CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Awie Melepas, Rozana Pula Dapat Hak Jagaan Sementara Anak

30-1-2015 02:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6933| Komen: 2

Description: Dokumen Nikah Tersebut Telah Disahkan Palsu Selepas Ia Didedahkan Kepada Mahkamah Oleh Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp ...
Awie Melepas, Rozana Pula Dapat Hak Jagaan Sementara Anak


KUALA LUMPUR: Kemelut tiga anak antara penyanyi Awie dan isterinya Rozana Misbun memasuki episod baharu apabila wanita berkenaan akhirnya memperoleh hak jagaan sementara anak-anaknya secara sah.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Ibrahim Deris selepas membuat keputusan itu dalam kamar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.

Ibrahim dalam penghakimannya memutuskan tiga anak Rozana, 36, dan Awie, 46, iaitu  Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diserahkan kepada Rozana sebagai ibu sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan oleh mahkamah.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.




Forum : http://bit.ly/1ySOXet


Mahkamah juga dalam penghakimannya turut memerintahkan pihak responden dilarang daripada mengambil atau mengacau anak-anak berkenaan di kediaman anak-anak tersebut tinggal atau di sekolah atau di mana-mana tempat melainkan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah.

Sebelum ini Awie berjaya mendapatkan hak jagaan sementara secara ex-parte terhadap tiga anaknya itu.

Bagaimanapun pada 14 Januari lalu, mahkamah yang sama membatalkan perintah berkenaan selepas mengambil kira pelbagai perkara termasuklah isu lain iaitu mengenai pertikaian dokumen nikah pasangan itu yang didapati palsu yang turut menjadi asas kepada mahkamah membuat keputusan berkenaan.

Dokumen nikah tersebut telah disahkan palsu selepas ia didedahkan kepada mahkamah oleh  Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar.

Terdahulu, kepada mStar Online pada 23 Januari lalu, Rozana mendedahkan dia gagal berjumpa anak-anaknya selepas mereka ‘disorok’ dan permintaannya untuk berbuat demikian tidak mendapat apa-apa respons positif Awie.

Wanita itu juga mendakwa dua anaknya itu bagaikan keliru selepas tujuh bulan mereka terpisah selepas dia dilarang untuk bertemu mereka.

Akhirnya Rozana terpaksa berjumpa dua anaknya iaitu Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki di sekolah tetapi tidak dapat mengesan lokasi sekolah seorang lagi anaknya iaitu Puteri Qasseh Antasha.

Awie dan Rozana, 36, bernikah secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.


2

Bagus

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote didabrooch 2-2-2015 09:27 PM
Kesian anak-anak menjadi mangsa...Bimbang ada kesan dr segi psikologi...
Quote boyagombak 30-1-2015 03:57 PM
Hakim pun pkt2 kena menderem , puh kiri puh kanan, anak aq dpt kt kawan ka pulok ni. Patutnya kena adillah.Seminggu rumah bapa, seminggu rumah ama.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048921 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top