CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Elfira Loy Borong Kain Rm20,000 Di India

10-4-2014 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32868| Komen: 153

Description: Elfira Turut Memberitahu, Peluang Berbelanja Itu Dilakukan Kerana Dia Bertuah Selepas Mendapat Tawaran Mengikuti Lawatan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Airasia Ke Kochi Selama Tiga Hari Bagi Memp ...
Elfira Borong Kain RM20,000 Di India
Elfira (tengah) bersama adik-adiknya Ezlisa (kiri) dan Ezzrin (kanan) teruja dapat bercuti ke Kochi, India bersama AirAsia.

  
PETALING JAYA: Pelakon Elfira Loy tidak lokek berbelanja sehingga mencecah kira-kira  RM20,000 untuk membeli pelbagai fabrik mewah dan produk kecantikan ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini.


Menurut Elfira, 20, minatnya terhadap kecantikan menyebabkan dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan berjumlah ribuan ringgit bagi membeli sesuatu produk mengikut cita rasa dan penampilannya.

"Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang.

"Jadi apabila berpeluang ke India, pastinya kain sari adalah sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai 'lehenga' berharga kira-kira RM4,000," katanya kepada mStar Online.

Tambah Elfira perbelanjaannya itu sangat berbaloi jika dia mahu mendapatkan fabrik dari kualiti yang sama dalam pasaran tempatan.

"Kalau di Malaysia harga sepasang 'lehenga' kira-kira RM7,000. Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas," katanya.

Pelakon tiga beradik ini akui jarang dapat bercuti ke luar negara bersama-sama kerana komitmen masing-masing terhadap pelajaran dan kerjaya.
Terang Elfira, 'lehenga' merupakan gaun labuh yang dihiasi sulaman tangan merupakan pakaian tradisional wanita India khususnya ketika menyambut perayaan.

Elfira turut memberitahu, peluang berbelanja itu dilakukan kerana dia bertuah selepas mendapat tawaran mengikuti lawatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia  ke Kochi selama tiga hari bagi mempromosikan produk pelancongan di daerah itu.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus.

Mengulas mengenai kunjungannya ke Kochi dan Kerala, Elfira berkata dia teruja melihat sendiri aktiviti menangkap ikan secara tradisional menggunakan 'pukat Cina'.

"Ini pengalaman yang paling seronok ketika di Kochi. Bukan sahaja dapat melihat sendiri gaya hidup masyarakat setempat, malah saya dan adik-adik berpeluang mencuba menangkap ikan menggunakan pukat itu," katanya.

Elfira Chinese Fishing Nets
Elfira (kanan), Ezzrin (tengah) dan Ezlisa cuba mengendalikan pukat Cina yang masih digunakan oleh penduduk tempatan untuk menangkap ikan.
Selain itu pengalaman menaiki 'rumah bot' menyusuri kawasan tasik berlatarbelakangkan kawasan perkampungan penduduk tempatan merupakan pengalaman istimewa yang tidak pernah dirasai.

"Walaupun perjalanan untuk ke destinasi itu mengambil masa yang lama, namun pakej yang disediakan termasuk makan tengahari di dalam bot cukup untuk saya melupakan seketika jadual kerja yang padat selama ini," katanya.

Sementara itu jelas Elfira yang bakal tampil menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah pada Mei ini, dia gembira apabila diberi peluang untuk bersama-sama AirAsia mengikuti lawatan tersebut terutamanya perjalanan itu disertai ibu dan adik-adiknya.

Elfira Houseboats
Elfira merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan AirAsia dan wakil media.
"Dalam kesibukan kerja, bukan mudah untuk kami sekeluarga meluangkan masa untuk bercuti bersama-sama.

"Jadi apabila AirAsia beri kesempatan sebegini, kami rasa cukup bertuah dan berterima kasih," katanya.

AirAsia menawarkan perjalanan sebanyak sepuluh kali seminggu ke Kochi, India dengan pelbagai promosi tambang rendah ditawarkan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.airasia.com.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 10-4-2014 06:50 AM
Income tax sila pantau
Quote alieyrina 10-4-2014 07:18 AM
Bestnya dpt beli kain nak wat baju rayaaa  
Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 07:35 AM
selamat menghantar e-filing LHDN

tunaikan tonggongjawab anda
Quote incek_akim 10-4-2014 07:45 AM
nak buat stok baju raya letew~
Quote ais_kosong 10-4-2014 07:45 AM
untongla...
Quote cegitu 10-4-2014 07:51 AM
Bestnya dapat shopping kat sana......
Quote leezzaliza 10-4-2014 08:00 AM
Banyak nye duit... Aku ni nk simpan 20k ambik masa 5,6 tahun br cukup..
Quote mitnick 10-4-2014 08:23 AM
tudiaa....
shopping cemerlang sungguh
Quote kokocrunch 10-4-2014 08:29 AM
seronoknya shopping.
Quote bambimbom 10-4-2014 08:36 AM
LHDN sila masukkan name elfira dlm list
Quote NHolmes 10-4-2014 08:39 AM
Best jugak eh jadik retis nih shopping sana sini holiday sana sini
Quote princess_happy 10-4-2014 08:41 AM
LHDN kena pantau retis2 nih...ade yg culas bayar cukai...
Quote blackred99 10-4-2014 08:49 AM
mak aihh, byk btol duit dia walaupun berlakon gitu2 je..

leh la mintak sumbangan sket, saya nak sambung study..
Quote -electrifying- 10-4-2014 08:53 AM
tax detected.
Quote aseela 10-4-2014 09:09 AM
orang kirim tu....sorang kirim 10 helai sari....10 orang kirim... sehelai sari 200...
hah..sila buat kira2...
biasa la orang kirim2 je kalau tau kawan sedara kenalan nak p vietnam ke india ke indo ke...tapi kirim duit sekali..bukan air liur je
Quote pet_ayut 10-4-2014 09:10 AM
tax and zakat sila bayar..hehehe
Quote cikatilia 10-4-2014 09:14 AM
dia willingly citer ke ditanya
kalau ditanya aku xrasa dia wajib jawab

mcm bodo je memberitahu semua2

nak eksyen ke or nak bagi tau dia kaya ke apa
Quote budakmanentah 10-4-2014 09:17 AM
cikatilia posted on 10-4-2014 09:14 AM
dia willingly citer ke ditanya
kalau ditanya aku xrasa dia wajib jawab

alaaa x eran sgt la kalau dia sndiri yg bukak mulut...mcm dia menayang dlm ig dia la...dia ni kan stok2 bimbo...nmpk adik dia si ezlisa tu lg cerdik dr dia
Quote whadda 10-4-2014 09:17 AM
ye yang penting zakat harta tu...

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.157904 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top