CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

10 Mahkamah Neraka Di Pasir Panjang-Taman Neraka Di Singapore

2-4-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17836| Komen: 13

Description: Tempatnya Di Atas Sebuah Bukit Berhadapan Dengan Laut Di Pasir Panjang. Lebih Dari 70 Tahun Dahulu, Kawasan Ini Pernah Didiami Oleh Sekeluarga Cina Yang Kaya-Raya. Di Kawasan Ini Juga Terdapat Sebuah ...


Tempatnya di atas sebuah bukit berhadapan dengan laut di Pasir Panjang. Lebih dari 70 tahun dahulu, kawasan ini pernah didiami oleh sekeluarga Cina yang kaya-raya. Di kawasan ini juga terdapat sebuah taman luas yang penuh dengan patung-patung batu berwarna-warni.


Tetapi yang lebih menyeramkan lagi, di taman yang indah ini ada terdapat sebuah kawasan yang dipenuhi dengan patung-patung yang menggambarkan suasana siksaan di neraka. Bayangkan, sebuah patung yang menunjukkan seorang lelaki dikelar badannya dengan gergaji! Amat mengerikan!























Memang menggerunkan, tetapi tempat ini unik dan penuh dengan pengajaran yang tersirat di sebalik patung-patung yang berbagai bentuk dan ukuran. Taman tema ini dikenali dengan nama Haw Par Villa. Dibina di atas sebuah bukit di kawasan Pasir Panjang, Singapura.

Namun, taman tema ini jauh sekali seperti taman tema Disneyland atau Bukit Merah. Ia tidak ada permainan atau pun acara-acara hiburan, sebaliknya ia sebuah taman tema yang memaparkan mitos-mitos kaum Cina dan nilai moral bangsa Cina. Yang menariknya, mesej-mesej ini diketengahkan melalui ukiran-ukiran patung yang bermacam-macam rupa dan bentuk.













Haw Par Villa dimiliki oleh kedua adik-beradik Cina yang kaya, Aw Boon Haw dan Aw Boon Par. Dua beradik dari keluarga Aw ini adalah peniaga minyak bam, Tiger Balm, yang berjaya. Berasal dari Rangoon (Myanmar kini), mereka berpindah dan mengembangkan perniagaan Tiger Balm di Singapura pada tahun 1926.

Asalnya, Haw Par Villa merupakan sebuah rumah mewah yang didirikan khas oleh Aw Boon Haw untuk kediaman adiknya, Aw Boon Par. Rumah mewah (mansion) yang tersergam ini dibina di puncak salah sebuah bukit di Pasir Panjang. Perhiasan dalamannya dibawa khas dari Eropah dan siling di ruang tamunya bertatahkan emas.

Di luar kawasan rumah itu, dibina sebuah taman seluas 5 hektar yang dipenuhi dengan ribuan patung yang melambangkan budaya dan mitos bangsa Cina. Taman ini dinamakan Tiger Balm Garden. Haw Par Villa dan Tiger Balam Garden dibuka pada tahun 1937 dan kos pembinaannya dianggarkan melebihi satu juta dolar. Gambarkan betapa kayanya kedua adik-beradik ini hasil dari menjual minyak bam.

Tidak Lupa Diri

Walaupun kaya-raya, Boon Haw dan Boon Par tidak pernah lupa diri. Mereka sangat kuat berpegang kepada budaya dan nilai moral Cina yang tinggi. Pada mereka, kejayaan yang diraih patut disumbangkan semula kepada masyarakat. Aw Boon Haw pernah berkata, “Apa yang diraih dari masyarakut sepatutnya dikembalikan kepada masyarakat juga.”

Oleh kerana itu, pembinaan Tiger Balm Garden membuktikan aspirasi Aw Boon Haw yang ingin mengekalkan budaya Cina untuk generasi akan datang. Dia pernah berkata,”Saya mahu membina sebuah taman yang dapat memaparkan budaya Cina.”

Inilah hakikat sebenar tujuan dan dorongan di sebalik pembinaan taman yang luar biasa ini. Dengan semangat kental, Boon Haw mendapatkan khidmat arkitek yang mahir untuk merealisasikan impiannya, termasuk beberapa pengukir dan pelukis yang mencipta ribuan patung-patung dengan begitu teliti. Malah, dia juga terlibat secara langsung dalam mereka-bentuk Tiger Balm Garden.

