg ada tanah tu, kita bukan besarkan ruang tamu tp besarkan bilik tidur la..
atap plak bukan atap genting tp guna atap kilang

tp hall bersambung dgn dapur tanpa ada dinding..bukak pintu masuk terus nampak sinki n pintu dapur..ken akeluar duit sendiri lah nk ubah suai dapur tu..tya loyer fee katanya dalam 4ribu

bila lalu gambang pulak nampak rumah prima gambang, cantik dr luar..dlm tk pernah masuk..tp jauh dr banar lah. harga rm150k jugak
Quote clarizsa 31-3-2014 02:39 PM
melonmadu posted on 29-3-2014 11:07 AM
nk kata berkualiti tu ntahlah ye..sbb aku rs pemaju tetap jugak ambk untung tentang rumah ni
aku  ...

owh... camtu... layout design cm x best je.. huhu..
ape pun thanx for info... (*^﹏^*)
Quote melonmadu 31-3-2014 04:40 PM
clarizsa posted on 31-3-2014 02:39 PM
owh... camtu... layout design cm x best je.. huhu..
ape pun thanx for info... (*^﹏^*)

lain tempat lain pemaju mungkin lain harga n kos serta lain pelan lantai...cuba dulu tgk mana tahu ad yg berkenan

mgkin yg harga 300k lagi cantik
Quote maja07 1-4-2014 11:48 AM
siapa ada gambar rumah yg dah siap tak?
Quote pinkpunk 2-4-2014 08:34 AM
try apply gak.. tp main tekan luas mana nak.. mana pernah ukur2 rumah ni.. mana taw.. kekekek

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.185351 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top