CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Exodus: Gods and Kings haram tayang di Mesir

7-1-2015 11:19 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2098| Komen: 0

Description: Menteri Kebudayaan Mesir, Gaber Asfour berkata, langkah itu diambil selepas filem yang dibintangi aktor, Christian Bale banyak mengandungi kesilapan dan tidak mengikut sejarah apabila menampilkan Nabi ...


Satu babak dalam filem kontroversi, Exodus: Gods and Kings yang menampilkan Christian Bale membawa watak Nabi Musa dan terlibat dalam pembinaan piramid di Mesir. Kerajaan Mesir mengharamkan tayangan filem kontroversi Hollywood, Exodus: Gods and Kings, yang mengisahkan tentang Nabi Musa, sehari selepas kerajan Maghribi mengambil langkah sama.

Menteri Kebudayaan Mesir, Gaber Asfour berkata, langkah itu diambil selepas filem yang dibintangi aktor, Christian Bale banyak mengandungi kesilapan dan tidak mengikut sejarah apabila menampilkan Nabi Musa dan orang Yahudi sebagai pembina piramid.

Jelasnya, filem tersebut merupakan agenda golongan Yahudi yang berfahaman Zionis untuk mengubah fakta sejarah.

“Filem itu tidak tepat dan merupakan pandangan salah Zionis terhadap sejarah dan kerajaan Mesir tidak teragak-agak untuk mengharamkan tayangan filem berkenaan di negara ini,” katanya.


Keputusan berkenaan diambil berdasarkan perbincangan oleh satu jawatankuasa yang turut melibatkan Pengarah Majlis Agung untuk Kebudayaan, Mohammed Afifi dan dua ahli sejarah Mesir.

“Selain itu, babak berkenaan menonjolkan kejadian membelah laut sebagai fenomena air pasang surut berbanding muzizat Allah yang diberikan kepada Nabi Musa,” katanya. 

Walaupun pihak berkuasa pawagam Maghribi memberi lampu hijau untuk penayangan filem tersebut di negara itu, kerajaan membuat keputusan untuk mengharamkannya sehari sebelum pembukaan.
Filem ‘Exodus Gods and Kings’ dilaporkan diharamkan tayangannya di Mesir dan Maghribi selepas badan penapisan Mesir mengharamkan penayangan filem itu kerana mengandungi fakta sejarah yang menyimpang.

'Exodus Gods and Kings' lakonan Christian Bale kononnya menceritakan kisah hidup Nabi Musa. 'Exodus Gods and Kings' arahan Ridley Scott menelan belanja AS$140 juta turut diharamkan di Malaysia.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.078598 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top