CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Salman Tinggal Set Kerana Akshay

27-3-2014 12:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10637| Komen: 15

Description: Sebelum Itu, Ada Yang Mengatakan Dua Bintang Hebat, Salman Khan Dan Akshay Kumar Yang Digandingkan Menerusi Sebuah Penggambaran Klip Video, Yo Yo Honey Untuk Filem Fugly Itu Pada Mulanya Dikatakan Ber ...
Salman Khan, Akshay Kumar

KREW di set penggambaran terkejut apabila aktor hebat Salman Khan, meninggalkan set penggambaran apabila hampir separuh daripada penggambaran itu berjalan.

Sebelum itu, ada yang mengatakan dua bintang hebat, Salman Khan dan Akshay Kumar yang digandingkan menerusi sebuah penggambaran klip video, Yo Yo Honey untuk filem Fugly itu pada mulanya dikatakan berselisih faham.

Menurut sumber, punca utama Salman berbuat demikian kerana merasakan Akshay sudah mencuri perhatian kamera darinya dan menganggap pengarah Kabir Sadanand lebih banyak menggunakan penampilan Akshay.

Kabir Sadanand bagaimanapun, cuba memujuk Salman dan menerangkan situasi sebenar untuk klip video tersebut, namun Salman tetap berdegil dan tidak berminat untuk meneruskan sesi penggambaran.

Akur dengan keputusan Salman, penggambaran diteruskan dan hanya melibatkan Akshay dan pelakon yang lain.

Filem Fugly yang berunsurkan komedi ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam India pada 13 Jun depan.Fugly mengisahkan empat rakan baik yang baharu sahaja menghabiskan pengajian mereka di universiti.

Antara pelakon terlibat dalam filem ini ialah Jimmy Sherigill, Mohit Marwah, Kiara Advani, Vijendra Signh, Arfi Lamba dan ramai lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zielathefatlady 25-3-2014 07:52 PM
so childish
Quote Revolver 26-3-2014 10:19 AM
tak gentleman sungguh
Quote ais_kosong 26-3-2014 12:46 PM
kuat majuk tui..
Quote amikie 26-3-2014 12:57 PM
tua2 makin kuat merajuk si Salman ni..

abam Akshay lebih hOt sebenarnya dari Salman..

tu yg hanginnnn je tu..
Quote budak_gemuk91 26-3-2014 01:33 PM
gediknye
Quote whadda 26-3-2014 01:48 PM
adoii.. camtu pon nak sentap...
Quote -electrifying- 27-3-2014 03:23 PM
SENTAP HATIMAKNAK
Quote kashah_nana 27-3-2014 06:44 PM
hahaha. sentap macam budak2. kamon la
Quote twins 28-3-2014 10:19 AM
Salman ni tak boleh terima kenyataan yg dia tu dah nak approach 50 ... lahir tahun 1965.. perasan masih hot la tuuu... kena pulak berpasangan dgn Akshay yg jauh lebih tinggi, lebih handsome yang paling penting 'lebih banyak rambut' dari dia... tu yang hangat tu...kahkahkah...
Quote BlackRed 28-3-2014 12:05 PM
Eeee! Menyampah nye!
Quote arira_arora 31-3-2014 04:40 PM
badan konon je tegap tp  kuat sentap..
Quote pink_prada88 31-3-2014 10:27 PM
Jimmy Sherigill yeayyyyyyy Salman dah tua sbb ku ati cepat terusik....
Quote Shahreen74 2-4-2014 01:18 PM
orang tua mmg cepat merajuk... nak plak lelaki... mmg kuat rajuknyer dr pompuan yg dah tua... dia kan kurang kasih sayang..

badan jer besar.. tegap.. tp hati kecik... Last edited by Shahreen74 on 2-4-2014 01:19 PM

Quote clara_nur 2-4-2014 07:58 PM

bukan ker ni just salah paham jer??

ada terbaca mana tah, krew cakap dia ada program lain..so tergesa2 nk blah dr set since dia punya babak pon dh abis shooting tuk hr tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057423 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top