CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto

9-4-2014 03:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25653| Komen: 35

Description: Jika Ada Yang Belum Faham Fungsi Setiap Gear, Bolehlah Rujuk Keterangan Setiap Susunan Gear Untuk Gearbox Auto Yang Berikut:
(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto





Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.



Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki


Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak


Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D


2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D


Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?


Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:


P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.


R – reverse, untuk mengundur kereta anda


N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.


BACA JUGA: Senarai Panduan Ubahsuai Kenderaan Dari JPJ


D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja


3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3


2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu


L – Low gear, gear pertama


Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba 

2

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kgdangar 3-4-2014 08:23 PM
nice info....

kalo ikot petua ni kire efek die boley jimat petrol ngn jage engine ker...??
Quote zulka 4-4-2014 08:39 AM
kalau amalkan insyaallah gearbok boleh tahan lama...
Quote payne 4-4-2014 09:28 AM
kereta saya dulu gear auto yg mcm ni ada tombol ni. setiap kali nak tukar gear saya tekan tombol tu. ok je pulak kereta tu, 6 tahun gak la pakai. button tu bukannya mcm lock ke utk safety? (takut tengah2 driving tertolak gear). yg saya perasan kalau dari P>R, R>N kalau tak tekan button tu gear tak boleh tolak.
Quote menjad 7-4-2014 06:55 PM
erk baru tau jer nie... sah setahun kai keta auto... isk
Quote kerasuk 9-4-2014 10:35 AM
kalau turun dari genting tu guna la gear 3, jgn D nanti brek hangit
Quote mujer_in_espejo 10-4-2014 10:11 AM
sy ulang-alik stp minggu bukit dia mcm genting lah. mula2 dulu guna D. pastu guna N? pastu skg baru phm bila kena tegur, sy guna 3 dah.
Quote zulka 10-4-2014 11:49 AM
mujer_in_espejo posted on 10-4-2014 10:11 AM
sy ulang-alik stp minggu bukit dia mcm genting lah. mula2 dulu guna D. pastu guna N? pastu skg baru  ...

biar betik guna N??
nasib baik tak menjunam...
Quote munchkin 10-4-2014 12:30 PM
tq for the tips
Quote shazman73 10-4-2014 01:06 PM
uft4yr84r49ttuutyuuprgtu Last edited by shazman73 on 6-11-2014 02:51 AM

Quote mujer_in_espejo 10-4-2014 02:11 PM
zulka posted on 10-4-2014 11:49 AM
biar betik guna N??
nasib baik tak menjunam...

betul. bila ingat balik mcm bongek plak. hahahaha.  sbb abg sy kata turut bukit kecik dkt rumah sy tu bleh guna N. tp sy gi apply N tu dekat bukit tinggi n panjang.
Quote zulka 10-4-2014 02:12 PM
shazman73 posted on 10-4-2014 01:06 PM
ikut cara aku lak, bila bawak keta stay je kat D, tukar ke N hanya bila berenti kat trafik light, na ...

emm..... kalau perlu tukar ke 2, kena tukar....jgn paksa penggunan D..
lagi cepat rosak kang.....
Quote zulka 10-4-2014 02:14 PM
mujer_in_espejo posted on 10-4-2014 02:11 PM
betul. bila ingat balik mcm bongek plak. hahahaha.  sbb abg sy kata turut bukit kecik dkt  ...

salah tu...
N tu neutral..gear tak enggange...so tayar takde grip langsung...boleh terbabas anytime...

Quote mujer_in_espejo 10-4-2014 02:57 PM
zulka posted on 10-4-2014 02:14 PM
salah tu...
N tu neutral..gear tak enggange...so tayar takde grip langsung...boleh terbabas anyti ...

apa yg sy tau kan? ikut saja.. adoiiii. ngerriii plakkk.. nasib baik xda apa2
Quote bandung_cincau 10-4-2014 05:51 PM
tiba2 aku rasa kereta auto ni payah =='
Quote jimmyajim 10-4-2014 05:59 PM
Kalau turun bukit time jalan jem memang aku biasa letak gear N. Kereta manual pulak tu, malas nak masuk gear.
Quote assaffah 10-4-2014 08:34 PM
jimmyajim posted on 10-4-2014 05:59 PM
Kalau turun bukit time jalan jem memang aku biasa letak gear N. Kereta manual pulak tu, malas nak ma ...

Kereta manual lagi lah patut masuk gear 2 atau 3. Engine braking dia panggil. Lagi pun gear manual ni tahan lasak. Jarang rosak.
Quote nanie 12-4-2014 09:56 PM
selalu mmg tekan tombol bile tukar gear dari D ke N, N ke D. xtau plak leh tolak je

so klo tekan tombol leh rosak ke?

D ke P plak cemane?
Quote CikNano 14-4-2014 09:15 PM
baik guna manual.....iolls baru rancang nak pakai kete auto Last edited by CikNano on 14-4-2014 01:18 PM

Quote R.A.M.A_mirror 15-4-2014 08:41 AM
nice info...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.213410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top