CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Menyiang Ketam Semudah ABC

21-1-2016 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24904| Komen: 4

Description: Pasti ramai penggemar ketam yang mungkin belum tahu cara-cara menyiang ketam dengan mudah....

Oleh : Dean BZ


Pasti ramai penggemar ketam yang mungkin belum tahu cara-cara menyiang ketam dengan mudah. Tak kan setiap kali rasa nak makan ketam, kena makan di restoran.

Video berdurasi 4 minit 36 saat yang dikongsikan oleh rosly dhoby ini sangat bermanfaat untuk kita semua. Mari kita lihat cara-cara betul dan mudah untuk menyiang ketam.


Dah siap cuci bersih-bersih, bolehlah masak dan cuba resepi ini pula. Resepi dipetik dari iresipi.com.


Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api



Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 2 Orang Makan

Bahan-Bahan:
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan

Cara Penyediaan:
Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Tips: Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar). Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Selamat mencuba. Hati-hati makan ketam jangan sampai tercekik cengkerang. - CARI Infonet.


29

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
23

Sedih
26

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizkajura 22-1-2016 10:09 AM
ok. lps ni boleh cuba.
motif nak susah payah???
gi kedai order je yg dah siap masak LOL
Quote bangcak 22-1-2016 11:54 AM
mizkajura replied at 22-1-2016 10:09 AM
ok. lps ni boleh cuba.
motif nak susah payah???
gi kedai order je yg dah siap masak LOL

itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam.
nak tunggu pelayan ambik order, nak tunggu turn kedai tu masak utk kita.
lepas makan, ngadap tafit jem lagi (silap2 kene saman aes).

kan senang beli ketam, masak sendiri, makan bleh repeat tambah baper suka
sapai kenyang, pas makan bleh lepak tgk tv. LOL

Quote mizzacu 22-1-2016 11:58 AM
bangcak replied at 22-1-2016 11:54 AM
itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam ...

agreee...
kikikiki

Quote mizkajura 22-1-2016 02:11 PM
bangcak replied at 22-1-2016 11:54 AM
itu lagi susah.
nak drive ngadap jem berjam2, nak ronda2 berpusing2 cari kedai makan yg ada ketam ...

ni kes suruh bini masak atau mak masak.????
ok la, makan dirumah la best......



....tak kuasa nk gaduh yooou...


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056870 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top