CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Scha, Awal Menangis Bila Baby Bergerak

11-4-2014 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24943| Komen: 137

Description: "Dua Tga Minggu Lepas, Baby Bergerak Dan Saya Pun Panggil Lah Awal. Dia Terkejut Sebab Pergerakan Baby Dalam Perut Saya Aktif Sangat. Masa Tu Bila Kami Tengok Sama-Sama, Mengalir Juga Lah Air Mata S ...



Tinggal kira-kira tiga bulan saja lagi pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan suaminya Awal Ashaari bakal menimang cahaya mata sulung mereka. Bakal melalui pengalaman pertama sebagai ibu dan ayah, perasaan berdebar bercamur gembira mula dirasai oleh pasangan yang juga dikenali dengan jolokan Schawal ini.

"Alhamdulillah, kandungan saya suda masuk enam bulan. Pada peringkat trimester dulu, saya mengalami alahan yang agak teruk. Saya tak larat nak buat apa-apa kerja. Saya tak mahu jumpa dengan orang. Saya tak boleh dengar bunyi telefon. Sampai sekarang telefon bimbit saya dalam mode 'silent'. Saya tak lalu makan sehingga ditahan di hospital selama tiga hari. Saya ingat saya alami depresi tapi kawan-kawan yang berpengalaman beritahu yang simptom sebegitu memang normal.


"Sekarang saya dah kembali normal dan dah mula aktif semula. Saya dah mula hadiri acara hiburan dan jalani beberapa penggambaran untuk iklan dan ambil tawaran pengacaraan. Cuma buat masa ini saya tak ambil tawaran berlakon sebab tak larat", kata Scha ketika ditemui pada majlis pelancaran pewangi terbaru Avon, baru-baru ini.

Tambah hos program 'Muzik-Muzik' ini, selera makannya juga semakin menjadi-jadi dan kerana itu juga berat badannya kini naik sebanyak 5 kilo. Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh memakan baju dan kasut berwarna merah jambu.

"Saya tak ada pula mengidam yang pelik-pelik. Tapi saya banyak makan nasi. Hari-hari mesti nak ada nasi lepas tu saya makan conflakes, makan roti. Dulu pun saya suka makan nasi tapi berat badan tak naik-naik. Sekarang ni berat saya dah naik 5 kilo. Selain tu, kalau dulu saya tak suka warna mera jambu. Tapi sekarang saya boleh pula pakai kasut warna mera jambu, skirt merah jambu", tuturnya sambil tersenyum.

Scha bagaimanapun memberitahu, dia belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran pertamanya itu. Sebalik Awal yang lebih beria-ria mahu membeli segala kelengkapan. Namun dia dan suaminya sudah memilih beberapa nama untuk anak mereka.

"Dan dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki. Saya tak buat apa-apa persiapan pun, cuma baru beli stroller. Kami juga suda ada beberapa nama. Saya lebih suka nama klasik macam Amina, Naema,, Ibraim, Muzaffar. Awal pula suka nama-nama moden" ujarnya.

Dalam pada itu Scha juga mendedahkan sejak dirinya hamil, Awal sudah kurang romantik berbanding sebelum dan pada permulaan kahwin. Namun dia bersyukur kerana Awal merupakan seorang suami bertanggungjawab walaupun suaminya itu sibuk dengan kerja. Seperkara yang menyentuh perasaan Scha, apabila Awal sering bercakap dengan perut Scha.

.

"Walaupun Awal sibuk dengan kerja dia, dia tetap ada masa layan kerena saya. Satu lagi, saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, "assalamualaikum, hari ni buat apa?".

"Dua tga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab momen tu sangatt menyentu hati kami", ceritanya.

Scha dijangka bersalin di Hospital Prince Court, Ampang dan akan berpantang di rumah ibunya di Damansara.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 11-4-2014 08:57 AM
Tahniahlah..hatap baby lahir selamat
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 08:58 AM
akak pun hatap baby tu lahir dengan selamat
Quote poyohabis 11-4-2014 08:59 AM
tahniah bila kita tau ibu2 mengandung mmg kita sentiasa berharap ibu2 selamat bersalin...anak girl kot nie suka warna pink...
Quote brown_pupil 11-4-2014 09:04 AM
best nyer lahai... time baby gerak2 tu memang moment yang paling best...
Quote burque 11-4-2014 09:08 AM
Lawak tol kassim patalon ni
Quote whadda 11-4-2014 09:15 AM
Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh memakan baju dan kasut berwarna merah jambu.

Memakan..??

pape pon harap2 lahir ngan selamat dan comei macam scha...



Quote mekya 11-4-2014 09:15 AM
scha sekarang suda boleh memakan baju dan kasut berwarna merah jambu?
Quote amyainsamad 11-4-2014 09:15 AM
naik 5kg je......untungla
Quote p.timur3831 11-4-2014 09:24 AM
whadda posted on 11-4-2014 09:15 AM
Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh ...

Haha..aku pn perasan ada typo kt situ..lps tu,aku fikir,aik awat pelik sgt scha ngidam smp nk mkn baju?rupa-rupanya typo..hehe
Quote kak_jiebam 11-4-2014 09:24 AM
Auntie pun hatap semuanya selamat
Quote azie.dz 11-4-2014 09:26 AM
ni pon jd berita hehe

pasni retis manalak nangis kan ahaks
Quote CariMalay 11-4-2014 09:27 AM
Anak awal tinggi tak gemuk tak kurus badan saiz sedrhana lobang hidung beso macam scha
Quote fifie_olin 11-4-2014 09:27 AM
prince court tuu...ko mampoo
Quote JAY_NAYRA 11-4-2014 09:28 AM
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah swt. Amin.
Quote caplimau 11-4-2014 09:29 AM
amyainsamad posted on 11-4-2014 09:15 AM
naik 5kg je......untungla

haaaa tu lah.. aku ngandung dr mula smpi 7bln da nek dekat 12kg..

hahahahahhahaha
Quote avrilizana 11-4-2014 09:29 AM
whadda posted on 11-4-2014 09:15 AM
Malah satu perubahan ketara yang disedari pada dirinya, apabila dia sekarang suda boleh ...

aku pun tergelak baca
Quote avrilizana 11-4-2014 09:31 AM
fifie_olin posted on 11-4-2014 09:27 AM
prince court tuu...ko mampoo

at least dorang bayo ngn duit sendri.. staff petronas lagi untung, ditanggung beres kat situ
Quote caplimau 11-4-2014 09:31 AM
fifie_olin posted on 11-4-2014 09:27 AM
prince court tuu...ko mampoo

klo nk diikutkan prince court takde la mahal sgt fie..
ampg putri rate lg mahal dr PCM hokeyy..
group2 KPJ mmg stock ptg leher je skrg ni..
Quote jlo 11-4-2014 09:31 AM
semoga dipermudahkan amin..

mg time baby gerak tu moment paling best

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068215 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top