Sejak ia dibuka pada tahun 1937, Tiger Balm Garden atau lebih dikenali sebagai Haw Par Villa kini, mendapat sambutan yang di luar dugaan. Ramai pengunjung yang memuji dan terpegun dengan kelainan taman ini. Seni ukir dan mengecat pada ribuan patung-patung batu amat bermutu tinggi dan unik. Ia berjaya memaparkan mitos dan kepercayaan orang-orang cina yang beragama Buddha dan Tao. Setiap ukiran dan patung terkandung bukan sahaja nilai estetikanya tetapi juga nilai dan mesej moralnya.

Namun, segala-galanya berubah apabila Jepun menjajah Singapura pada zaman perang dunia kedua. Oleh kerana Haw Par Villa terletak di kawasan Pasir Panjang, ia menghadapi serangan tentera Jepun yang bertubi-tubi di saat akhir sebelum kejatuhan Singapura ke tangan Jepun. Kawasan Pasir Panjang adalah kubu terakhir yang dipertahankan oleh askar Rejimen Melayu pimpinan Leftenan Adnan. Malah, kawasan Bukit Candu, tempat di mana Rejimen Melayu bertempur sengit dengan Jepun, sangat berdekatan dengan Haw Par Villa. Akibatnya, Haw Par Villa juga menjadi mangsa serangan tentera Jepun. Kediaman mewah Boon Par dan Tiger Balm Garden mengalami kerosakan yang meluas.

Semasa Jepun menyerang Singapura, Boon Haw dan Boon Par tidak ada di Singapura. Boon Par kembali ke Rangoon dan meninggal dunia di sana. Setelah tamat perang dunia kedua, Boon Haw kembali ke Singapura. Alangkah kecewanya dia melihatkan Villa kesayangannya itu musnah. Lalu, dia merobohkan rumah kediaman mewah itu tetapi meluaskan dan membina semula Tiger Balm Garden. Tanpa diduga, Boon Haw menemui ajalnya beberapa tahun kemudian dan tidak sempat menyaksikan hasil inspirasinya menjadi realiti.

Haw Par Villa kemudiannya diuruskan oleh orang-orang yang rapat dengan mendiang Boon Haw sehingga menjadi satu daya tarikan pelancong yang utama di Singapura pada tahun-tahun 60an hingga 90an.

Ke Alam Mitos Cina

Apabila anda melangkah masuk ke Haw Par Villa melalui sebuah pintu gerbang besar, anda seolah-olah melangkah masuk ke alam mitos Cina. Kepercayaan ini sudah wujud di dalam masyarakat Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu. Di kiri dan kanan dipenuhi patung-patung besar dan kecil. Terdapat sebuah pagoda tinggi dengan sebuah patung Budhha yang sedang duduk dengan posisi lotus. Ada juga tiga buah patung besar menggambarkan Tuhan Fu Lu Shou yang diletakkan di sebuah tanah tinggi.

Di satu sudut di Haw Par Villa, terdapat deretan patung-patung yang dinamakan Virtues and Vices (Kebaikan dan Kejahatan). Di sini nilai-nilai moral cuba dipaparkan melalui patung-patung kecil dengan menggunakan teknik sketsa. Contohnya, sebuah pameran dinamakan “Gunakan wang dan masa ke jalan yang berfaedah.” (Put money and time to good use). Di sini terdapat patung-patung yang menggambarkan orang yang suka berjudi dan mabuk, orang yang suka berpoya-poya di kelab dan orang yang rajin bekerja untuk mencari nafkah.

Satu lagi pameran yang bertajuk “Kasihanilah haiwan” (Be kind to animals). Di sini terdapat patung-patung yang mengisahkan seorang lelaki yang pernah menyelamatkan seekor kura-kura dari ditangkap oleh nelayan. Satu hari, lelaki ini terangkap di dalam sebuah kapal yang sedang karam. Sedang dia terapung-apung di tengah lautan, datang seekor kura-kura menyelamatkan lelaki itu. Lelaki itu pun naik di atas badan kura-kura tadi. Rupa-rupanya, itulah kura-kura yang pernah diselamatkannya.

Begitulah cara pencipta taman ini, Aw Boon Haw, mahu mendidik masyarakatnya mengenai nilai moral, budaya dan adat bangsa Cina. Walaupun dia tidak sempat hidup untuk melihat kemakmuran taman ciptaannya ini, namun jasa dan hasil usahanya masih dikenang hingga kini.

Disiksa, barulah dihidupkan semula

Satu-satunya daya tarikan utama Haw Par Villa ialah Ten Courts of Hell (Sepuluh Mahkamah Neraka). Masakan tidak, namanya sahaja boleh remang bulu roma. Di sini dipaparkan gambaran siksa neraka sebagai hukuman untuk orang yang membuat kejahatan semasa hidup. Samada anda mempercayainya atau tidak, inilah tempat yang anda tidak boleh “miss”.

