CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Cara Paling 'Gila' Wanita Asia Buat Untuk Putihkan Kulit

12-8-2016 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16203| Komen: 57

Description: Wanita Asia memang boleh dikatakan terlalu obses untuk memutihkan kulit
oleh Adib Za

Wanita Asia memang boleh dikatakan terlalu obses untuk memutihkan kulit mereka, tak kira dalam apa jua cara sekalipun.

Ini berbeza dengan masyarakat Barat yang mahu sebaliknya pula, melihat kulit bertona sawo matang itu lebih menarik. 

Tak salah mencerahkan kulit, namun jangan sampai membahayakan kesihatan ya. Berikut merupakan beberapa kaedah yang dianggap keterlaluan dilakukan untuk memutihkan kulit di kalangan wanita Asia:


1. China - Facekini

Menjadi keharusan ya wajah yang putih di China. Kerana itulah mereka sanggup memakai topeng yang dikenali sebagai facekini ketika bercanda di tepi pandai. Ia juga dipakai ketika aktiviti berenang.




2. Thailand - sabun sperma salmon

Dikatakan sperma salmon mampu menjadikan kulit lebih cerah. Ada pihak yang menjadikan ia dalam bentuk sabun namun yang pastinya ia masih belum mendapat kelulusan kementerian di sana. 



3. Vietnam - Membungkus tubuh

Wanita di sana terutama bagi masyarakat kelas menengah dan ke bawah akan menutup seluruh tubuh agar tidak terkena pancaran cahaya marahari. Jika anda terlihat pembonceng motor wanita berpakaian seperti gambar di bawah, jangan terkejut ya.




4. India - 233 tan produk pemutih

Ada data dari ACNielsen pada 2012, warga India menghabiskan 233 tan produk pemutih dalam setahun. Jumlah itu lebih besar daripada pengambilan Coca Cola dan terus bertambah sekitar 18 peratus setiap tahunnya.




5. Indonesia - Krim pemutih berbahaya

Ada kes di Indonesia ibu mengandung meninggal kerana keracunan krim pemutih wajah. Bahan terlarang dimasukkan ke dalam produk agar kesan pemutihan pada wajah berlaku dengan pantas. Meskipun begitu, masih ramai yang tidak mempedulikan bahaya tersebut. 

Foto: merdeka


- CARI 
10

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-8-2016 07:14 PM
Kat Malaysia pun ada siap pakai sarung lengan masa memandu takut lengan jadi gelap
Quote Rorra 12-8-2016 10:49 PM
Artemesiaa replied at 12-8-2016 07:14 PM
Kat Malaysia pun ada siap pakai sarung lengan masa memandu takut lengan jadi gelap

Yang tu biasa je. Yang lebih teruk bila ada yang sanggup pakai produk yang bahaya untuk putih. Negara Asia. kan selalu dimomokkan bahawa yang putih itu cantik.
Quote mattzzx 13-8-2016 12:28 PM
semua untuk nampak cantik....
Quote jessica.f 13-8-2016 10:18 PM
Sekarang sibuk nak inject inject untuk jd putih. Dulu hitam legam tiba2 putih & guna reason sbb selalu terperap kat rumah maka jd lah putih. Lol sangat.
Quote aTiKah_aYuNi 14-8-2016 11:33 AM
zaman aku skolah menengah, popular dgn produk dr thai tu...yg pop tu..

sorg member obses...menjadik gak la putih nyer...tp tangan lengan siku...hauk....
Quote yusryimran 14-8-2016 11:33 AM
hakak gune Anwe dari Avon aje... janji x kusam dan cun dah cukup
Quote hatiluka 14-8-2016 04:51 PM
malaysia ada qu puteh
Quote Mary_jane 15-8-2016 05:58 AM
Mentaliti asia gitu lah, bila putih nampak suci.

Quote zuraidah1 15-8-2016 09:17 AM
yusryimran replied at 14-8-2016 11:33 AM
hakak gune Anwe dari Avon aje... janji x kusam dan cun dah cukup

yang anew fair 360 tu ke...
Quote cucuq 15-8-2016 10:02 AM
wanita asia rmai nak jadi putih tnpa peduli bahaya
Quote violet1212 15-8-2016 10:06 AM
tak yg india tu aku tak paham sgt.. dorang boleh putih ke? kalau boleh, member aku sorg india sibuk nak putihkan kulit.. dia mkn k-colly laa perlaking laa tak jalan.. tapi kalau ade produk yg berhasil, dia nak cuba.. hehehehe
Quote cikcikebom 15-8-2016 10:18 AM
Mentaliti asia gitu lah,
Quote -electrifying- 15-8-2016 10:56 AM
Manusia kan, xpernah nya nk bersyukur.
Quote mieymiey 15-8-2016 12:46 PM
Kawan ai guna produk apa ntah kengkonon dari Jepun. Memang floles gilerr muka sheols. Tapi bak kata Datuk Terlajak Laris ewww muka jer putih, tangan hitam
Quote chinta89 15-8-2016 01:00 PM
aTiKah_aYuNi replied at 14-8-2016 11:33 AM
zaman aku skolah menengah, popular dgn produk dr thai tu...yg pop tu..

sorg member obses...menjad ...

sama kawan iols gak.. dia mmg dh lawa. cantik

tp nak cantik gebu gebas putih melepak kulit basah2 kemerah2an.. mmg lawa gila pakai pop.

ujung2 nampak gak beza d leher dan tangan. sb kulit dia yg dah putih tu, kat muka bertambah putihhhh..

putih pinkish, bukan putih mayat like adira.
Quote arffa 15-8-2016 01:41 PM
hitam itu menawan
Quote Samm_BM 15-8-2016 01:43 PM
Macam mana pulak dengan Que Putih?
Quote bottombikini 15-8-2016 02:28 PM
Edited by bottombikini at 15-8-2016 02:32 PM
chinta89 replied at 15-8-2016 01:00 PM
sama kawan iols gak.. dia mmg dh lawa. cantik

tp nak cantik gebu gebas putih melepak kulit basa ...

produk pop? festaim dengar..*edited* dah gugel...ohhh sejenis krim eh

kurang2 kawan uols tu putih..yg muke putih tangan hitam ni ape ke hey pulak

Quote bottombikini 15-8-2016 02:33 PM
yg china tu udah rope ultramen taro

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061444 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top