CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ramai Dah Tayang Perut Gara-gara Saya - Sharifah Sakinah

21-3-2014 10:57 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23773| Komen: 135

Description: Sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC.


Kredit foto Faisol Mustafa.

Sejak dua bulan aktres Sharifah Sakinah aktif dengan program rutin senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah yang sering diadakan di KLCC.

Apa yang menggembirakan pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, ini apabila programnya itu semakin mendapat sambutan peminat dalam tempoh singkat ini. Walaupun pada awalnya dia sendiri mencetuskan sikit kontroversi gara-gara dia memuat naik gambar perutnya di laman Instagram, namun tidak menjejaskan perjalanan programnya itu.


"Fitness Sakinah semakin dapat sambutan dan semakin ramai yang mengikuti program kami. Ada yang datang sebab sekadar nak bergembira. Ada yang datang memang menunjukkan kesungguhan mereka nak kurus dan sihat. Seronok bila ada yang capai sasaran, mereka dah kurus.

"Kalau dulu saya tayang perut di Instagram. Sekarang ni ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing", kata Sharifah Sakinah yang turut memberitahu, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.

Adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira ini ditemui pada majlis bacaan skrip filem 'Pekak' di Sri Pentas, semalam.

Dalam masa sama Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti. Tetapi tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan menerusi programya itu.

"Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut", katanya

Selain itu Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan cuma tidak serancak dahulu. Pun begitu, Sakinah tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut...................................................................



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meensha 21-3-2014 08:55 AM
tepek la gamba sket
Quote chickenwing 21-3-2014 08:56 AM
crazy bimbo.....memalukan. Pasni cer tukar nama to Shelly ke, Christine ke, Carrie ker.....so ko x memalukan nama Sharipah ko tu.
Quote batman_2007 21-3-2014 08:58 AM
Dah la rupa tak seberapa perangai nauzibillah lg. One day ko akan menyesal perbuatan ko tu.
Quote ais_kosong 21-3-2014 08:58 AM
bangga gila tayang perut
huhu
Quote bambimo 21-3-2014 09:10 AM
bila seorang bimbo bg statement....
Quote tomet05 21-3-2014 09:13 AM
bimbo abis nih kan .. huhuhu
Quote reenz013 21-3-2014 09:18 AM
sengalnya minah ni...
Quote stres 21-3-2014 09:18 AM
dia ni bimbo tp kelakar ja..bhakhakhakhak
Quote NHolmes 21-3-2014 09:19 AM
Haha jamu mata noksss
Quote Nham22 21-3-2014 09:19 AM
Tapi kire die ni baguih gak...dalam2 bimbo tu die pandai plak wat business...business fitness...aku respect gak la...
Quote lylea 21-3-2014 09:19 AM
kenapa ntah bila aku tengok dia ni jenis bimbo and x lawa.. tp agak kelakar
Quote fifie_olin 21-3-2014 09:21 AM
bangga la org pollow dia tayang perot...
tp body mmg mantop laaa...
Quote prettyuglybabe 21-3-2014 09:36 AM
bagus la.. sia-sia dapat dosa
Quote ienna2403 21-3-2014 09:40 AM
bangga ke tayang perut? hurmmmm
Quote iman_aly 21-3-2014 09:40 AM
bangganya dia...
Quote edoraixora 21-3-2014 09:41 AM
woww....bangga nye dapat memanjangkan dosa
Quote cikatilia 21-3-2014 09:46 AM
apa ke best sgt tunjuk perut?
bangga?

siap ajak geng.. alahai...



Quote bottombikini 21-3-2014 09:46 AM
kalau cakap macam takde agama..marah..sentap..

tapi seronok ke menambah saham neraka?  
Quote -electrifying- 21-3-2014 09:52 AM
cantik cutting bdn dia, bntot pon dah mantap. haha

bru aku tau dia ni adk sharifah shahira

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.072922 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top