CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasangan 'Kaki Travel' Lebih Serasi! Betul Ke?

15-12-2015 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5651| Komen: 10

Description: Pergi ke mana-mana pun tak risau sebab ditemani oleh yang tersayang
Oleh Izzah Abbasy

Sangat seronok jika mempunyai pasangan yang sama-sama jenis suka 'travel'. Pergi ke mana-mana pun tak risau sebab ditemani oleh yang tersayang.



Biasanya yang mengajak untuk travel ini adalah cik abang lah kan? Lelaki memang suka travel. Bagi mereka, dengan travel dapat membuka minda dengan luas, tenang, mengenali budaya lain dan merupakan hobi yang sangat seronok.

Tapi, sejauh mana pasangan tersebut serasi disebabkan mereka ini 'kaki travel', jom sama-sama kita bongkar! Pastikan si dia sentiasa ajak anda travel selepas ini ya! - CARI Infonet



1. Kepercayaan

Berpeluang mempercayai satu sama lain.  Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.


2. Hormat Kelemahan dan Kekuatan Masing-Masing

Dari sinilah mereka saling belajar. Menggunakan kelebihan masing-masing yang ada, ia memberi semangat kepada pasangan. Contohnya, mengingatkan barang apa yang perlu dibawa.


3. Romantik

Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan masing-masing.

4. Keluar Dari 'Comfort Zone'

Setiap perjalanan menjanjikan pengalaman baru. Kamu keluar dari melakukan sesuatu yang rutin dari kehidupan kamu berdua dan meneroka tempat-tempat baru bersama-sama dengan selesa, kerana dia ada di sisi kamu.

5. Nafas Baharu Dalam Perhubungan

Ini adalah peluang kepada kamu untuk memulihkan semula hubungan yang dingin atau menguatkan lagi rasa sayang antara satu sama lain. Travel memberi peluang kepada kamu untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa.

6. Berkongsi Minat Yang Sama


Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling seronok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.



7. Ada Untuk Satu Sama Lain

Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?

8. Bukan Sekadar Pasangan, Tapi Kawan Baik!

Berkongsi pendapat, ketawa, bercakap, dan bersenang-senang dengannya atau mungkin bergaduh, kamu bagaikan kawan karib yang tak boleh berpisah. Di sinilah kamu akan mendapati bahawa hubungan itu bukanlah sekadar tanggungjawab, bahkan dia adalah segala-galanya buat kamu.

9. Menghargai Masa Bersama

Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia. - CARI Infonet


Info : Remaja

17

Bagus
22

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 12-12-2015 09:42 AM
i guess yes..
Quote comel91 15-12-2015 07:05 PM
biasanya pompuan yang biasa ajak travel.. mcm comel, comel yg ajak bf comel... travel dalam hati... hiks
Quote elmen 15-12-2015 10:35 PM
yes, i setuju
Quote jelitaqasyah 16-12-2015 11:07 AM
yeay..next month, january ni nak p phuket.. yeayyy cik bb mmg kaki travel
Quote MeetJoeFly 16-12-2015 02:10 PM
Yeayh. I love the idea... No 2. Exactly.  Tukang ingatkan bila lupa...
Quote setokinpurple 17-12-2015 09:42 AM
Teringin nk ada suami kaki travel iols pon suka jalan2.. Tp bujang2 ni x best kawan2 sume bz bila ajak travel
Quote Innrukia 17-12-2015 09:58 AM
I've experienced this before, tp break up jgk akhirnya
Quote blackvanilla 5-3-2016 06:51 PM
yesss betul tu
Quote mbhcsf 6-3-2016 08:16 AM
Edited by mbhcsf at 6-3-2016 08:18 AM

tak jeles lah.

tapi seriously tak cemburu, my sis and hubby dia travel serata rata  cuma i tak ada masa je.

need to find time travel dengan abah dan mak dan sister.

seronok.

Quote montok89 9-3-2016 03:18 PM
untungnya leh travel2...
kita ni kena pikiaq bajet kalu nak travel bagai

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062567 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top