CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

5 Kisah Tragik Seseorang Yang Terlalu Gemuk

6-5-2015 12:34 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3486| Komen: 4

Description: Peguam mempersoalkan kenyataanya Mayra dengan memberitahu Mayra tidak mampu untuk mengangkat tangannya sendiri.
1. Terlalu gemuk untuk jadi pembunuh

Satu dokumentari mendedahkan kisah menakjubkan seorang wanita gemuk yang mengaku membunuh kanak-kanak berumur 2 tahun berakhir dengan dia didapati tidak bersalah hanya kerana dia terlalu gemuk. 

Dalam rancangan TLC's Half-Ton Killer, Texan Mayra Rosales,31, mengaku menyebabkan kematian anak sedaranya Eliseo Jr, 2, secara tidak sengaja dengan menggolek ke atas badan kanak-kanak tersebut semasa menjaganya. Berikutan berat badannya yang terlalu berat, polis mempercayai ceritanya sehingga doktor mendedahkan punca kematian kanak-kanak tersebut adalah disebabkan pukulan benda tumpul dikepala.

Peguam mempersoalkan kenyataanya Mayra dengan memberitahu Mayra tidak mampu untuk mengangkat tangannya sendiri. Akhirnya, Mayra mengaku bahawa dia mereka cerita hanya untuk melindungi adiknya Jaime,yang telah memukul kanak-kanak tersebut dengan sikat rambut.


2.Terlalu gemuk untuk dipenjarakan

Seorang lelaki dianggap terlalu gemuk untuk dipenjarakan atas kesalahan berbalah di kelab yang menyebabkan kecederaan.Shepparton kini menjalani khidmat masyarakat selepas telah mengakibatkan kecederaan pada seorang lelaki selepas menghentak sebotol kaca pada leher lelaki terbabit. Luka pada leher lelaki tersebut diberitahu adalah sedalam 4 inci.

Namun oleh kerana beratnya mencecah 190kg dengan menderita sakit jantung, gangguan tidur dan pelbagai penyakit lagi. Menurut laporan kesihatan beliau, doktor menyarankan 'penjara' akan mengakibatkan dirinya terdedah pada risiko kesihatan yang lebih bahaya. Dia hanya menjalani hukuman khidmat masyarakat sahaja, namun tidak bagi mereka yang tidak obes, mungkin akan meringkuk didalam penjara selama 2 tahun.


3.Sekeluarga terlalu gemuk untuk bekerja

Satu keluarga mengklasifikasikan keluarga mereka tidak mampu untuk bekerja hanya kerana mereka terlalu gemuk. Mereka hidup dengan menuntut £22,000 faedah daripada pembayar cukai. Namun ironinya, keluarga Emma Chawner masih menuntut wang yang lebih banyak untuk menyara kehidupan gemuk mereka.

Apabila jiran bertanya, mengapa mereka tidak mahu menguruskan badan. Mereka memberitahu mereka tidak mempunyai masa untuk menguruskan badan.

Percaya mereka memperoleh 'penyakit' ini melalui keturunan, keluarga ini tidak bekerja sejak 11 tahun yang lalu dan banyak menghabiskan dengan menonton televisyen yang dipinjamkan oleh jiran. Mereka juga membelanjakan banyak wang untuk makanan ringan, pie dan memakan lebih 3000 kalori sehari.

4.Terlalu gemuk menjalani hukuman

Seorang pesalah yang berat dianggarkan kira-kira 217kg meminta hukuman bunuhnya ditangguhkan hanya kerana beratnya yang melampau akan menyebabkan dia mati dengan lebih 'seksa dan mengambil masa yang lama'. Ronal Post yang menembak mati seorang  kerani hotel 30 tahun lalu berkata dengan beratnya,dengan masalah saluran darah, kecederaan tisu dan beberapa masalah lain akan menimbulkan masalah lain jika dia dihukum dengan keadaan beratnya. Post banyak kali cuba untuk mengurangkan berat badannya namun ianya sukar kerana masalah lutut dan tulang belakang yang dihadapinya.

5.Terlalu gemuk untuk mayat dibakar

Satu mayat yang terlalu gemuk yang dibakar di rumah mayat Austrian hampir menyebabkan kebakaran pada tempat tersebut. Penyiasat percaya api yang marak dipercayai daripada lemak mayat seorang wanita yang berat hampir 200kg yang menyebabkan mesin pembakaran menjadi terlalu panas.

Bomba sempat mengawal kebakaran namun tempat pembakaran itu ditutup berminggu kerana kerosakan teruk. Austria kini sedang mempertimbang membina tempat khas bagi membakar mayat yang obes.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mizkajura 15-5-2015 03:06 PM
dah la gemuk, pemalas pulak, masih ada hati nak tuntut duit lebih. TV pinjam tu yg buat ai mual dgr bila tgk badan sihat :(
Quote lindarafee 7-5-2015 10:30 AM
yang no 3 tu kalau keluar bekerja mesti boleh kurus
Quote akik 6-5-2015 03:46 PM
pemalasnya family no 3 tu.dah la semua gemuk2,taknak kerja,makan duit taxpayer..puii!
Quote amon_79 6-5-2015 02:58 PM
yg no. 3 tu mewarisi genetik penyakit malas skali...

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040526 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top