CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Shakila Khoriri Pernah Diserang & Diugut

14-4-2014 01:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25860| Komen: 81

Description: Shakila Berkata, Dia Mula Menyedari Punca Dia Diserang Adalah Kerana Watak Antagonis Yang Dibawanya Memberi Kesan Kepada Penonton, Namun Menganggap Positif Terhadap Kejadian Yang Berlaku.



8 Apr – Pelakon yang semakin meningkat naik, Shakila Khoriri mendedahkan dia pernah diserang dan menerima ugutan disimbah asid oleh individu tidak dikenali, malah dikutuk hebat di laman sosial kerana melakonkan watak antagonis dalam beberapa drama sebelum ini.


"Saya terkejut apabila menerima ugutan daripada individu itu yang berniat mahu menyimbah asid ke muka saya. Individu tersebut juga turut mengirim gambar saya yang diconteng dengan pen warna merah.



"Saya memang takut kerana selalu balik lewat jika ada penggambaran. Atas nasihat ahli keluarga dan rakan, saya membuat laporan polis demi keselamatan diri," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Tambah Shakila lagi, dia juga pernah diserang seorang wanita ketika mengikuti program sebuah drama bersama pelakon lain.
"Ketika itu, saya sibuk melayan peminat yang ingin mengambil gambar dengan saya. Sebelum itu, saya menyedari seorang wanita asyik memandang saya seolah-olah tidak puas hati.
"Dia kemudian datang dan memukul bahu saya dengan kuat menggunakan beg tangannya beberapa kali. Memang sakit tapi saya tenang walaupun tidak mengetahui punca sebenar dia melakukan demikian."


Shakila berkata, dia mula menyedari punca dia diserang adalah kerana watak antagonis yang dibawanya memberi kesan kepada penonton, namun menganggap positif terhadap kejadian yang berlaku.


"Dalam drama itu saya berlakon sebagai Suzanne yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri dan untuk kemahuanya."


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idadzira 8-4-2014 12:43 PM
saper ni? pic ada ? x kenal pun
Quote beatgirlX 8-4-2014 12:43 PM
siapa shakila ni?ada pic?
kekadang nama tak tau..tengok muka baru perasan....
Quote ais_kosong 8-4-2014 12:43 PM
lakonan menjadi sangat ya
Quote incek_akim 8-4-2014 12:56 PM
Shakila berkata, dia mula menyedari punca dia diserang adalah kerana watak antagonis yang dibawanya memberi kesan kepada penonton, namun menganggap positif terhadap kejadian yang berlaku.


wah. betol2 menjiwai drama la penonton tu. haha~
Quote arezla 8-4-2014 01:09 PM
sedar kewujudan minah ni dlm drama... tp baru tau nama dia sbb tertengok cite kol 7 slot akasia Aku isterinya yg dok tgh tayang skrg... tp watak dia blom muncul... cite adam dan hawa pun ada jd adik heroin
Quote bambimbom 8-4-2014 01:14 PM
pas watak dia kluar dlm Aku Isterinya mesti dia kene hempuk dgn handbang lg...
Quote ellZack 8-4-2014 01:14 PM

Quote ellZack 8-4-2014 01:14 PM
arezla posted on 8-4-2014 01:09 PM
sedar kewujudan minah ni dlm drama... tp baru tau nama dia sbb tertengok cite kol 7 slot akasia Aku  ...

dia jadi suzana ke dlm aku isterinya?

Quote ohsemmm 8-4-2014 01:16 PM
gambar plisssss
Quote hijau88 8-4-2014 01:18 PM
arezla posted on 8-4-2014 01:09 PM
sedar kewujudan minah ni dlm drama... tp baru tau nama dia sbb tertengok cite kol 7 slot akasia Aku  ...

Laaaaa. Patut la sheols ada blakon dlm kusinero cinta (global station). Penah blakon kat adam hawa pula. Artis residen global ke apa. Ni mcm anzalna n syazwan jgk. Klu bkn watak utama, watak sampingan pasti ada.
Quote arezla 8-4-2014 02:24 PM
ellZack posted on 8-4-2014 01:14 PM
dia jadi suzana ke dlm aku isterinya?

rasanya lah... tgk kat opening lagu dia ada skali...so haruslah watak penting gak tu... kalau watak menjadi lps ni kena serang lagi lah. hehehe
Quote azie.dz 8-4-2014 02:27 PM
so dia nak bitau apa sebenarnya?
Quote munchkin 8-4-2014 02:41 PM
tak kenal pun. moga berjaya di dalam kerjaya
Quote reenz013 8-4-2014 02:56 PM
xkenalpun dia nie
Quote hasniey 8-4-2014 03:07 PM
xknl pon, sbb ai xlayan drama sgt skrg ni

tapi pompuan itu emo sungguh smpai nk pukul2 org
report polis kang padan muke
Quote ex-bantal.B 8-4-2014 03:07 PM
ingatkan kena ugut akan dibaling telur tadi.
Quote bedahmulutpuaka 8-4-2014 03:24 PM
dia ni berlakon memang best pon..

nak tengok dia dalam aku isterinya..

jadi ke tak watak suzanne tu.. suzanne tu dalam aku bukan mistress memang celaka tahap gaban
Quote makadek 8-4-2014 03:26 PM
Ayat lazim retis...ala mcm la penontin skng fanatik ala2 zmn p ramlee
Quote roti_naan 8-4-2014 03:32 PM
tak kenal pon... stok2 sendu gakla ni.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top