CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usai Mencuri Beg Tangan Dilanggar Kereta Pula

30-1-2016 07:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6224| Komen: 36

Description: Malang bagi seorang pencuri, baru sahaja mencuri beg tangan seorang wanita, dilanggar kereta pula hingga patah kaki.
Oleh Adib ZA

Malang bagi seorang pencuri, baru sahaja mencuri beg tangan seorang wanita, dilanggar kereta pula hingga patah kaki.

Itulah balasan yang diterima oleh seorang lelaki di lokasi kejadian, Jalan Ipoh.


"Penunggang motosikal memecut motosikal ke arah lain manakala pemboncengnya berlari dan sempat mencampak beg tangan mangsa ke atas jalan.

“Ketika berlari melintas jalan, suspek dilanggar kereta menyebabkan dia ditahan orang awam. Suspek yang 29 tahun itu patah kaki dan cedera pada kedua-dua tangan," terang Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy kepada Harian Metro.

Suspek kini dibawa ke Hospital Selayang untuk dirawat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - CARI Infonet

Sumber: Harian Metro

10

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 29-1-2016 10:40 PM
cash..nasib baik tak mati tu
Quote cik_noreen 29-1-2016 10:43 PM
cash.. nasib ko x dibogelkan
Quote Ajumma 29-1-2016 10:48 PM
Nasib baik tak mati...sempat la bertaubat
Quote sukacactus 29-1-2016 10:52 PM
Oh...kesian sungguh dia xmati terus...rasakan!
Quote spiderman80 29-1-2016 10:57 PM
MeghanK replied at 29-1-2016 10:40 PM
cash..nasib baik tak mati tu


Dear, bahaya lah luar sekarang. Awak kena berhati-hati tahu ketika berada di luar. Lihat sekeliling.

Spidey pernah ada pengalaman pahit lebih 10 tahun lepas. Petang tu, Spidey temankan adik perempuan dan ibu kami ke Klang Parade. Spidey malas nak parking kat tingkat atas jadi memilih saja untuk letak di bahu jalan seperti kereta lain di situ walaupun ia salah di sisi undang-undang.

Masa tu adik dan ibu keluar dari kereta dulu sementara Spidey kuncikan kereta. Tetiba datang sebuah motor dari arah jalan berhampiran. Pembonceng motor itu dengan laju meragut bag tangan adik dan dia terjatuh ke atas jalan.
Spidey dan ibu terkejut tetapi tidak sempat berbuat apa-apa.

Spidey terus hantarkan adik pulang ke rumah sebab nak cancel kad kredit bagai. Tapi dalam perjalanan pulang, kereta Spidey pula terlanggar lubang di jalan terus retak rim. Hari tu memang hari yang buruk!!


Tahun lalu dah lah ibu Spidey kena ragut dan ditendang di depan sekolahnya. Nasib baik ibu bertindak cepat dengan mrncampak kunci keretanya ke dalam parit berdekatan sebab penjahat tu nak rampas kereta mak sekali.

Mamang Spidey dah takut sangat tengok situasi seperti ini.

Sorry off topic.
Quote krustykrab 29-1-2016 11:01 PM
Mmg padan muka...mampus lg bagus hidup asik menyusahkn org
Quote MeghanK 29-1-2016 11:02 PM
spiderman80 posted on 29-1-2016 10:57 PM
Dear, bahaya lah luar sekarang. Awak kena berhati-hati tahu ketika berada di luar. Lihat sekelil ...

wahh, skeri nya..i dah la selalu kuar sensorang

tapi pada masa yang sama i sangat kagum membaca tulisan spidey ni..mesti spidey pandai menulis kan masa sekolah dulu

Quote mak_wa95 29-1-2016 11:05 PM
otak dah weng, tau nak meragut,
nak dpt bekalan dadah
Quote spiderman80 29-1-2016 11:07 PM
MeghanK replied at 29-1-2016 11:02 PM
wahh, skeri nya..i dah la selalu kuar sensorang

tapi pada masa yang sama i sangat kagum  ...

Ya, Spidey minat menulis.Spidey dulu aliran Sastera (pelik kan budak Cina dalam aliran tu?)
Jadi banyak jugak terdedah kepada puisi, cerpen, novel bagai.



Quote MeghanK 29-1-2016 11:13 PM
spiderman80 posted on 29-1-2016 11:07 PM
Ya, Spidey minat menulis.Spidey dulu aliran Sastera (pelik kan budak Cina dalam aliran tu?)
Jad ...

wow wow wow..respek

i ni memang takde bakat menulis..dari sekolah rendah dah sedar bila UPSR dapat B dalam penulisan

Quote spiderman80 29-1-2016 11:15 PM
MeghanK replied at 29-1-2016 11:13 PM
wow wow wow..respek

i ni memang takde bakat menulis..dari sekolah rendah dah sedar ...

Tak apa, pandai menulis bukannya dapat mencari duit lebih pun.

Quote MeghanK 29-1-2016 11:16 PM
spiderman80 posted on 29-1-2016 11:15 PM
Tak apa, pandai menulis bukannya dapat mencari duit lebih pun.

eh, boleh la spidey..tulis novel, tulis sajak2 compile buat buku..kan boleh dapat duit lebih tu

Quote spiderman80 29-1-2016 11:19 PM
MeghanK replied at 29-1-2016 11:16 PM
eh, boleh la spidey..tulis novel, tulis sajak2 compile buat buku..kan boleh dapat duit lebih tu :l ...

Maybe nak tulis sambungan Ombak Rindu.
Quote MeghanK 29-1-2016 11:21 PM
spiderman80 posted on 29-1-2016 11:19 PM
Maybe nak tulis sambungan Ombak Rindu.

spidey lambat..ombak rindu memang dah ada sambungan la..i tau sebab i baca dulu masa form 2

Quote spiderman80 29-1-2016 11:23 PM
MeghanK replied at 29-1-2016 11:21 PM
spidey lambat..ombak rindu memang dah ada sambungan la..i tau sebab i baca dulu masa form 2
...

Ya? Haha, tak tahu pulak Spidey. Hihihi...
Quote MeghanK 29-1-2016 11:25 PM
spiderman80 posted on 29-1-2016 11:23 PM
Ya? Haha, tak tahu pulak Spidey. Hihihi...

  



Quote nitrotech 29-1-2016 11:26 PM
Di duniaa tuhann dah bagi cashh
Quote chazey 29-1-2016 11:28 PM
spiderman80 replied at 29-1-2016 11:07 PM
Ya, Spidey minat menulis.Spidey dulu aliran Sastera (pelik kan budak Cina dalam aliran tu?)
Jad ...

Tak pelik. Coursemates Chinese aku majoriti ambil Sastera sebab tak minat Sains. Takat nak jadi cikgu buat apa ambik Sains blaja Add Maths, Fizik segala buat pening otak kata meka. So bijak kan. Dan kesemua meka adelah straight As students masa SPM.
Quote spiderman80 29-1-2016 11:33 PM
chazey replied at 29-1-2016 11:28 PM
Tak pelik. Coursemates Chinese aku majoriti ambil Sastera sebab tak minat Sains. Takat nak jadi ci ...

Maybe sebab sekolah Spidey dulu sangat rare untuk non Malays especially Chinese ambil kelas Sastera.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062982 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top