CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Zul Huzaimy Tak Hadir Pelancaran Drama Sendiri

10-4-2014 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6268| Komen: 10

Description: Mungkin Juga Zul Huzaimy Punya Urusan Lain Yang Lebih Penting Hingga Menyebabkan Dia Tidak Dapat Hadir Pada Majlis Dramanya Sendiri. Atau Mungkin Dia Sengaja Mengelak Dari Bertemu Media. Almaklumlah T ...
Gara-gara kontroversi, Zul Huzaimy Tak Hadir Pelancaran Drama Sendiri?



Beberapa hari ini, nama pelakon dan pengarah Zul Huzaimy agak panas ekoran dakwaan dia kononnya sedang hangat bercinta dengan isteri orang. Dalam laporan sebuah portal baru-baru ini, Zul Huzaimy enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut. Malah Zul berkata, dia tidak ambil peduli mengenai dakwaan tersebut.

Bagaimanapun semalam telah berlangsung satu majlis drama berjudul 'Perempuan Dalam Pasungan'. Drama 28 episod itu diarahkan sendiri oleh Zul serta difahamkan dia juga merupakan penulis skrip karya yang disiarkan di saluran Astro itu.

Sayangnya pada majlis yang diadakan penuh meriah di Hard Rock Cafe itu, kelibat Zul langsung tidak kelihatan. Apa cerita? Sedangkan aktor berstatus duda anak satu itu antara orang kuat dalam menghasilkan drama yang dicanang-canang sebagai drama episod yang hebat dan menarik itu.

Mungkin juga Zul Huzaimy punya urusan lain yang lebih penting hingga menyebabkan dia tidak dapat hadir pada majlis dramanya sendiri. Atau mungkin dia sengaja mengelak dari bertemu media. Almaklumlah takut ditebak dengan soalan-soalan panas ekoran kontroversinya itu.

Ketika pihak media bertanyakan kepada produser drama tersebut iaitu Datuk Rafiena Ezanee Ramli (juga merupakan salah seorang pelakon drama itu) sebab Zul tidak hadir, wanita
itu tidak mampu memberikan jawapan dan sekadar tersenyum. Hmm...

Tetapi mujur juga dikalangan pihak media sedia maklum yang Zul dengarnya memang liat nak muncul pada mana-mana majlis hiburan. Lebih-lebih kalau acara itu tidak melibatkan dirinya langsung. Tapi, majlis semalam kan adalah acara mempromosikan karyanya sendiri. Hmm.

Apapun, jangan lupa saksikan 'Perempuan Dalam Pasungan' pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang di Astro Prima (105) dan Maya HD (135). Drama ini turut dijayakan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Lia Natalia, Mubarak Majid dan Rosnah Mat Aris.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote digitizer 9-4-2014 05:03 PM
I like zul huzaimy..xyah dtg pun xpe.tp jgn ada skandal ngan bini org plak nanti dgn2 ko skali kena baling ngan slipar.
Quote Zumbajunkie 9-4-2014 05:14 PM
dah level Brad Pitt katakan.

puii.
Quote mattzzx 9-4-2014 05:43 PM
Mungkin dia tak sihat atau ada hal yang lebih mustahak kot....
Quote encikWawad 9-4-2014 05:57 PM
baik tayah datang - kalau datang pun - dapat satu soklan about keje - and di terjah pasal gosip ngan bini orang - wise move
Quote tykarib 9-4-2014 06:03 PM
boleh tahan dia ni belakon
Quote razureza 9-4-2014 06:03 PM
Ehh..bukan dah ada the thread Zul Huzaimy nih?

Mohtip banyak sgt cerita psl heols?
Quote gekgucekgi 9-4-2014 07:45 PM
kemain nya DATUK Rafiena Ezanee Ramli
Quote bambimo 9-4-2014 07:47 PM
Dia ni brlakon best jugak..iols ingt dia jd spark..sempoi je..tp hal2 peribadi cmni wat dia jatuh..sayang lah...
Quote tomet05 10-4-2014 09:15 AM
gekgucekgi posted on 9-4-2014 07:45 PM
kemain nya DATUK Rafiena Ezanee Ramli

sape datuk ni ?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.402307 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top