CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Microsoft Office Lens Hadir Ke Iphone Dan Android

3-4-2015 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3855| Komen: 0

Description: Microsoft Office Lens Telah Ditawarkan Untuk Windows Phone Sejak Sebelum Ini, Yang Mana Membolehkan Anda Menggunakan Kamera Pada Telefon Pintar Untuk Merakamkan Gambar Dokumen Dan Mengubahnya Kepada B ...
Microsoft Office Lens Hadir Ke iPhone Dan Android – Memudahkan Anda Mengimbas Dokumen

Microsoft Office Lens telah ditawarkan untuk Windows Phone sejak sebelum ini, yang mana membolehkan anda menggunakan kamera pada telefon pintar untuk merakamkan gambar dokumen dan mengubahnya kepada bentuk seperti mana sesuatu dokumen itu diimbas. Kini, selepas sekian lama, ia turut hadir ke platform iOS dan Android



Terdapat beberapa aplikasi yang melakukan perkara sama, tetapi apa yang menarik mengenai Office Lens adalah integrasi teknologi OCR, yang membolehkan ia mengenal-pasti setiap teks dan mengubah dokumen yang “diimbas” berkenaan ke sebuah dokumen yang boleh disunting menggunakan Word atau PowerPoint, atau menyimpannya dalam bentuk PDF.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, anda boleh mencuba sendiri aplikasi ini hari ini, sementara untuk pengguna Android, Microsoft hanya menawarkan ia dalam bentuk Preview, dan mboleh dikategorikan sebagai versi beta lagi buat masa ini.

kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah
6

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047431 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top