Menurut kepercayaan orang beragama Buddha, setiap yang mati akan dihidupkan semula (reincarnation) samada mendapat hukuman atau kesenangan. Konsep kepercayaan orang-orang Buddha mengenai “neraka” berasal dari lagenda India Buddhist dan tersebar luas di negara China semasa zaman pemerintahan Dinasti Tang. Lama-kelamaan, ia diserapkan ke dalam kepercayaan mitos dan legenda orang-orang Cina.

“Ten Courts of Hell” ialah tempat di mana orang-orang yang membuat kejahatan semasa hidupnya yang terdahulu akan disiksa di dalam ke semua sepuluh mahkamah neraka. Di mahkamah yang ke sepuluh, barulah akan ditentukan bentuk apa yang akan dihidupkan semula. Setiap mahkamah akan diadili oleh “Yama” atau hakim yang akan menentukan jenis hukuman untuk setiap orang.

Setiap orang yang mati akan dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok yang pertama ialah orang yang banyak membuat kebaikan semasa hidupnya. Kelompok baik ini akan melalui sebatang jembatan emas menuju ke syurga.

Sementara kelompok manusia yang melakukan kejahatan semasa hidupnya akan diheret ke depan “Mirror of Retribution” (Cermin Pembalasan) sebelum dihumbankan ke dalam neraka. Di “Mirror of Retribution”, segala kejahatan orang itu akan ditayangkan kepadanya. Setiap mahkamah neraka akan menyiksa orang itu mengikut jenis-jenis kejahatan yang pernah dilakukannya.

Mahkamah Jenayah Hukuman


Mahkamah 1

  • Abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa: Dihempap dengan batu-batu besar atau digiling dengan penggiling besar.

Mahkamah 2

  • Mengumpat: Lidah ditusuk dengan alat tajam.
  • Mencuri: Dipaksa berteleku di atas serpihan besi.
  • Zalim: Direbus di dalam sebuah periuk besar, dikeluarkan segala isi perut dan dimasukkan ke dalam sebuah tempat panas.

Mahkamah 3

  • Rasuah dan tamak: Tangan digari dan dipukul.
  • Biadap kepada orang tua: Tulung rusuk ditusuk, dipanggang serta jantung, hati, paru-paru, tali perut dan mata dicabut.
  • Melanggar ajaran Confucius atau menjadi seorang pegawai yang tidak adil: Jantung dicabut, lutut dihancurkan serta muka dicakar dengan alat tajam.

Mahkamah 4

  • Dosa umum: Dihumban ke dalam sungai yang deras, melutut di atas duri-duri buluh, direbus di dalam minyak panas, kepala dibelah dua.
  • Menipu atau lari cukai: Dihempap dengan batu besar dan berat.
  • Mencuri: Tangan digergaji.
  • Mungkir janji: Bibir dibelah.

Mahkamah 5

  • Menzalimi haiwan dan manusia: Jantung dicabut dengan pengait atau dihumban di atas pedang-pedang tajam.

Mahkamah 6

  • Mencuri di kuil atau melanggar ajaran Tuhan: Melutut di atas paku-paku besi, badan digergaji dua, dibaham oleh tikus gergasi.
  • Membunuh haiwan: Badan dikerat dua.

Mahkamah 7

  • Melawan kerajaan: Dibaham anjing.
  • Menyebarkan berita palsu: Lidah ditarik.
  • Menyalahgunakan dadah, menyebabkan permusuhan: Dicampakkan ke dalam air mendidih.

Mahkamah 8

  • Melakukan jenayah bertentangan dengan ajaran Confucius dan menjalankan aktiviti tidak bermoral: Dihancurkan dengan roda-roda besar, dikelar, dikeluarkan organ-orang dalam tubuh, disambar petir serta tangan, kaki dan lidah dipotong

Mahkamah 9

  • Menyeludup atau merosakkan harta awam: Dipatuk ular, disengat lebah, dihumban ke dalam air mendidih.
  • Menulis atau melukis bahan lucah: Dihempap dengan kayu, kepala dihempap dengan besi dan dikukus, tulang dicabut.

Setelah melalui Mahkamah ke-9, mereka akan dibawa ke Mahkamah ke-10 untuk ditentukan bentuk apakah yang akan mereka dihidupkan semula. Samada akan menjadi orang kaya, haiwan, burung, petani, serangga atau orang miskin.

