CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pengacara Iesya Toh Dapat Tajaan Kahwin Rm1 Juta

11-3-2015 03:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 39266| Komen: 229

Description: “Semuanya Bermula Bila Nama Saya Tersenarai Dalam Pencalonan Awal Anugerah Bintang Popular Bh 2014 Dan Selepas Keluar Cerita Saya Nak Kahwin, Ramai Pihak Yang Berminat Dan Menghubungi Perancang Majli ...


Kuala Lumpur: Pengacara Iesya Toh, 30, tidak menyangka majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 29 Mei nanti mendapat tajaan pelbagai pihak hingga mencecah RM1 juta.

Iesya yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia bakal dinikahkan dengan pasangannya, Huzairee Mohamad, 34, di Masjid Angkasapuri, di sini, pada pada 9 pagi.

Difahamkan, majlis pernikahan itu juga akan disiarkan secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM.


“Pada peringkat awal, saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana saja. Namun, ia jadi sebaliknya pula.

“Semuanya bermula bila nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan selepas keluar cerita saya nak kahwin, ramai pihak yang berminat dan menghubungi perancang majlis, Jazznyta Rahim Artistic Team untuk menaja majlis pernikahan dan persandingan saya nanti,” katanya.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh berkata, dia dan bakal suami tidak menolak penajaan kerana ia rezeki Allah SWT.

Menurut Iesya, selepas bernikah pada sebelah malamnya akan diadakan majlis persandingan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Ini diikuti majlis persandingan khusus untuk peminat tempatan dan Singapura di Padang Angkasapuri keesokannya.

Dalam majlis pernikahan, pihak lelaki akan menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaseh80 10-3-2015 05:29 PM
Aisya who?
Quote ninjago 10-3-2015 05:32 PM
wow.. apa yg dia dah buat dalam hidup dia smpai dapat rezeki tajaan kawin smpai RM1mill? Hantaran 50k you.. mmg murah rezeki dia nie
Quote Munnalicious 10-3-2015 05:33 PM
Wah. Untonglah. Tahniah nk kawen.
Quote budakmanentah 10-3-2015 05:34 PM
“Semuanya bermula bila nama saya tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH 2014 dan selepas keluar cerita saya nak kahwin, ramai pihak yang berminat dan menghubungi perancang majlis, Jazznyta Rahim Artistic Team untuk menaja majlis pernikahan dan persandingan saya nanti,” katanya.


berapa kerat yg kenal dia n akan vote dia? nway sape dia ni? sendu!!!!!!
Quote minahmanja 10-3-2015 05:37 PM
hantaran....
Quote tupai_tupai 10-3-2015 05:41 PM
sapa ni smpi boleh dpt tajaan 1 juta?
Quote q@2a 10-3-2015 06:00 PM
Dia ni klu mekap bapak tebalnya
Quote addicted_girls 10-3-2015 06:04 PM
Muke dia cam pondan
Quote RajaBatinDotCom 10-3-2015 06:06 PM
Tak famous pun boleh dapat sponsor banyak macam tu. Bertuah betul.
Quote missDollie 10-3-2015 06:07 PM
ntah sesape je dia ni..aku tak kenal k..
Quote bambimbom 10-3-2015 06:23 PM
Wan raja dgn akak emma yg sendu tu pun ade org nak taja.. ni kan plak pengacara selamat pagi malaysia.. org gomen ni..
Quote cupu 10-3-2015 06:33 PM
pengacara tv1 yg selalu makeup macam hantu...sape la nk taja dia ni...alahai...
Quote matahari7001 10-3-2015 06:52 PM
mak aiii tebalnyer make up huhu
Quote juliez 10-3-2015 06:54 PM


Who is she?
Quote MsKathryn 10-3-2015 07:03 PM
tak kenal...tp untong la dapat sponsor
Quote awoks 10-3-2015 07:09 PM




iols kenal je dia ni sebab dia pengacara yg gigih masuk pertandingan nyanyi..
amik la segala rancangan af ke apa die ade audition..ape lg tah rancangan byk gak la die mmg suke nyanyi2..erkk

malu lak kenal retis sendu
Quote edoraixora 10-3-2015 07:15 PM
Amboiii hantaran rm50k....kaya tok laki die
Baru 30 ke umo die? Muke nmpak mcam 30++
Quote hanamunir 10-3-2015 07:21 PM
wow..wow..
untung la..
Quote PongKang 10-3-2015 07:26 PM
Xpenah dgr pun nama dia.

Lihat semua komen(229)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062448 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top