CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pemilik Tanah Kg.Baru Untung 10 Kali Ganda !

14-4-2014 10:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7750| Komen: 42

Description: Kuala Lumpur: Semua Pemilik Tanah Di Kampung Baru Di Sini, Berpeluang Mendapat Keuntungan 10 Kali Ganda Daripada Harga Tanah Menerusi Pelaksanaan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020 ( ...


Kuala Lumpur: Semua pemilik tanah di Kampung Baru di sini, berpeluang mendapat keuntungan 10 kali ganda daripada harga tanah menerusi pelaksanaan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020 (PITPKB 2020).

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, keuntungan nisbah 10 itu dibuat merujuk kepada penilaian semula harga tanah semasa.

“Orang mahu tahu nilai dan bila mereka (pemilik tanah) boleh mendapat keuntungan itu. Apa yang pasti, mereka mendapat keuntungan paling besar kerana tanahnya sudah mempunyai nilai tinggi,” katanya pada sidang media Isu Berbangkit Ke Atas Draf PITPKB 2020 di sini, semalam.



Menurutnya, PKB berusaha menjaga hak kepentingan pemilik tanah di Kampung Baru iaitu menjual tanah pada harga lebih tinggi.

“Kampung Baru mempunyai tanah kecil dan ramai pemilik. PKB memberi ruang dan peluang pada pemilik menerusi draf pelan ini dan pembangunan Kampung Baru selaras dengan pembangunan dirancang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Katanya, PKB bertindak sebagai fasilitator iaitu pemudah cara yang menguruskan proses jual beli mahupun pajakan tanah di kawasan itu manakala keputusan kelulusan tertakluk kepada DBKL.

“Pemilik tanah masih mempunyai masa selama sebulan untuk membuat keputusan. Apa yang dilakukan PKB adalah memudahkan pembangunan di kawasan ini dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, faktor kejayaan atau gagal projek pembangunan itu bergantung kepada keyakinan pemilik tanah untuk membangunkan tanah mereka.

Merujuk kepada Hari Terbuka dan Pameran Draf PITPKB 2020 yang masih diadakan, tiga isu utama dibangkitkan iaitu cadangan komponen pembangunan terutama kediaman, isu masa depan hak milik dan keuntungan orang Melayu serta pembangunan yang dikatakan memusnahkan warisan.

Draf PITPKB 2020 mencadangkan peningkatan jumlah penduduk daripada 18,372 kepada 77,000 orang dengan peningkatan unit kediaman sebanyak 17,500 unit berbanding 5,064 unit sedia ada menjelang 2035.

Dalam draf itu, komponen warisan seperti masjid, Kelab Sultan Sulaiman dan 11 rumah warisan terus dikekalkan dan dipertingkatkan dalam menjamin kesinambungan pembangunan cadangkan.

“Ruang lebih besar juga diberikan kepada peniaga di Pasar Jalan Raja Bot yang akan beroperasi 24 jam. Apapun, kita tidak boleh hilangkan ciri atau karakter Kampung Baru,” katanya.

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 12-4-2014 07:10 AM
[youtube]MbV4l2wyeFk[/youtube]
Quote True-X 12-4-2014 07:11 AM
Pertambahan penduduk tuh..org tempatan ke..org obersee?
Quote vespa_oren 12-4-2014 07:31 AM
Bukan lagu "anak kecil bermain api" k?

Quote vespa_oren 12-4-2014 07:32 AM
Bukan lagu "anak kecil bermain api" k?

Quote hyie 12-4-2014 08:44 AM
sampai terpost 2 kali
Quote Artemesiaa 12-4-2014 09:59 AM
Penambahan penduduk melayu sahaja ke bangsa2 lain sama.  Banyak le dia punya gula2 cari peluang nak dapat project baru.
Quote sup@rm@n 12-4-2014 10:12 AM
Ni le dianya org melayu yg menjahanamkan org melayu. Abis tergadai harta benda
Quote AHMADVW 12-4-2014 10:15 AM
hbis nk dijualnya, hilang ketuanan melayu
Quote Qi_L 12-4-2014 10:42 AM
melayu oh melayu
Quote nevberg 12-4-2014 10:55 AM
lepas ni kampung baru akan ditukarkan kepada nama lain seperti kampung kerinchi yang ditukarkan kepada bangsar south...
Quote lostnfaun 12-4-2014 11:09 AM
Aritu mkn kt Kg. Baru dgn org kg sembang " org kg baru mana ada gi keje, org kg baru makan royalti jer"...

Ptt la byk indon yg meniaga kt situ....
Quote HUHA 12-4-2014 12:03 PM
HIDUP UMNO!!!
Quote pakweneelofa 12-4-2014 12:23 PM
cayalah...ni smua idea DS Najib
Quote Al-Patih 12-4-2014 04:23 PM
HUHA posted on 12-4-2014 12:03 PM
HIDUP UMNO!!!
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, keuntungan nisbah 10 itu dibuat merujuk kepada penilaian semula harga tanah semasa.

siAstaman ...ke ....
Quote the_killer 12-4-2014 04:26 PM
Kampung baru ni elok di serahkan pada indonesia kerana yg membuka kampung baru pon org2 minangkabau..org2 bawean..dan org2 banjar...mana ada kaum melayu
Quote freebird 12-4-2014 04:32 PM
kampaung baru penuh dengan expatriate je....
dan juga binatang kesayangan expatriates ni, iaitu tikus....
Quote lavajeans 12-4-2014 04:36 PM
Ha...ha..ha..ha..ehem..

Bertambah kaya la wa...

Quote mattzzx 12-4-2014 04:37 PM
PakCik Kayoo.............nanti ramai lah salesman kete mewah yang berkampung di situ...
Quote the_killer 12-4-2014 04:38 PM
freebird posted on 12-4-2014 04:32 PM
kampaung baru penuh dengan expatriate je....
dan juga binatang kesayangan expatriates ni, iaitu tik ...

Kampung baru ni semua bangsa keturunan dari sumatera...sepatutnya diserahkan kepada indonesia ja..kaum2 melayu asal mana ada buka penempatan di kampung baru..melayu bukak penempatan nelayan ja di pesisir tanah melayu...org2 seberang ja yg p ngada2 bukak tanah dan penempatan di dlm utan

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.231933 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top