CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Wanita Alami Penyakit Makan Ketika Tidur

19-2-2015 02:28 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6493| Komen: 18

Description: Seorang wanita yang juga mahasiswa universiti di sini mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur (Nocturnal Eating Disorder) yang menyebabkan dia men ...

ARCHIBALD kini mengalami masalah berat badan kerana menghidap penyakit makan ketika tidur. - AGENSI

ABERDEEN, Scotland – Seorang wanita yang juga mahasiswa universiti di sini mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur (Nocturnal Eating Disorder) yang menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan.

Pelajar jurusan Falsafah dan Agama Dunia, Kate Archibald, 20, itu berkata, dia tidak tahu mengapa berat badannya semakin bertambah sejak beberapa bulan lalu kerana dia sangat menjaga aspek pemakanan.

“Suatu ketika selepas terjaga daripada tidur saya melihat pelbagai jenis bungkusan makanan ada di katil. Saya tidak menyangka saya telah makan makanan itu ketika tidur.

“Malah, suatu hari sebaik terjaga, saya dapati ada sebungkus keju yang telah dimakan separuh di tepi katil dan disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkenaan penyakit yang saya alami,” katanya.

Menurut doktor yang merawat Archibald, penyakit yang dihidapi oleh wanita itu merupakan salah satu simptom kepada penyakit parasomnia iaitu gangguan ketika tidur dan kes itu jarang sekali ditemui.

“Penghidap Nocturnal Eating Disorder bukan sahaja tidak menyedari mereka makan, malah terdapat kes mereka menyelongkar peti ais dan ada juga yang memasak hidangan semasa tidur,” ujarnya. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elmen 14-2-2015 06:52 PM
giler laaa.. kalo kat malaysia jadi ni, tobat heboh 'belaan' berleluasa.. hahhaa
Quote tahanlasak 14-2-2015 07:05 PM
penyakit apo nie....lain mcm jea ..
Quote mattzzx 15-2-2015 09:57 AM
elmen replied at 14-2-2015 06:52 PM
giler laaa.. kalo kat malaysia jadi ni, tobat heboh 'belaan' berleluasa.. hahhaa

Nanti boleh masuk rancangan paranormal.....

Quote econsave 15-2-2015 10:45 AM
tidur besar nyamuk bangun besar gajah hahahahahha....bahye gak ek
Quote Knowlee 15-2-2015 04:25 PM
elmen replied at 14-2-2015 06:52 PM
giler laaa.. kalo kat malaysia jadi ni, tobat heboh 'belaan' berleluasa.. hahhaa

Hahaha. Tu la pasal. Habis jin dipersalahkan.
Quote Orange_7491 15-2-2015 04:42 PM
memasak time tido? giler ker aper. Haruslah terbakau rumah nanti..
Quote anees~nuhara 16-2-2015 09:05 AM
wahhhh...bole lak cmtu ye
Quote headf36 16-2-2015 10:02 AM
Quote design_ninja 16-2-2015 10:27 AM
wuahhh... masak semasa tidur? tak bahaya ke?
Quote Ayu61279 18-2-2015 03:19 PM
hm...my niece lak leh layan movie tgh tido
kita tgk dia mcm sedar tp bila kita ckp dgn dia lgsg tak respond
prnh skali dia tgh tido kat tingkat atas
pastu dia ke dapur soh bikbiknya gorengkan telur mata
bila dah siap masak bibiknya cari la dia
ingatkan dia kemana...rupanya kat bilik tgh m'buta
Quote dinamokiev 18-2-2015 05:42 PM
Gila... sedar-sedar tengah masak rendang dengan ketupat.
Quote alinapple 19-2-2015 09:28 PM
bahayenya siap bole memasak time tido
Quote spiderman80 19-2-2015 09:57 PM
Ini penyakit PPRT ni.
Quote boyagombak 22-2-2015 03:44 AM
Edited by boyagombak at 22-2-2015 03:48 AM

UTUSAN  MELOYA
Ruangan Tanyalah Doktor Pakar Tidor.
Puan
Saya seorang yg insan yg semikin & hidup sederhana tetapi akhir2 ini saya seringkali mengalami gangguan tidor yg teruk dimana saya merasakan seolah-olah bermimpi berada didalam bank. Apabila saja terjaga ada shj wang disamping di atas katil. Patutlah sejak akhir2 ini saya merasa sungguh kaya & mewah. Ini sgt merunsingkan krn saya takut akn terus bertambah kaya & kaya sdgkn Kak Mah yg menabung semenjak kecil akn bertambah miskin. Diharap puan dpt memberi nasihat apa nama apa nama penyakit gangguan tidor tersebut. Puan jgn bimbang, nnti dlm masa tidor nnti saya akn beri puan byrn khidmat kaunseling.

Mat Kelen Bin Tong                                    Wad Saiketrik                                                      Spital x Berapa Bahagia                                    Tanjung Durian
p/$ : posting ni abam buat masa tgh tidoq, laloq sungguh, x sedaq la apa kemende yg tulis. Klau merapu harap dimaafi
Quote mattzzx 22-2-2015 11:51 AM
boyagombak replied at 22-2-2015 03:44 AM
UTUSAN  MELOYA
Ruangan Tanyalah Doktor Pakar Tidor.
Puan

Kak mah juga yang masuk dalam citer.....

Quote fifie_olin 23-2-2015 10:33 AM
ke jadahnya ms tdo leh masak
Quote agen14 24-2-2015 01:49 PM
Bahaya ni.. siap boleh masak.. dibuatnya lupa tutup api.. naya je
Quote moocoww 24-2-2015 02:25 PM
bertambah lagi pyakit pelik

Lihat semua komen(18)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055474 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top