CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Dunia Pencetus Ummah Jelajah 7 Negeri Dekati Masyarakat

11-4-2014 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2390| Komen: 1

Description: Selepas Mencipta Fenomena Televisyen Di Malaysia Dengan Mencatat Rating 5.5 Juta Penonton Pada Episod Akhir, Pencetus Umah Kini Bakal Kembali Kepada Masyarakat Dengan Pendekatan Dakwah Yang Lebih Krea ...


Selepas mencipta fenomena televisyen di Malaysia dengan mencatat rating 5.5 juta penonton pada episod akhir, Pencetus Umah kini bakal kembali kepada masyarakat dengan pendekatan dakwah yang lebih kreatif menerusi 'Dunia Pencetus Ummah'.

Menariknya slot rancangan keagamaan ini akan menjelajah ke 7 buah negeri sekaligus bagi mendekati masyarakat khususnya golongan belia dan remaja bagi menyebarkan dakwah dan berkongsi ilmu serta pengetahuan dalam agama.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris, 'Dunia Pencetus Ummah' sebagai tanda terima kasih dan perhargaan atas sambutan luar biasa yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat terhadap program Pencetus Ummah (PU) yang lalu.


"Program PU yang lalu mendapat sambutan luar biasa. Justeru PU kembali kepada masyarakat dan menyumbangkan kepakaran mereka dalam membangunkan Islam. Kami akakn meneruskan pendekatan kreatif kami, kali ini lebih dekat dengan masyarakat juga golongan remaja yang telah menyokong program ini. Kami juga sedikit sebanyak telah mengkaji beberapa pendekatan yang dapat menarik minat lebih ramai lagi golongan muda remaja sama-sama mendengarkan tazkirah.


Barisan Finalis Pencetus Ummah, (berdiri) PU Thowi, PU Salman (duduk) PU Yeop dan PU Hafiz bakal kembali menerusi program 'Dunia Pencetus Ummah'. Kredit foto Faisol Mustafa.

'Dunia Pencetus Ummah' akan membawakan tazkirah oleh PU Hafiz, PU Shahul, PU Yeop, PU Rahmat dan para Pencetus Ummah yang lain dengan pendekatan kreatif seperti yang ditayangkan di televisyen. Disamping akan juga diselangi persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal seperti Shahir, Sabhi Saddi, dan kumpulan In-Team.

Selain turut menampilkan Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan Fahrin Ahmad sebagai pengacara. Slot rancangan keagamaan ini juga akan disiarkan di Astro Oasis (Saluran 106) dan ditayangkan serentak di Maya HD (saluran 135) pada setiap Khamis 9 malam bermula 1 Mei ini.

Berikut adalah antara lokasi 'Dunia Pencetus Ummah':
19 & 20 April     Dewan JKKN, Seremban Negeri Sembilan
17 & 18 Mei       MITC, Ayer Keroh, Melaka
13 & 14 Jun       Dewan Berlian, Majlis Pembandaran Kemaman, Terengganu
5 & 6 Julai          Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan Pahang
18 & 19 Julai      Dewan JKK, Kota Baru Kelantan
8 & 9 Ogos         Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor
22 & 23 Ogos     Dewan Perbandaran Sg. Petani, Kedah

Sambil itu sebagai persiapan untuk musim akan datang, Astro turut mengadakan sesi ujibakat Pencetus Ummah musim kedua serentak di lokasi Dunia Pencetus Ummah ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang.


http://www.malaysiandigest.com/h ... ati-masyarakat.html


Bagus
8

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.159393 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top