Inilah ukiran-ukiran patung yang dipaparkan di Ten Courts Of Hell untuk memberi keinsafan kepada para pengunjung tentang pembalasan selepas mati. Tedapat serangkap tulisan di pameran “Ten Courts of Hell” yang bermaksud, “Penderitaan tidak ada hentinya di sini. Hentikanlah membuat dosa sebelum terlambat.”

Haw Par Villa benar-benar membuktikan keyakinan orang-orang Buddha dan Tao mengenai amalan dan pembalasan selepas mati serta kepercayaan bahawa keadaan kehidupan di masa hadapan akan ditentukan semasa hidup kita kini. Inilah asas nilai moral dan etika orang-orang Cina dari zaman berzaman


1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 31-3-2014 06:13 PM
uish seram, tapi menarik...
Quote pakwetizzaqyah 31-3-2014 06:30 PM
Quote kenapaaku 1-4-2014 10:56 AM
tempat yg sy selalu pergi masa kecik2 dulu.
Arwah ayah bw kan dan dari dulu sy panggil taman tiger balm.

Quote sekel 1-4-2014 11:47 AM
time kecik pernah gie.................time dh dewasa pun gie lg...........seronok
Quote sapeka 1-4-2014 11:58 AM
hu...
pening tgk gamba2 kat atas
tapi budaya cina pon mengajarkan adanya pembalasan jika berbuat jahat..
kene selalu berbuat baik dan sebagainya..
Quote Nape?Tak caye? 1-4-2014 12:11 PM
Dosa Rasuah paling ringan , di gari dan dipukul sahaja
Quote riehan 2-4-2014 09:26 AM
seram..........
Quote donut_1752 2-4-2014 01:41 PM
rasenye lg best thailand pnye
Quote Shahreen74 2-4-2014 01:51 PM
oooo.. gitu ker citernyerrr.... masa kecik2 selalu g sana.. masa kecik2 mana la nak paham kan.. cuma seronok tengok patung2 yg ada... ambik2 gambar... dah tua nih baru tau citer disebalik pembinaannyer.. emmm... Sapa la yg take over Haw Par Villa ni ye.. Waris2 mereka atau kerajaan singapore dah ambik alih?

Dedulu umah arwah nenek kat area situ.. pasir panjang... umah kampung.. tp sedih.. semua kerajaan dah ambik... bg pampasan.. klu g sana lain bebenor tempatnyer.. dah x cm dah... rindunyer umah kpg kat sana dedulu... masih terbayang keadaan umah tu..
Quote nurelle 5-4-2014 02:59 PM
Nape?Tak caye? posted on 1-4-2014 12:11 PM
Dosa Rasuah paling ringan , di gari dan dipukul sahaja

no wonder la dorg selamba je bagi rasuah...
Quote Nape?Tak caye? 5-4-2014 03:35 PM
nurelle posted on 5-4-2014 02:59 PM
no wonder la dorg selamba je bagi rasuah...

tu le....

Quote imransulaiman 5-4-2014 09:14 PM
Wujud lagi ke vila ni sekarang? Masuk ada bayaran tak?
Quote redz85 6-4-2014 09:13 AM
dah tak best tempat ni.. dulu pada tahun 70-8oan masuk free.. sangat meriah

jejak aje depan gerbang tu ada ramai orang india dengan ular tedung mereka.. boleh bergambar.. harga tak ingat.. suka tengok ular tu ikut alunan seruling

pada tahun 90an goverment singapore ambik tempat ni.. di buat renovasi besar besaran.. di tambah itu ini.. siap dgn bot cina bergerak masuk ke mulut naga.. tapi dah takde feel..  harap kan pelancong aje.. bayaran masuk $15.. orang tempatan boikot tempat ni.. tempat menjadi lengang..

sekarang tak silap masuk percuma tapi masih lagi takde orang minat nak kunjung sebab dah tak macam dulu..

dulu ke sini sebab di belakang tu ada kubur orang islam.. ikut mak pak kunjung kubur moyang.. sekarang kubur kubur tu dah takde.. di pindah ke pusara aman..

tapi masih ada tinggal satu kubur di lereng bukit.. di tutupi dengan pokok pokok buluh.. sampai sekarang tak tahu itu kubur siapa, betul betul belakang bus stop..

kawasan haw par villa ni sangat menakutkan bila waktu malam.. dulu lepas kul 11 malam jarang driver bas nak stop kat situ sebab dah banyak sangat cerita mereka kena kacau..

ada juga abang motor.. pakcik pakcik naik skuter di ganggu.. cik pon tumpang kat belakang..

sekarang tempat ni dah terang.. keliling banyak rumah private.. church.. masjid.. dah tak takut sangat..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063440 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top